July 27, 2011

dapat result upu dahhhhhh

15hb Julai 2011
Okay. Rasa sangat berdebar sebab tepat kul 12pagi nnti, eh ptang, ahh lantaklah, saya akan dapat result UPU. Apa itu UPU ya? Ouh, tak kenal? Takpelah, nanti masuk U nanti kenal lah kan. ^^
Bukak FB. Perkara wajib okay. Hahaha. Sebab dah takde keje sangat. :0. Okay, tak penting yang tu. Kawankawan dah ramai tanya, "Umi, dapat mana?". Erk. Saya tak tau nak bukak kat mana act..:( Dengan bantuan Fatehah Shokri, dia bagi link kat saya dan saya terus bukak dan saya letakkan nombor ic saya dan menutup skrin laptop dengan tangan kononnya berdebar nak tau dapat hape dan
































































































MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!

Bakpe dapat gini?! Dapat u yang tak mintak! OH! Dapat hape nih! (Dunia dah rasa macam tunggang langgang,terumbang ambing dan nak terbalik tak lama lagi)

UMK! U hape tuh! Tak pernah dengar! What! Kos sains gunaan teknologi pembangunan produk?! Hape nih..Hua..
Memang nak nangis gila masa tu. Siyes. Terus bagitau Maa ngan Ayah. Mereka pom terkejut, tapi saya LAGI terkejut nak mampos. Terus tepon Abang Rir. And,guess wat, dia gelak je. OMG. Geram weh. Saya siap tanya dia ada kabel kat UPU atau U manamana. Dah tak tahu nak buat camna. Macam dunia ni dah nak hancur dalam masa sejam dan kalau tak dapat bantuan dalam masa segera, ya, saya akan mati dengan perasaan kecewa dan tertimbus oleh tanah dan akan dimakan ulat-ulat. Okay, over lah tu -.-".. Tapi siyes, memang ntah pape kos tu. Huwaaaaaaaaaa

sedih gilaaa kot

Tak tau dah nak cakap pe.. Tepon Fatin Najuwa (my besties since form1) dia dapat UKM opto. Najmi Syuhadah dapat UM biomedic dan ramai lagiiiiiii. Okay, sangat jeles. Tapi, bangga sebagai kawan. ;)  Takpelah korang, belajar lek lok eh, jangan nakalnakal. haha samegoes with me lah!


Masa tu aku rase baik jadi kucing je

But, seriously, sangat hancur luluh sebab takkan UPU begitu kejam sampaikan 8pilihan yang saya mintak langsung tak dapat! Oh, high demand sangat ke apa yang saya mintak tuu? :(  Tak dapat nak teruskan dalam bidang perubatan.. TAPI! Saya akan berusaha untuk rayuan. Tu pom kalu dpat. InsyaAllah, pasti dapat! Amin..

No comments: