August 09, 2011

Ni buka nak terjun bangunan

Hai readers *padahal takde orang nak bace pom an? HAHA Takpelah, asalkan hati saya senang. Hurm, aritu rasa macam nak terjun bangunan kan? Sekarang rasa macam nak terbang atas langit pastu turun dengan laju (terjunam ke bawah) macam Kungfu Hustle tu. Ahh! Tension. 

Stress? Apa maksud stress tu?
Stress is the body's reaction to a change that requires a physical, mental or emotional adjustment or response.
Stress can come from any situation or thought that makes you feel frustrated, angry, nervous, or anxious.
Stress is caused by an existing stress-causing factor or "stressor."
Dealing with a serious illness or caring for someone who is can cause a great deal of stress.
Okay, paham tak?

Huh. No idea lah kalau kau tak paham jugak.Agaknya budak ni dari dunia lain kot -.-"

stress lah sangat kan

Okay,okay. Saya sangat stress disebabkan hal u ni. Sekarang tengah buntu nak pilih yang mana. Either UMK atau u swasta. Okay, saya memang tak berduit, keluarga saya pom bukannya orang berada yang boleh beli kereta mahal mahal. Memandangkan tadi Maa ngan saya pergi ke rumah sedara saya kat Kg. Tanjung Batu Satu dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seseorang, saya telah mengubah konsep pemikiran yang mengatakan bahawa universiti swasta mahal. Ye. Memang ada yang mahal but depends pada jenis universiti. Ptptn kan ada.. *Ptptipu sepatotnya sebab bunga atau riba lebihlebih. UniKL maybe okay sebab dia under Mara dan boleh bertukar jadi biasiswa kalau cemerlang. Kalau CEMERLANG. Okay,paham -.-

Bukan apa, orang yang saya jumpa tu anak dia 2orang kot yang pergi u swasta. Dia pom bukan orang senang tapi boleh je hantar anakanak dia. Laki dia keje kedai je pom. Hmmm, ternyata swasta takdelah semahal yang dipikirkan. CUMA, kena hantar setiap bulan duit tu. Mulamula je lah sebab ptptn lambat kan. Macam siput baby haha. 

macam gary

Terpikir jugak, takmo dah susahkan Maa ngan Ayah. Kalau dapat biasiswa kan senang, pastu dapat masuk u senang je. Parents takyah duk sibuk pikir nak cari duit. Hahaha *ayat tipu. Maa ngan Ayah dah tak keje skang sebab dorang pencen dan hanya menikmati gaji pencen sahaja :) 

Tadi tertengok balik kat Fesbuk. Bukak page UMK. Hmmm, not bad lah. Seniorsenior pom macam okay je dan sudi bagi nasihat. Nampak macam best jugak. Gambar dah tengok. Memang macam rumah kedai pom haha. Tak baik. Nanti jadi u kau jugak an. -.-" Tapi memang pom sebab yang cawangan kat Taman Bendahara, Pengkalan Chepa ni sementara je pom. UMK dalam pembinaan kat mana entah. Antara Bachok, Jeli ngan Machang. Tak tau yang mana weh haha. Pening sebab dah tepu kepala. Haih

okay tak?

selamat datang ke umk saya
Permasalahan sekarang, Maa ngan Ayah suruh aku masuk swasta. Tapi, aku rasa macam nak duk je kat UMK dan lepas tu try buat rayuan ke u lain. Lagipom, seniorsenior tu cakap 'memang kos ni kos baru tapi korang best sebab bukan belajar sains je,teknologi kreatif ngan keusahawanan skali. Masuk dulu, rasa camne.' Lebih kurang camtu lah ayat dorang.

Hati berat ke UMK. Tapi, takut tak dapat fokus dan tak suka tak minat kos ni.. Camne eq????!!!





1 comment:

mira said...

hey err..kita same matriks tapi mybe tak penah tegor.. aku rasa aku cam kau.takpe kan kau-aku?
btw ni nak tny dpt kos ape?kos ape yg mengkonfiuskan sgt tuh?