August 10, 2011

Mastura

Laporan Kehilangan : Mastura anak perempuan Tua, 3 tahun, telah menghilangkan diri atau telah hilang dicuri atau mati. Mastura tidak pulang ke rumahnya sejak seminggu yang lalu. Kira-kira 9hari yang lalu. Pencarian telah dilakukan susulan kehilangan Mastura. Namun, hampa. Terdapat enam kemungkinan yang menyebabkan Mastura tidak pulang ke rumah :
  1. Mastura mati
  2. Mastura berjalan jalan lalu tidak mengingati jalan untuk pulang atau sesat
  3. Mastura dikejar jantan lalu terus tidak mengingati jalan pulang atau sesat
  4. Mastura diculik oleh sindiket haram pencurian kucing di sekita Kg. Kubang Parit
  5. Mastura sudah puas tinggal di rumah ini dan mungkin mengatakan 'Ahh. Puas duduk rumah ni. Baik I cari tempat lain yng lebih selesa' Nakal ye Mastura!
  6. Mastura menginginkan kehidupan tanpa anakanak
Mastura berkelakuan pelik apabila turut mengaktifkan diri bermainmain di halaman rumah kerana selama ini, jarang sekali atau tidak pernah, Mastura lebih suka bertenggek di hadapan rumah di atas rak kasut sama seperti arwah ibu dan bapanya. Kehilangan Mastura juga adalah sama dengan kehilangan arwah ibu bapanya. Kehilangan tanpa jasad ditemui di sekitar rumah. Moga Mastura mampu menemui jalan pulang *kalau sesat atau moga aman di sana *kalau mati



Muda remaja

Muda belia

cantik manis yang eksaited bila jumpa bakul

Harap sesiapa yang terjumpa atau berjumpa, dapat memulangkan atau mengembalikan. Terima kasih daripada kami sekeluarga.

1 comment:

fatin amirah said...

aaaaaaaaaa.mengapa terjadi sedemikian rupe -_________-