July 08, 2011

to my..

Semenjak dua menjak ni saya akui, saya banyak buat salah. Salah percakapan, salah perbuatan, salah perkataan yang digunakan apabila berfacebook ( ooohh,.) dan macam-macam lagi lah. Saya mintak maaf. Waa. Nak nangis sebab tak mampu nak bahagiakan orang di sekeliling.. :(.. but,HEY! Awak kan masih muda, bertenaga dan mempunyai cita-cita yang tinggi! Just ignore the bad feelings lah! Memang,. bukan semua orang kita boleh gembirakan, tu kan lumrah hidup manusia. Tapi, kita boleh cubakan?

Baiki cara komunikasi anda.

Oh ya,. Heheh. Saya MUNGKIN terlalu ego. Tapi, biasalah kan, untuk mereka yang sedang mengalami PMS. PMS? Apa tu? PMS adalah pre-menstrual syndrome. Hahaha. Tak perlu nak cakap banyak. Cari dalam Encik Google ye? Encik Google sangat baik untuk memberi anda info-info yang berguna. :)

Back to the topic. Saya nak luahkan rasa kemaafan saya. Tapi, I donno how too.. Selepas menulis,erk..menaip perkataan yang cukup membuatkan orang terasa.. Feel guilty,of course.. Saya nak mintak maaf, tapi malu dan tak tau macam mana nak mintak maaf. Saya bukannya jenis yang mempunyai ego yang tinggi, tapi.. Haih. Hey, jangan ingat untuk kekasih atau buah hati ke atau apa lah yang sewaktu dengannya. Hahha. Urm,. untuk my sis yang baca ni. Dan jugak adik.

Dear, Sis..
Saya tak bermaksud nak menaip ayat-ayat itu yang umpama petir yang menyambar-nyambar,
Saya cuma terlalu sedih,
Maafkan saya,
Saya ter'perasan' yang ayat itu ditujukan untuk saya,
Maaf je yang boleh dikeluarkan,
Tapi ia seperti tersekat di halkum di dalam tengkuk yang berjiran dengan oesophagus saya,
Hati saya meronta-ronta untuk menelefon kamu,
Seterusnya memohon kemaafan,
Maafkan saya,
Terima kasih kerana mengingatkan saya dengan perkataan itu,
Saya baru tersedar, Alhamdulillah..,
Mungkin disebabkan luka yang lama membuatkan saya mudah terperasan dengan segala yang anda ucapkan,
Mesej itu,
Maafkan saya. :(

Hope we can get along as usual, and better..

mungkin ada kaitan dengan anda..Google.

Dear, Adik..
Saya terlalu lapar ketika itu,
Lalu saya mengambil roti dan terus disumbatkan ke dalam mulut saya,
Saya mengunyah roti tersebut dan terus terlupa,
Suara anda sudah tidak terngiang-ngiang di telinga ini,
Eardrum saya tak mampu menafsirkan perkataan yang anda keluarkan,
Maaf,
Tapi saya menyesal,
Lalu saya warnakan sedikit,
Rama-rama itu,
Dengan hasrat anda mampu memaafkan saya,
Maafkan saya,
Saya cuba pujuk dengan panggilan mesra,
Tapi hampeh,
Hati anda keras seperti kerasnya bau-bau yang menusuk kalbu dan sanubari,
Maafkan saya. :(

Takpelah, saya hanya mampu menunggu dan menunggu. Tapi, saya akan terus berusaha. Jangan lupa itu.


 Maaf..Google.

Sedikit coretan.
Haha. Maaf kalau ayat macam tahi. :)


p/s: thanx encik kamal effendi for inspiring me through ur blog.:))





No comments: