July 08, 2011

apa yang kamu pakai?

Oh, kawan saya sangat menggemari untuk bertanyakan soalan ini. Hahaha.


Kenapa? Muka awak tak ok ke dulu?

Memang tak pom..:(..Sedih mengingatkan zaman muda belia remaja dulu. Seingat saya, start dari darjah 6 lagi saya dah ada jerawat. Atas dahi, kebanyakannya lah. Lalu saya cuba pakai Clean and Clear. Tak menjadi.. Tapi, kakak saya cuba untuk mengurangkan kerisauan saya dengan memicit-micit dahi, hidung dan seluruh muka saya. Kononnya nak keluarkan 'whitehead,blackhead'. Tapi, memang kena keluarkan benda-benda tu semua. Kalau orang lain ada yang panggil nasi. Tak kenal? Oh, tahniah! Kulit muka anda memang sangat baik kepada anda. :) 

Hasilnya, tetap tak menjadi. Malah semakin banyak dan banyak dan banyak! Muka jadi semakin berminyak, macam boleh buat pisang goreng. eew.. Haha. Kotor lah weh bila kaitkan dengan makanan. Sorry.. -.-"
Okey, waktu kemuncak di mana saya berasa sangat sangat tidak selesa dan bencikan kulit muka ini lalu menyalahkan ibu bapa saya atas faktor genetik (oh,sangat takbaik) ialah masa saya form4. OMG.. Sangat banyak barisan produk yang telah digunakan. Clean and Clear, Eucerin, Safi Gamat, Cengkudu, Neutrogena, Eumora, bedak sejuk cap Mydin. Hurm,.rasa macam tak cukup lagi jer. Banyak gila kan? Haha. Itulah yang dinamakan dengan remaja. Sape yang takde jerawat masa muda muda dulu sangat rugi. Anda tak dapat merasakan kesakitan, penyeksaan dan ketidakselesaan pada kulit muka anda. Saya bertuah. :p. Hahaha. Takdelah, takde rugi pom, cuma anda tak dapat rasa pengalaman yang majoriti semua orang rasa. Cenggitu je.. :)

Dan, Alhamdulillah.. Dengan izin Tuhan, dapat juga saya lari dari kemelut permasalahan ini. Saya menggunakan produk Clinelle. Setiap satu agak mahal bagi saya. :( ..Wey, rm30 lebih satu wehhh.. Mahal weyy.. Mahal kan? Aku tak mampu. Tapi, Maa yang sponsor. Hehehh. Thanks mom. You are the besh! :))
Mula mula aku guna Clinelle ni dengan hasil duit kerja aku. Seingat aku 30.03.10. Kalau tak silap arr. Sekarang dah lebih setahun aku guna. Aku beli kat Farmasi Lau, Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Boleh jer cari kat mana mana pom. Guardian, Watson nyambekkk, farmasi lain pom ada. Kakak saya mengesyorkan benda ni. Pastu dia sponsor saya punya toner. Sampai sekarang, tak habis habis lagi toner tu. Jimatt weyy.. :)
Ahah, sampaikan kakak saya pom buat sebagai hantaran dia. 

Clinelle Purifying Toner


Clinelle Cleansing Gel..Google
 Oh, dan satu lagi yang saya guna. Terima kasih kepada Cik Iffa Mazland sebab memperkenalkan produk ni kepada saya. Hasilnya sangat menakjubkan. Tapi, bau dia tengik semacam jer.. Entah pharmacist tu letak ape.. Haha. Setakat ni saya dah guna 2botol.. :)

bila saya guna ni,mesti teringat kat dia tu..:)

Cantikkan dia? :)
Sepatutnya setiap malam harus pakai, tapi malas.. Heheh. Lagipom, taknak lah biasakan sangat dengan bahan kimia macam ni kan.. Takut bila stop tetiba jer, contohnya sebab semua farmasi dah takde stok, keluar balik penduduk baru dengan galak dan meriahnya.. Taknaklah cengitu. :)

Setakat ni, dah ada 2 orang yang pakai Clinelle dan 2 orang jugak pakai Dalacin T. Kiranya saya ni boleh buat testimonial lah kan. Haha. Boleh jadi bahan uji kaji. Ternyata dorang semua berpuas hati. Ini cara saya untuk dapat happy skin (omputeh kata lah kan). Anda pula? :)

muka muka yang cukup gembira




No comments: