Showing posts with label frienshipneverends. Show all posts
Showing posts with label frienshipneverends. Show all posts

February 10, 2012

MJ

Hai :D

Kali ni nak cakap pasal MJ pulak. MJ? Michael Jackson yang nyanyi lagu beat it tu ke?



Eh takkk.. Korang tak tau. Saya ada cikgu nama MJ tau. Hikhik *Gedik

MJ merupakan singkatan nama untuk Mahadi Jalil. Unik kan? Well.. Tengok lah cikgu sape. Perasan je. *Duh. Cikgu Mahadi memang lain dari yang lain. Cikgu ni cikgu tuisyen saya. Saya terikut-ikut dengan my besties; Fatin Najuwa dan Anis Nabila, dorang semua ikut tuisyen ni. Bila mereka semua dah join tuisyen ni memang tak arh kalu saya tak join! (paham tak ayat ni)

Senget pulak

Dan ternyata tuisyen ni memang taste saya! Taste? What the.. Okay, takk. Cara pengajaran dia tu sangat sesuai dan masuk dengan saya dan kawan-kawan saya especially, Sarah Shafee dan Nurul Izzaty. Haha. Kepala jenis masuk air belake. Fikiran melayang-layang ke arah yang tak sepatutnya. Semua satu kelas tu sama je belaka. :D

Tapi tak dapat dinafikan persekitaran agak tak selesa sebab ia hanyalah sebiji balai raya yang hanya menanti waktu je nak runtuh (mulut jahat tapi kenyataan weh). Bagi saya tu semua tak penting sebab saya boleh je belajar dalam keadaan macam tu. Heheh. Walaupun dengan lantai yang agak berdebu, jarum jam yang sentiasa di angka 4, whiteboard yang hanya dipadamkan dengan menggunakan kain atau paling kurang tisu dan surat khabar atau paling dahsyat dengan baju Cikgu sendiri, sawang labahlabah setia tergantung di dinding.. Saya tak kisah lah. Lagi pun cara pengajaran Cikgu memang MENARIK. Hey, cikgu saya ni memang sporting dan stylo habis lah pendek kata! :D Mungkin ada setengah orang cakap

" EEEWWW. Tak boleh lah nak belajar dalam keadaan macam tu. I kena belajar dalam aircond barulah ilmu mudah nak meresap hingga ke jiwa" 

Duhhh.. *Gedik. Lain orang lain cara belajar dan mengajar dik oi.. 

Saya ambik subjek Matematik Tambahan dan Fizik sahaja. Eh? Sebab apa tak sebut Add Maths ngan Physics? Ikut suka I laa.. Haha. Takde lah, kitorang dalam tuisyen tu belajar 100% bahasa Melayu. Eh tak susah ke? Lagi SENANG weh. Believe me. Masakan hampir semua dapat A dalam Matematik Tambahan? Haa.. Pikiaq, pikiaq. Bangga doe dapat belajar ngan Cikgu.. :))

Ambik dari Naqib Hassim Facebook


Cuma, kata-kata cikgu ni agak pedas lah kalu sape yang amik hati. For me lah. Nak nak kalau masa dia tengah marah dan tak lain tak bukan waktu itu adalah subjek Matematik Tambahan. Memang boleh mencirit lah sape duk dalam kelas tu. Aura-nak-marah tu ada je.. Sebab tu kebiasaannya saya akan suruh Ayoh hantar cepat cepat sikit ke tuisyen Cikgu. Kalau boleh 7.30 dah terpacak depan tuisyen walhal hakikatnya Cikgu tak datang dan tak boleh masuk sebab kunci ada dengan Cikgu. 


Peta kedudukan

Ironi nya, saya tak nak lah duduk kat meja yang bersebelahan dengan laluan Cikgu tu. Berdebar weh bila setiap kali duduk depan meja kita tengok kita buat Matematik Tambahan tu macam mana. Selalunya aku buat buat buat fikir lama-lama pasal soalan tu pastu kalau tak cukup lama lagi, aku buat padam padam jalan kira yang aku buat pastu tulis balik sambil kira kira ngan kalkulator. Haha. Aku tahu, semua sama je. Takut nak angkat muka nak pandang Cikgu.. Aku tahu.. Haha..

Eh dah bertukar Aku dah? Whatever


Tapi time Fizik, Cikgu memang satu kepala ngan kitorang. Gelak ketawa sakan mak aih macam tak ingat dunia dah. Semua benda habis Cikgu nak citer, tapi semua citer Cikgu memang best. Memang kitorang suka dengar Cikgu bercerita especially yang ..... Haha :D

Soalan-soalan yang Cikgu bagi pom MEMANG yang dah berkurun lamanya. Soalan SPM 1975. Korang pernah jawab? Tak kan.. Aku pom pelik entah dari mana Cikgu dapat soalan tu. Cara pembelajaran Cikgu, seklai lagi saya ulang memang MENARIK. Menarik macam mane tu? Kena lah masuk Tuisyen Cikgu Mahadi dulu.. Haha (promote tuisyen orang pom jadik lah haha)

How I wish I can go back to the past using Timeline macam Facebook tu. Rindu.. (Tahu di Cikgu masak arh aku. Haha)

Oops. Forgot to tell you. Cikgu dah ada bini dan 6 orang anak dah.. So, rindu cinta apa benda tu tak berasas ye. Rindu sebagai anak murid je. :)

Pendek kata, you are the BEST Cikgu! Bertuah rasanya :)

P/s : Fatin Amirah, you should read this walaupun tak lama mu blajar sini :)

January 20, 2012

Off to Rantau Panjang :)

Hee

Ni sepatutnya post yang dah lama sebab benda ni pom dah lama actually. Just malas nak tulis. Tapi hari ni tetiba rasa nak tulis, well (perigi) tak salahkan? Haha. Apa aku merepek entah -.-


Okay, seperti biasa, back to the topic -.-'

Saya, Wani ngan Mun memang lama dah menyimpan hasrat untuk ke Rantau Panjang, Kelantan. Maklumlah, saya sekarang kan duk Kelantan.. Haruslah jalanjalan ke Kelantan :D (Bab jalanjalan yang best tu sebenarnya Hihi) Tapi tulah, disebabkan payah nya nak cari driver dan kesuntukan masa, tak dapat nak pergi. Nak ambik prebet sapu memang tak ar sebab mahal kot.. Driver kebiasaan kitorang pom ada had waktu pulak sebab ada masalah yang dia nak setelkan. Oh mannn.. Tapi, takut jugak dia dah bosan dah kuar ngan kitorang. Mintakmintak tak ar. Yelah, pompuan mestilah jalan punyalah lama mak aih sampai tak ingat waktu. But, who knows.. Wallahuallam :) Tapi like seriously, driver kitorang memang TERBAIK dan percayalah, saya akan kenang budi dia sampai bilabila. InsyaAllah :)) Okay, back to the topic PLEASE..

Tanpa dirancang dengan teliti, Squek (rumet saya) sudi nak jadi driver. Heheh. Memang best lah ada rumet yang ada-lesen-dan-tahu-bila-nak-guna. Okay, perli nampak -.-" Sarcasm

" Cuti ni aku blajar lah naik kereta.. Jangan nak perli sangatlah kan.. "


Again, BACK TO THE TOPIC

So, dengan menyewa kereta sewa kancil manual yang berharga rm35, kitorang pergi lah ke sana. Squek bawak kereta memang ternyata hebat atau lebih kepada dahsyat. Haha. Tapi, saya suka lah Squek. Mencabar kot. First time naik kereta ngan wanita yang bawak manual dengan cara yang 'baek punyer' :D

Tapi, Alhamdulillah, kami selamat sampai ke sana :) Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam dari Pengkalan Chepa. Alahai, 1jam je punnn.. Kang nanti pindah Jeli tak ke jadi 1jam++ dari Pengkalan Chepa? Tak tau kenapa tetiba nak kaitkan ngan Jeli 

Seperti biasa, sampai je, mestilah nak beli barang kan? So, beli lah barang barang di sana dengan harga yang agak murah. Erk. Murah lah sangat.. Kalu takde duit tak boleh buat pape jugak kan? Murah tak murah semua guna duit derrr

Gi Rantau Panjang, semua nak beli Jersi. What the.. Macam takde tempat lain nak beli kan? Rantau Panjang ngan Jersi. Apa kaitannya? Takde.

Harimau Malaya Ngaummm

Maka semua pom beli Jersi -.-

Bila dah reti nak tengok jam tu, kitorang pom balik lahhh. Nak solat kat Masjid Beijing. Awalawal dah cop dah tempat tu masa on the way ke Rantau Panjang  Haha. Mun siap dah tepon mak dia bagai dah cakap pasal Masjid Beijing tu lah nak amik gambar lah bla bla bla. Kelakar lah Mun ni. 

Last-last, silap lalu jalan. Masa nak balik tu, kitorang lalu jalan lain. Maknanye tak lalu kat jalan yang ada masjid tu. Nak ke tak nak? Atau nak cari masjid lain je, Mun?

" Dah alangalang ada kat Rantau Panjang ni, baik singgah je kat masjid tu.. "

Mun bersuara. 
Oh, tak ingat.. Dia dah siap tepon mak dia lagi.. Mesti lah nak tunjuk gambar kan? Haha. Kitorang satu kereta gelakkan je si Mun nih. Haha

Masjid tu dinamakan Masjid Beijing sebab reka bentuk dia yang lebih kepada seni bina binaan di China. Memang cantik sangat. Memang rasa macam duk kat China -.- Tapi memang lawa. Kak Na ngan Abang Fatah pom ada bergambar kat sini. Untunglaaa :D

Nah, pompuan memang takleh lepas dari bab gambargambar ni. Heheh. Tapi semua gambar hanya ada kat masjid je. Kat Rantau Panjang takde pulak. Pelik. Tak tergerak hati nak tangkap gambar sebab terlampau eksaited sampai kat sempadan Thailand tu :)

Hah. Dia dah mai dah dah mai dah

Tadaa

Lawa kan? Saje buat gambar ni jadik besar :)

Wani Squek Mun

No komen 

Nak solat pom sempat lagi kan? Pom boleyyy

Si eksaited

Turun leklok ye nak

Muka tak tahan pundi kencing Haha

Ni dalam masjid 

Tempat bersolek bagi pompuan

No need to mention, I guess




Hah. Gambar nak tunjuk kat mak

Pulanglah kami dengan selamat nye. Hihi. By the way, sebenarnya ni hari Squek nak balik KL dah. Sebab tu macam tergesagesa sangat. Squek balik 12hb malam dan kami sempat ke Rantau Panjang dan Tesco. Sempoi gila.. Kalau aku, memang tak ar. Tak sempat nak kalutkalut lagu ni. Hihi

Bila balik je, ada hadiah menanti kami :


Memang best kan? Haha. Tengoklah kat Jeli nanti kena berapa hinggit. Memang aku ni anak orang kaya kan? -.-'


K, lah. Till then peeps. Bye :D


p/s : Squek, gonna miss u bebeh. Jumpa di Jeli, ambik I kita gi jalanjalan lagi nak? Raket Squash u ada ngan I kan? Kalu nak meh amik kat Jeli meh.. Haha



January 19, 2012

Sebaikbaik ciptaan

Firman Allah dalam surah at-Tin : 4,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".




Manusia adalah sebaikbaik ciptaan-Nya, kawan :)

January 16, 2012

Apalah awak ni

Hikhikhik.

Apalah awak ni. Saya hantar mesej nak suruh awak ingatkan saya je. Sebagai tanda saya ingat kat awak. Tak suruh pom awak balas. Hikhikhik.































































*nampak beno menipunye -.- Okay fine..

Miss u already.,
but hey! As BFF lah kan..


Kita kan kawan :)

Fokus pada baju ye :)

Ye, kita kan kawan..
Awak ada baju ni, saya pom ada. Cuma yang saya saiz lain, awak punya saiz lain. Pendek kata yang awak lagi besar dari saya. Haha. But still, kita beli kat tempat yang sama tapi hari je lain ;)

Awak, disebabkan awak kawan saya, saya tak kesah pom awak balas ke tak mesej saya, saya tak amik hati pom awak nak balas bila, laju atau lambat (sebab ni bukan pertandingan siapa balas paling laju dia menang Vespa sebijik) 

Bukan.. Saya hantar mesej sebagai tanda ingatan yang saya selalu ingat kat awak. Sebagai kawan. Kita sentiasa memerlukan, bukan? :))

Haha. Saya tak kesah lah awak eh. Awak nak sorok apa pom dari saya. Tapi, saya harap yang awak dapat kawal diri awak tu sepanjang masa di mana jua. 

Eh, saya tak berprasangka buruk ke apa. Saya just nak bagi ingatan je :) Kita kan kawan.. Heheh. 

Sentiasa jaga diri awak tu. Sebab besar nanti awak akan kawen, akan ada anak. Kalu awak buat perkara tak elok masa muda remaja ni, probability untuk anak awak terikut sama, ada awak.. Awak nak ke anak awak perangai tak elok? Nauzubillah. Jaga tingkah laku, jangan ikut nafsu sangat ye :)

Ni pesanan untuk awak dan saya juga. Kita sesama makhluk Allah, semua nak cari keredhaan Allah kan? Saling berpesan amalan mulia awak.. :)

Okaylah, jaga hati, jaga iman.


Dan entah kenapa saya romantik semacam malam ni tulis ber'awak saya' pulak. Heheh. Takpelah kan, sekali sekala.


Ingat pesanan saya tau :))

January 14, 2012

rindu UMK PC :')

UMK (mak aih..bapak gedabak aku letak..haha)


rindu UMK..
sobs.

satu pagi yang hening..

Saya akan rindu warna warni UMK ni..sobs



empat katil untuk empat orang

Saya akan rindu roomates saya yang best tahap puaka :')
-Squek, Fatin dan Amelya


Pengganti Dr Wong..boleh sajeee -ipkb

Erk. Rindu jugak laa. Hihi

Banana split - SimsCafe

Saya akan rindu Pisang-Split ni.

Banjir kat UMK

Saya akan rindu keadaan banjir di UMK :((

Pantai Timur tercinta

Dan

Of course lah Hypermarket PT ni jua.










Habis exam 10hb, tapi gedik nak balik 13hb an? Heheh. Keje gila yang Mun ngan Wani buat sebab aku tak gila, adalah..



Korang ada? Mampu? Tak kan.. Haha. 



December 19, 2011

The Deepavali Night



Kenapa aku rasa gambar ni tak senonoh?




Senget

Moral-of-the-story : Camwhoring can be anywhere, anytime and any place. Toilet pom bolehhh -.-

December 17, 2011

SemalamYangAgakBosan

Untunglaa sebab sume rumet saya tinggalkan saya

Fating balik Tranung
Squared gi rumah Mak sedara
Amelya gi Kedah


Luckily Mun ngan Wani sudi meneman. Heheh

Thanx beb <3

December 15, 2011

Thanx

Wondering kenapa internet malam ni laju sangat.
Terbaekk!


Tapi buat aku lagha..
Terbaekk..-.-


Senget



But, btw, thanx Sarah Shafee :) Mu bagi kat aku nasihat. InsyaAllah aku praktikkan. Aku pom takmboh jadi lagha. Mekasih banyok Sarah. Aku ingat nasihat mu. Aku sayang mu <3 :,)


Malam

Yeah.
Malam ni buat keje gila sebab bajet tak nak tido sehinggalah hadir ke kelas fizik esok.
Mampu?

Haha
Entah lah. Sekarang dah kul 0456.

Tengok je lah.. Keje online je. Heheh. Bukan nak study pon. Eh, cakap pasal study terus jadi lemah. (Omaigod.. -.-)

So, here we are.
Study week dah nak start dalam masa seminggu lagi. Physics masih belum difahami hingga ke hulu hati. Biodiversiti masih belum dihayati sepenuh jiwa. Kimia masih seperti di awang awangan sebab bab-bab yang agak last tu belum di godekgodek lagi. Titas belum dibaca. Begitu jua dengan Kenegaraan. Huh. Banyak-nak-mampus. Maaf. Agak kasar.
Planning belum dibuat, begitu juga dengan timetable.

Eh, timetable?

Sejak bila Bah ada timetable Bah?







Erk. Pelik sangat ke? Biar lah. At least ada plan nak buat kan..







...walaupun tak tau buat ke tak nanti..
*sigh

p/s: Dengan Mun and Wani

December 14, 2011

ChippyChips

Dah kenapa sekarang ni saya rasa awak dah bertukar?




















Power rangers? Bukan..

Spongebob? Bukan jugak..

Chipsmore!
Haah. Betol lah tu -.-
Tetiba rasa lapar (okay,takde kaitan)


p/s: Selamat menjadi Chipsmore yang best, kawan :)

December 13, 2011

Take3Seconds

I know u are so so so
BUSY
But..take..
3 seconds to think of me

1...

2...

3...


So sweet. Now continue your work :)


Message forward to 6 people but get feedback only from two people. Hee. Maybe dorang dah tido atau sibuk sangat kot sampai tak sempat nak ingat. Takpelah, as long as saya tak lupa orang sudah sebab saya belum nyanyuk lagi :))

Alhamdulillah..


I love u two darlings, and guess what. They are my best friends forever and ever. Fatin and Bella. Mmmuah! :D