October 21, 2011

Life in UMK

Salam semua :))

Ternyata UMK tak de lah seteruk yang disangka

*sangkaan - kawasan yang hulu dan terpencil, payah nak cari barangbarang keperluan, perlu turun ke KB dengan naik bas dan mengambil masa yang agak panjang seperti ketika berada di KMPh, fasiliti yang tidak bagus, bilik yang kecil etc

*kenyataan - UMK memang berwarna warni dan HOT! HOT ada dua definisi untuk UMK iaitu panas dan hebat. Agak senang untuk mencari barangbarang keperluan sebab ada Pantai Timur ( sebuah hypermarket yang saya rasa pemiliknya adalah cina ), perjalanan untuk ke KB takdelah lama sangat dan agak menyeronokkan untuk naik bas dengan tiket rm1.80 dan beberapa ringgit untuk naik prebet sapu. Fasiliti di sini memang dan agak kurang menyenangkan disebabkan masalah ketiadaan air sebab sini airnya adalah Air Emas -.-'  Act, bilik sini memang agak kecil sebab ianya tak lebar tapi memanjang. Locker sangaaaaat kecil, satu pintu sahaja. Tapi, jangan risau, almari kain telah dibeli sejak awal lagi, perkongsian bersama rumet :) Dan, satu lagi, kami di sini perlu naik bas disebabkan ketidakcukupan makmal. Kami perlu ke IPG Kota Bharu yang hanya mengambil masa kurang dari 6minit untuk sampai, hanya untuk melakukan eksperiman kimia. Untuk kami, junior, kami beruntung sebab tak perlu berulang alik seperti senior di mana kebanyakannya ditempatkan luar dari kampus. Alhamdulillah.. :)) Naib Canselor kami pom hensem dan sporting habis. Sama juga dengan Timbalan Naik Canselor. Makanan di sini murah berbanding ketika di Pahang, tapi atas tempat laaa. Restoran sekitar sini : Zaeman Nasi Kukus, Giena Cafe, Kampuz Kafe, Cafe Campus, Marrybrown, MacDonalds, My Spicy ( entah kebenda nama, tak ingat haha), D'Rilex Cafe House, Sim Cafe, Restoran Mee Kelate. Tu je laa kot sebab yang ni je yang aku ingat. Hee.

Okaylah, dah macam berita TV3 plak. Haha. Eh, kawankawan di sini jugak agak menarik untuk dikawankan. Erk. Okaylah,. Kawan, no problem. :D

Cikgu yang mengajar? Eh, pensyarah. Silap. Hee.
Dr.Fatimah ajar Biodiversity yang memang kurang disukai subjek tersebut bukannya orang yang mengajar sebab orang yang mengajar memang best.
Dr.Wong ajar General Chemistry di mana orang yang mengajarnya memamg best tapi bergantung atas mood -.-" ,dan perlu refresh balik pasal Chemistry ni.
Mr/Dr (takingat) Ranajit juga ajar General Chemistry untuk bahagian tutorial tapi payah nak paham sebab dia dari Bangladesh maka bila dia speaking, agak pelik bunyinya.
Pak Arham ajar Physics dan agak best sebab dia dari Indonesia dan kurang best sebab minggu lepas dia panggil nama ikut sukahatidia untuk jawab soalan depan.
En An'Am ajar Physics jua dan memang saya kurang paham apa yang diajarkan.
Hajah Thana ajar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia dan dia memang sporting tapi saya berdebar sebab dia suka panggil nama dalam list dan suruh kemukakan pendapat berdasarkan slide show yang ditunjukkan di hadapan.

And, last but not least is
Dr.Aminurrasyid Yatiban ajar TITAS dan nama dia memang unik dan saya suka kelas dia walaupom dia suka panggil orang sama macam Hajah Thana sebab cara dan gaya penceritaan dia memamng menarik. Believe me. Hehehh

Okay, setakat tu je lah kot. Hee.

*saya dah lari dari tujuan sebenar setiap kali buka tenet di sini

No comments: