October 16, 2013

Resepi Moist Chocolate Cakey Cake

Morning peeps! :)

So, it is 07:30 in the morning jyeahhh!

And, what are we up to todayyyyy (slang Australia please) ?

We are going to make, or bake, or the perfect word is kukus, or whatever la kan, a chocolate cake. Yeayyy! *why I am so excited mehhh -.-

Nevermind. Ayuh kita ke agenda yang sebenar. Hari ni saya akan coba untuk tulis resepi, walhal dah berzaman lama nya ku guna resepi kek best ini. Hihi tanpa mengetahui atau mengingati siapakah empunya resepi tersebut, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana dengan resepi beliau lah kek saya mendapat tempat di hati para penyantap. Paling membanggakan adalah apabila mendapat permintaan untuk dihidangkan ketika majlis perisikan kakak ku :*

Tanpa berlengah lagi, ayuh!




Resepi Moist Chocolate Cakey Cake (over tau nama I bagi hahaha)

Bahan-bahan:
Bahan A

  •  Serbuk coklat (Van Houten paling best) - 1 cawan
  •  Gula pasir - 1 cawan ( saya kurangkan pada 3/4 sahaja)
  •  Marjerin cair - 1 cawan
  •  Susu cair - 1 cawan


Bahan B

  • Susu pekat - 1/2 cawan
  • Tepung gandum - 1 1/4 cawan
  • Serbuk penaik - 1 sudu kecil
  • Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
  • Telur (dipukul) - 3 biji
Cara-cara:
  1. Campur Bahan A.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut. (mind you, jangan sampai gula hangus)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu, campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat lalu ayak.
  5. Tuang susu pekat ke dalam adunan Bahan A yang disejukkan tadi.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata ke dalam Bahan A tadi.
  7. Kemudian, masukkan seluruh campuran Bahan A tadi ke dalam tepung. Aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuang dalam acuan dan kukus selama sejam.
* Adunan akan naik 2x ganda. Guna loyang yang tinggi dan besar.

Selamat mencuba!

October 12, 2013

Biar Jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara



Fynn Jamal, Biar Jiwa

Cantik

Terkadang, rasa dengki dan jeles itu adalah lumrah. Beruntunglah siapa yang miliki kemewahan, kecantikan, kehenseman dan kebijaksanaan itu. Tapi, apakah ianya kekal lama?

Ask yourself.

Semua yang diciptakan Allah itu adalah molek molek belaka. Kita, alhamdulillah cukup sempurna fizikal nya. Alhamdulillah. Cuba bawak bertenang dan bawak bersyukur. Ucapkan Alhamdulillah atas apa yang Tuhan kurniakan. Tidak sukar bukan?

Betul apa yang Fynn Jamal cakap yang orang cantik dan hensem (cantik dikhususkan di sini) memang akan dipandang. Benar. Tak salah pon sebab lumrah manusia memang suka tengok benda yang elok di pandangan. Tapi, kita pun cantik hape? Tak cacat. Tak bisu. Tak buta.

Kita mungkin ada kurang, tapi amacam ngan lebih kita pulak? Cuba check balik diri sendiri. Hee ada je kan kelebihan kita? Mungkin kita ni ada IQ lebih, ada hati yang baik, ada ramai kawan kawan yang baik. Cuba bawak muhasabah diri jer.

Tapi kalau muhasabah pun tak berjaya, tak boleh nak cakap pape lewssss :3



Nasib baik muka kita tak pelik macam ni kan?

Akhir kata. Papai <3 p="">

Hati #1

Awak suka Federer, tapi saya suka Nadal.
Kenapa?
Sebab Nadal hensem dan muda

Awak suka call, tapi saya suka mesej.
Kenapa?
Sebab mesej awak saya boleh simpan dan buat pekasam

Awak suka cakap banyak, tapi saya lagi suka mendengar.
Kenapa?
Sebab saya suka dengar suara awak walaupun suara awak tak hensem

---

Tapi, itu dulu.
Saya, noob dengan benda macam ni..
Saya, tak tahu isi hati sendiri.

Terkadang, hati ini rasa sangat dengki dengan mereka yang senang je nak kenal hati sendiri. Hati sendiri beb. Why sangat payah meh? Hati oh hati. Hati ini sekali kata ya dan sekali kata tidak. Maka aku jugalah yang dalam kebuntuan. Sentiasa. :/

Saya kira mungkin takkan jadi seperti dulu. Dulu yang boleh bikin diri ini gembira tika gundah. Dulu yang boleh buat diri ini tersenyum kala hati gelisah. Dulu yang banyak buat diri ini tertawa. Dulu yang sentiasa ada untuk menemani.

Maafkan saya sebab tak boleh balas segala yang awak buat dan bagaimana awak menyayangi diri ini. Ampunkan saya sebab tak boleh ada rasa sebagaimana yang awak rasa. Ya, mungkin benar cinta itu boleh dipupuk. Tapi, kenapa dengan diri yang serba noob ini sangat sukar? Apakah diri ini terlampau noob? Adakah hati ini terlalu keras?

Hanya mampu berdoa. Akhir kalam.

--Gadis Noob--

*Nice story right? Nyehnyeh


October 11, 2013

Juniorku sayang

Assalamualaikum, and hai! :)

Dah lama rasa nye tak menulis blog ni. Saaaangat lama. Nevertheless, kita akan coba untuk menulis walaupun satu entri pada hari ini. Heheheh ayat cam haremmm.

I'm on my mid-semester hols now. Sekarang dah masuk semester 5. I'm a third senior bebeh. Super senior! One of the hottest among the hottest seniors in UMK. Blerghhh abaikan hahaaha. Tapi dapat junior cam hape jer. Maafla junior, lepas sekian lama tak tulis entri, topik junior-cam-harem jugak yang menjadi pilihan hati ini. Ya ampunnn perangai memasing cam haremmm. Sorry to say :/ 

Aras tempat saya menetap tu memang dimonopoli oleh junior secara dasarnya. Tidak boleh disangkal lagi. Even seniors lain pon cakap sama. Sedih wuwuwuwu

Tapi juga tak boleh dinafikan yang ada je yang baik :) Yang jenis cam ni memang disayangilah insyaAllah.

Saaaaangat banyak yang tak diupdate di sini. Pasal kawan. Pasal UMK. Pasal family. Pasal a relationship.

Nyeh nyeh nyeh ;)


 Nanti update lagi ya! Ada BBQ hihi ;)