August 17, 2011

Roomates : Bahagian 1 (bajet nak buat macam drama)

Currently listen to Sebiru Hari Ini pagi ni..
Hmmm.. Rindu kawan kawan saya. My roomates. :')

p/s : Korang, Nor ngan Kak Iffa kalau baca entry ni, sila baca sambil dengar lagu Sebiru Hari Ini, okay :))

Ingatkah lagi korang kita nyanyi sama sama lagu ni?
Kita passing bahagian chorus untuk kita.
Nor senyum je tengok kita, Kak Iffa.
Nor tak nyanyi pom :(
Tapi, takpe. Nor memang camtu. Matang je :)
Ni lagu kita bertiga kan, kan, kan?
Sebelum 20hb April tu...
Sebelum pergi jalan jalan pagi, nak pergi study masa study week, kita pasang lagu ni.
Hoi, bukan main semangat! Hahaha.
Kita rakam video, banyakkkk!
Tapi ngan saya dah takde :( Entah ke mana hilangnya.
Orang lain sibuk study kita pulak pergi pasang lagu, possing tangkap tangkap gambar.
Rindunya!

Nah! Ni lagu kita



sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini



Hari tu, lepas habis pereksa Maths,
Semua muka monyok semacam je,
Padahal sebelum tu bukan main rakam video buat katakata semangat.
Hahaha. Kelakar korang.
Lepas tu, buat lagi video. Khas untuk bagi dorongan untuk next paper.
Kononnya video 'Penguat Semangat'.
Tapi, study untuk Kimia ngan Bio pom boleh lagi nak malas malas ye.
Ada jugak perasaan mengantuk, letih sebab study untuk Kimia ngan Bio.
Cett. Kata video 'Penguat Semangat'. Haha

Okay, sampai kat sini. Sambung plak untuk next entry kalau rajin :)


Nor Kak Iffa

No comments: