Showing posts with label wish-list. Show all posts
Showing posts with label wish-list. Show all posts

November 11, 2013

Azam Baru Ku!

Assalamualaikum

:)

It's been a while right? Heee but I'm here bebeh :* No worries please (buat aksi flirt tiada bertepian)
Hahahaha lawaknya. Pandai saya buat lawak

Alhamdulillah, kita semua dah masuk tahun baru (mengikut kalendar Islam). Jadi like always, semua orang mesti nak ada target dan matlamat dan AZAM tahun baru. Yeah.. Semua orang mesti ada.. Sama ada lahir dari kemahuan sendiri, atau terikut ikut seperti orang lain, contohnya macam aku ni. Hihihi *gelak comel pleaseeee

Aku pun tidak ingin dianggap ketinggalan walau pun secara amnya takde orang pun nak tanya 'Apa azam tahun baru kau, Umi?' di mana secara kasarnya dah boleh nampak tersangatlah skema dan unik jenis persoalan yang diutarakan, aku tetap tidak ingin rasa ketinggalan zaman lantas cuba untuk menulis azam tahun baruku ini di blogku yang tak berapa nak hidup ni (cuba baca satu nafas)

Arghhhhh!

Apa aku cuba sampaikan ni?! Main main pulak banyak. *penulis mula berasa kecewa dengan diri sendiri

Maka, matlamat pertamaku telah muncul di mindaku tika ini. HUSNUZON. Ya, perkataan ini semakin popular di laman sosial terutamanya. Nampak hebat ayat ini. Husnuzon bermaksud bersangka baik. So, kenapa nak kena bersangka baik? Kenapa? Kenapa??

Setelah banyak benda yang terjadi dalam hidupku, aku amat yakin bahawa aku perlu switch on suis husnuzon dalam hati aku. Dah macam kotor sangat hati ini. Astaghfirullah.. *penulis mula merasakan tidak elok untuk bercerita perkara peribadi di sini

Kedua, aku akan cuba untuk menjaga hati dan lebih menghargai mereka yang di sekeliling ku.

Ketiga, aku akan cuba untuk tak main main dalam kelas. Payahnyeeeeee terutama kelas Amir dengan Shamsul ><

Lagi?

Tak tahu lah. Tak tahu lagi. Haha nanti tambah lagi boleh tak? Plizz plizz plizz *penulis bermonolog dan mula buat gila

Rasanya setakat ni je lah. Till then, bye :))

P/S: Ada bini Aaron Aziz dalam kelas aku lah (heheh) dan nantikan Taufan Rindu menyerang pawagam berhampiran anda! Kahkahkah

December 31, 2011

Mengubati Hati Yang Luka

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Ni semua copy and paste je. Untuk renungan di masa hadapan
Selamat menjadi 20 ! :)) ( tapi rasanye my20 tu 14hb Mac 2012..-.- whatever lah )
This is my last post for my 19th
And u know what


 I HATE ORGANIC CHEMISTRY


p/s : All the best untuk Final Exam.. Buktikan pada orang lain, kawankawan awak tu walaupun awak tersesat di UMK, awak akan tetap cemerlang dan terus gemilang, dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan.. Amin

December 22, 2011

...



Astaghfirullah..























p/s : I really, really wish that I can make changes. Good changes. For Allah, Rasulullah S.A.W, my own sake, parent's.. 


December 20, 2011

Jodoh?

" Ya Allah… kurniakanlah kami pasangan yang soleh yang menjaga dirinya 
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya 
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
kabulkan ya Allah…kerana hati kami teramat lemah…
oh Allah,kami mohon ampun atas dosa selama ini dosa-dosa kami..
andai tak menjalankan perintah Mu 
andai tak pedulikan Nama Mu 
andai tenggelam melupakan diriMu 
oh Allah,sempatkanlah kami untuk bertaubat untuk hidup di jalan Mu 
untuk penuhi kewajipan ku sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..Allahumma Aamiin "

copy and paste je

December 05, 2011

Gambate

It's like...
Saya tak boleh nak berhenti online skang ni.. Hadui..



Umi Najibah bt Ramli,


Jangan biarkan kelekaan sedikit ni boleh musnahkan apa yang awak telah usahakan selama ini,
Memang langsung tak berbaloi kalau dilayan,
Sabarlah..
Sabar sedikit mungkin berbaloi-baloi untuk masa hadapan


Yes!
Gambate,
Jangan nak happy sangat neh, Bah..
Duit dah kering pom nak gi jalan sokmo eh..
Udah-udah lah tu, fokus pada MAKANAN jer. Heee


*entri kali ni menunjukkan yang gadis dalam blog ini tak pandai
1. membahagikan masa dengan betul
2. tak de perancangan kewangan yang betul walaupun setiap apa yang dibeli dicatat
3. tak amik iktibar dan langsung takde rasa bersalah dari berkurangnya duit ini -.-'


Okaylah, bangun pagi bajet nak study. Ingat apa yang Fatin Liyana cakap tu. So, cepatcepat gi study nuh. :)

nak makan Tepung Bunga
*kejenakmakanje

Till then, bye :))

August 28, 2011

wordless sunday


such a nice day,frens :))

heheh.
Hari ni dh jumpa kawan-kawan lama.hoho

Dan,beli sesuatu yang baru! :))

Thanx Izzah, Fatin ngan Najmi sebab sudi menolong untuk memilih. Heheh

July 09, 2011

Rabun

Talking about rabun

teka mana satu saya?


Rabun mata bermaksud mata tidak dapat  membiaskan cahaya dengan baik dan ini
menyebabkan penglihatan menjadi kabur

Saya seorang yang rabun. Ya, seorang yang rabun dan mungkin berpunca dari genetik ayah saya atau kelalaian saya sendiri. Genetik,oohh.. -.-'

Rabun ni boleh diklasifikasikan kepada long-sightedness dan short-sightedness.. Alaa..yang orang panggil rabun jauh dan rabun dekat tu..

Menjadi rabun bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan mampu menceriakan hari-hari anda. Malah, bukanlah perkara yang boleh dibangga-banggakan seperti, "Yea, aku rabun! Aku rabun! Kau ada rabun macam aku ni?" Haha. Takdelah cengitu. Tu jakun orang panggil. -.-"

Tapi, memang dulu saya pernah bangga dan NAK sangat jadi rabun. Masa darjah5 yang penuh dengan kenaifan dulu, nampak macam stailo habis sape sape yang pakai spec. Contoh terdekat adalah Kakak saya. Bukan main lagi wey, bila nak tangkap gambar je, terus Kakak buang spec, dan saya terus pakai spec dia. Konon bergaya lah teww. Hahaha. Amende lah budak ni.. Haih. Satu lagi, time tengok tb je, mesti tengok dekat dekat. Kiranya macam struggle habis-habisan untuk merabunkan mata.

Hurm,.akhirnya rabun lah saya.. Dan, saya rasa sangat menyesal dengan tindakan yang telah dilakukan. Harap sangat mata saya kembali pulih. Letih pakai spec.. Kalau nak buat pembedahan, mahal kot.. Sape yang nak sponsor, wau! Thats cool! Haha.

comel tak?..google
Oh, how i wish this one. Comey gila weyy.. Kalau nak pakai contact lens pom okay jugak.

macam macam warna kan?..google
Comel je sume ni..:))

Akhir kata, hargailah mata anda.