February 10, 2012

Nescafe Shake



Ngehngehngeh.. :D
Restoran D'Kelate kat Pengkalan Chepa dah boleh terima saya jadi pekerja ye

MJ

Hai :D

Kali ni nak cakap pasal MJ pulak. MJ? Michael Jackson yang nyanyi lagu beat it tu ke?



Eh takkk.. Korang tak tau. Saya ada cikgu nama MJ tau. Hikhik *Gedik

MJ merupakan singkatan nama untuk Mahadi Jalil. Unik kan? Well.. Tengok lah cikgu sape. Perasan je. *Duh. Cikgu Mahadi memang lain dari yang lain. Cikgu ni cikgu tuisyen saya. Saya terikut-ikut dengan my besties; Fatin Najuwa dan Anis Nabila, dorang semua ikut tuisyen ni. Bila mereka semua dah join tuisyen ni memang tak arh kalu saya tak join! (paham tak ayat ni)

Senget pulak

Dan ternyata tuisyen ni memang taste saya! Taste? What the.. Okay, takk. Cara pengajaran dia tu sangat sesuai dan masuk dengan saya dan kawan-kawan saya especially, Sarah Shafee dan Nurul Izzaty. Haha. Kepala jenis masuk air belake. Fikiran melayang-layang ke arah yang tak sepatutnya. Semua satu kelas tu sama je belaka. :D

Tapi tak dapat dinafikan persekitaran agak tak selesa sebab ia hanyalah sebiji balai raya yang hanya menanti waktu je nak runtuh (mulut jahat tapi kenyataan weh). Bagi saya tu semua tak penting sebab saya boleh je belajar dalam keadaan macam tu. Heheh. Walaupun dengan lantai yang agak berdebu, jarum jam yang sentiasa di angka 4, whiteboard yang hanya dipadamkan dengan menggunakan kain atau paling kurang tisu dan surat khabar atau paling dahsyat dengan baju Cikgu sendiri, sawang labahlabah setia tergantung di dinding.. Saya tak kisah lah. Lagi pun cara pengajaran Cikgu memang MENARIK. Hey, cikgu saya ni memang sporting dan stylo habis lah pendek kata! :D Mungkin ada setengah orang cakap

" EEEWWW. Tak boleh lah nak belajar dalam keadaan macam tu. I kena belajar dalam aircond barulah ilmu mudah nak meresap hingga ke jiwa" 

Duhhh.. *Gedik. Lain orang lain cara belajar dan mengajar dik oi.. 

Saya ambik subjek Matematik Tambahan dan Fizik sahaja. Eh? Sebab apa tak sebut Add Maths ngan Physics? Ikut suka I laa.. Haha. Takde lah, kitorang dalam tuisyen tu belajar 100% bahasa Melayu. Eh tak susah ke? Lagi SENANG weh. Believe me. Masakan hampir semua dapat A dalam Matematik Tambahan? Haa.. Pikiaq, pikiaq. Bangga doe dapat belajar ngan Cikgu.. :))

Ambik dari Naqib Hassim Facebook


Cuma, kata-kata cikgu ni agak pedas lah kalu sape yang amik hati. For me lah. Nak nak kalau masa dia tengah marah dan tak lain tak bukan waktu itu adalah subjek Matematik Tambahan. Memang boleh mencirit lah sape duk dalam kelas tu. Aura-nak-marah tu ada je.. Sebab tu kebiasaannya saya akan suruh Ayoh hantar cepat cepat sikit ke tuisyen Cikgu. Kalau boleh 7.30 dah terpacak depan tuisyen walhal hakikatnya Cikgu tak datang dan tak boleh masuk sebab kunci ada dengan Cikgu. 


Peta kedudukan

Ironi nya, saya tak nak lah duduk kat meja yang bersebelahan dengan laluan Cikgu tu. Berdebar weh bila setiap kali duduk depan meja kita tengok kita buat Matematik Tambahan tu macam mana. Selalunya aku buat buat buat fikir lama-lama pasal soalan tu pastu kalau tak cukup lama lagi, aku buat padam padam jalan kira yang aku buat pastu tulis balik sambil kira kira ngan kalkulator. Haha. Aku tahu, semua sama je. Takut nak angkat muka nak pandang Cikgu.. Aku tahu.. Haha..

Eh dah bertukar Aku dah? Whatever


Tapi time Fizik, Cikgu memang satu kepala ngan kitorang. Gelak ketawa sakan mak aih macam tak ingat dunia dah. Semua benda habis Cikgu nak citer, tapi semua citer Cikgu memang best. Memang kitorang suka dengar Cikgu bercerita especially yang ..... Haha :D

Soalan-soalan yang Cikgu bagi pom MEMANG yang dah berkurun lamanya. Soalan SPM 1975. Korang pernah jawab? Tak kan.. Aku pom pelik entah dari mana Cikgu dapat soalan tu. Cara pembelajaran Cikgu, seklai lagi saya ulang memang MENARIK. Menarik macam mane tu? Kena lah masuk Tuisyen Cikgu Mahadi dulu.. Haha (promote tuisyen orang pom jadik lah haha)

How I wish I can go back to the past using Timeline macam Facebook tu. Rindu.. (Tahu di Cikgu masak arh aku. Haha)

Oops. Forgot to tell you. Cikgu dah ada bini dan 6 orang anak dah.. So, rindu cinta apa benda tu tak berasas ye. Rindu sebagai anak murid je. :)

Pendek kata, you are the BEST Cikgu! Bertuah rasanya :)

P/s : Fatin Amirah, you should read this walaupun tak lama mu blajar sini :)

February 09, 2012

Badan kurus bertukar

Badan kurus, tapi makan..
MasyaAllah.. Banyak mak aih tak percaye !

Bese dengor camtu kan? Kan? Kan?
Eh, ke tak? Lantak ar. Haha

Kebiasaannya benda ni berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang kurang. Yelah. Kurus lah pendek kata. Saya boleh dikategorikan dalam kalangan ni.

'Eeee. Tak malu mengaku kuat makan'

"Biar ah. Ikut suka aku lah. Bwek'

Okay. Tapi tu dulu. Sekarang selepas saya mengambil beberapa jenis suplemen, berat badan saya naik. Naik sangat, sangat. Saya pergi Farmasi pastu tau tak saya beli apa?

"Hai kak. Saya datang nak beli kopi ni.. Ada Kopi Janda tak?"














































Ada ke patut tanya soalan nak beli apa gi farmasi. Mestilah nak beli ubat dan etc. Apalah korang ni -.-
Maka saya pun tanyalah akak tu nak cari suplemen untuk badan. Vitamin C ke. Akak tu terangkan yang vitamin C bagus untuk menguatkan sistem imun badan dan yang terbaru saya baca dalam Rapi, bagus untuk menggalakkan pembentukan kolagen dalam badan. Apa itu kolagen?


Sekarang dah faham? Heheh. Saya pun berjaya lah membeli dua jenis ubat ni. Konon bajet boleh awet muda bila tua nanti. Heheh


Untuk lawas bagus

Dah terpampang jelas kan?

Dan memang terpampang jelas juga saya melihat penimbang berat badan tu. 3kg naik! Bapak ah. Okay, berat naik. Ooookaaayyy

Jerawat juga naik -.-

Tahniah. Untunglah bila jumpa dengan orang,

"Umi, pipi awak tembam.."

"Bah, nampak gemuk sket.."

"Bakpe nampak berisi leni?"

Tembam. Gemuk. Berisi. 3 serangkai ni sudah cukup untuk menggambarkan keadaan diri. Cukup lah. Takleh nak tulis dah. Okay, memang gemuk. Gemuk dah nak berhenti menulis ni. Lain kali pulak Gemuk tulis lagi ye. Gemuk nak gi makan jap. Papai

Sarcasm


Can you see that my dear friends? I bet you all cuma boleh tengok SARCASM je kan? Haha. Kalu tak nampak tu citer lain lah. Rabun teruk sangat lah tu kot. Ngehngeh (Cermin diri sendiri -.-') Okay, talking about sarcasm. 

Sarcasm ni adalah sesuatu yang bertujuan untuk menyindir. Tujuan tu mungkin boleh terbahagi kepada dua pulak. Perkara yang baik dan perkara yang SENGAJA nak menyakitkan hati orang. Sarcastis people memang berlambak kat dunia ni. Eh, takde? Tipuuu.. Tengok keadaan sekeliling anda dengan baikbaik dan perhatikan dengan betulbetul. Okay, kalau nak senang, amik example yang mudah je lah. Your classmates. Kalau tak percaya, cuba perhati classmates korang. Mesti ada sorang yang berperangai kerja nak menyembur orang je. Kan? Dah dapat satu clue yang dorang jenis macam ni adalah jenis mulut yang tak reti nak duduk diam. Ada je yang nak dikomen. Ada je yang tak kena kat mata dorang. Yelah, mata dorang lah, takkan mata kita pulak sebab kita tau lah apa yang kita nampak kan? *Merapu. 



Back to the topic. Ehem ehem. Okay, kalau niat yang baik mestilah bertujuan untuk menegur. Tapi ada ke orang menegur dengan cara menyindir? Ada je. Tengok citer Oh Yeah sajelah. Keje nak menyindir je. Haha. Kelakar pom ada jugak. Haha. Tapi, kalau nak praktikkan cara macam ni boleh. Tapi kena lah cari orang yang sesuai untuk beregu. Paham? SarcasticMakCik-SarcasticMakCik. Haa. Barulah hebat bertikam lidah. Ni kalau cari jenis yang sensitiviti terhadap perkataan memang boleh buat gaduh lah. Jadi sebelum nak menegur tu, fikir-fikir dulu. Ya, anda memang bagus sebab ada nilai murni dan usaha nak menegur ke arah yang baik. Tapi ingat, disebabkan mulut juga lah badan binasa. I remind u bebeh. Heheh.

Kebiasaannya, orang yang sarcastic ni tak lain tak bukan keje nak sakitkan hati orang lah tu. Macam lah takde keje lain. Saya akui memang ramai orang sekeliling saya macam tu. Kebiasaannya lah. Orang macam ni payah nak berjaya. Percayalah. Believe me. Sebab hati dia tak tenang, tak tenteram. Selalu je nak cari kesalahan orang. Moga Tuhan lembutkan hati mereka. 


" Siapa beriman kpada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam. "
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



Anda-Yang-Sarcastic tahu tak yang perkara ni sebenarnya boleh menghancurkan masyarakat sekeliling? Mereka yang berumah tangga? Mereka yang berkawan yang mungkin telah terjalin hubungan persahabatan selama berpuluh-puluh tahun (nak guna beratus-ratus tahun tak sesuai sebab purata umur rakyat Malaysia hanyalah 74tahun). Tak pikir ke?

Hang pikiaq lah leklok ya. Perkara di atas adalah benar belaka dan berdasarkan pengalaman sendiri dan mereka yang sekeliling :) But being sarcastis sometimes make me happy jugak. SOMETIMES lah. Kejam ke?

Azlan tanya, "Whats wrong with u guys huh?"

Macho habis my Azlan :D


February 08, 2012

Bulu roma anda pula?

Entah kenapa bulu roma aku ni naik semacam je.. Padahal takde pape yang scary pon.. Pelik