April 26, 2011

peringatan.:)

hai semua!:)
ni ada satu artikel yg baik punya!..haha.xde larr baik sgt pom.sy amik dari iluvislam.com.
bacalah yer. untuk peringatan kita semua bahawa cantik itu bukanlah segala-galanya.


CANTIK
Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

April 22, 2011

tak tau cakap pe

ahhh..
finally, kuar jugak aku dari KMPh. lega.. yer lah kan. lama kot duk sana, dtahun. blajar dan blajar dan blajar,.huh bosan! Tapi,hahahaha. aku pom taktau apa yang aku buat sepanjang duk kat sana. aku rasa lebih kepada bergelak ketawa bersama roommates dan bergembira bersama kawankawan. hahaha. bodoss.. orang suruh belajar, buat lagu tu plak. aih,. takper, belajar sambil bergembira. orang kata jangan belajar sampai pecah otak sebab nanti stres sebab dah takde otak. aih?? betol ker? hahaha. aku main hentam jer.
hurm,. aku rasa aku akan rindu rumets aku yang rawk dan sporting habis tuh. banyak benda baek dan takbaek yang kami buat. huh? patot ke aku mention benda tuh? hahaha. takyah lahh.. bahaya sangat. nanti apa plak orang kata kan? heee. aku tak tau nak cakap pe lagi. k, bababai

January 26, 2011

sobbss

mami..dadi..
nak baliikk..
:(

January 21, 2011

merentas desa 2011

heeya! hai. haha. urm., sebenarnya sangat sedih skarang ni. banyak masalah. hai, bila nak berubah entah orang tuh. takpe, mintakmintak Tuhan bagi petunjuk kepada kami semua. aminn..

heeya! :)
okayokay,. merujuk kepada peristiwa semalam dan gambargambar yang bakal menyusul selepas gambar di atas. waah! happy sangat! :)
say pergi skola ngan fatin and amirah. jumpajumpa cikgu.

alaa.. kebetulan sebab masa tu ada larian merentas desa. jumpa cikgucikgu. rinduu.. ustazah khatijah, cg rasmah, cg martina, cg rohani, cg mahani, cg ruziana dan cg suhaini. waahh.. rindu sabgat. :)
tapi yang tak boleh blah, cg suhaini. macam cikgu lain, mesti tanya blajar kat ne, dapat berapa pointer, sihat tak, nak sambung kat ne plak lepas ni, banyak lagi laahh. tapi, cg suhaini terus tanya, cam gini.
nak sambung kat ne plak?perancis?sepanyol?australia?

waduuhh cg. laju sekali. tak.. tak mungkin kot. nak dapat biasiswa dari manamana pom dah macam payah. haih. jpa, jangan harap melainkan untuk dalam negara jer. kalu mara, tak tau lah. kena tanya orang lain dulu. harapharap boleh lah. :)
along dan mekti. :)

jumpa along ngan mekti. duadua cumil! :) dan bertambah sihat. :D. kitorang pergi makan kuey teow sup. slurppp! best gila! dengan pedas yang tahap maksimum. sukalaaahh! tapi sangat best kalu mekti ngan along belanja kitorang. hoho. ;)
niway, thanx a lot korang! :)
along, fatin, mirah dan mekti :)

everyting was great! semua photogedix. haha. kecuali saya. :)
fatin, mirah, mekti along, love u all lah. :)

akhir kata dari kami. :)

January 18, 2011

makang ikang singgang

hee.
menu tengahari untuk minggu ni, adalah ikan singgang! yeah!
kenalkah anda semua dengan ikan singgang? atau lebih dikenali dengan ikang singgang di Terengganu?
hahaha. hello, i orang Terengganu u all tau. :)
tapi, cara saya makan agak berlainan.

kuah singgang + lada keropok + ikan celup tepung = baekk punyer! :)

cubalah. memang best! ni tok saya yang ajar. i love u, tok. very much! <3

ok, kuah singgang tu boleh didapati dengan mudah di kawasan yang berhampiran dengan anda. alaa.. senang sangat cara nak buat. main campakcampak jer. tak tau jugak? ok lah. awak cari lah kat internet. huhu. -kuah singgang tu, dalam dia yang macam kedutkedut tu, telur ikan tau-

lada keropok. tak tau lah saya macam mana cara buat nya. sebab saya amik yang mak saya simpan dalam peti. yerlah, senang sikit. yang lebih kan.. tak membazir namanya. rajin tu mak saya taruk dalam mee goreng. kasi sedaapp gitu! :)

ikan celup tepung. benda ni pom agak senang nak sediakan. sediakan ikan. ikutlah ikan selayang atau ikan selar ke. boleh belaka. oopps! ikan selayang dalam bahasa luar saya tak tau aper sebab kat terengganu kitorang panggil ikan selayang jer. hehehee.. tak dapat nak membantu. okeyh! pastu, sediakan tepung sedikit kunyit dan garam. rasarasanya bahanbahan ni jer kot. kalau nak maklumat lagi tepat, layarilah internet yee.. hee. sekali lagi tak dapat nak membantu. :(

tadaa!

best sangat! yummy!
macam pelikkah? tak kan? huhu.
k,sampai kat sini jer. 
daa!

p/s : fatin dearie, u can try this. :)