July 27, 2011

Rasa macam nak terjun bangunan je..

takde kaitan pom

Hari-hari seterusnya berlalu dengan penuh kemurungan dan penderitaan. Dunia seakan berputar, bertukar siang malam tanpa menghiraukan makhluk Allah yang sedang bersedih sorang ni. Kucing-kucing menjadi peneman di kala petang. Huh.. Puitis gila.

Tepon UPU tanya macam mana nak tukar kos-yang-entah-pape-nih. Dia jawab, "Hei, bukan hal UPU okayh! Ko klau nak tukartukar ni, talipon U yang ko nak ngan U yang ko tanak tu!Menyusahkan UPU je.huh." Okay, big fat liar. Takdelah, takkan nak cakap camtu kot.. Tapi mksud sama lah. (ayat belakang last sekali tu penipu je lebih haha)

Pastu on the same day, pergi kat Unisza jumpa Dekan terussss. hah. Amek kau. Dia pom suruh pergi KPT. Adoi, KPT kat KL weh. Jauh ngan umah saya Prof. Takpelah, berjuang selagi ada iktiar

Pergi ke Bitara. Test motor yang tak reti nak habishabis lagi. Nasib lulus. Ayah saya pom teman jugak. Heheh. Ayah jadi pom-pom boy untuk saya. Thanx dad. :)

wanted
Sangat tension sampaikan bila balik tu terus tido.
Okaybabaisalam.

dapat result upu dahhhhhh

15hb Julai 2011
Okay. Rasa sangat berdebar sebab tepat kul 12pagi nnti, eh ptang, ahh lantaklah, saya akan dapat result UPU. Apa itu UPU ya? Ouh, tak kenal? Takpelah, nanti masuk U nanti kenal lah kan. ^^
Bukak FB. Perkara wajib okay. Hahaha. Sebab dah takde keje sangat. :0. Okay, tak penting yang tu. Kawankawan dah ramai tanya, "Umi, dapat mana?". Erk. Saya tak tau nak bukak kat mana act..:( Dengan bantuan Fatehah Shokri, dia bagi link kat saya dan saya terus bukak dan saya letakkan nombor ic saya dan menutup skrin laptop dengan tangan kononnya berdebar nak tau dapat hape dan
































































































MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!

Bakpe dapat gini?! Dapat u yang tak mintak! OH! Dapat hape nih! (Dunia dah rasa macam tunggang langgang,terumbang ambing dan nak terbalik tak lama lagi)

UMK! U hape tuh! Tak pernah dengar! What! Kos sains gunaan teknologi pembangunan produk?! Hape nih..Hua..
Memang nak nangis gila masa tu. Siyes. Terus bagitau Maa ngan Ayah. Mereka pom terkejut, tapi saya LAGI terkejut nak mampos. Terus tepon Abang Rir. And,guess wat, dia gelak je. OMG. Geram weh. Saya siap tanya dia ada kabel kat UPU atau U manamana. Dah tak tahu nak buat camna. Macam dunia ni dah nak hancur dalam masa sejam dan kalau tak dapat bantuan dalam masa segera, ya, saya akan mati dengan perasaan kecewa dan tertimbus oleh tanah dan akan dimakan ulat-ulat. Okay, over lah tu -.-".. Tapi siyes, memang ntah pape kos tu. Huwaaaaaaaaaa

sedih gilaaa kot

Tak tau dah nak cakap pe.. Tepon Fatin Najuwa (my besties since form1) dia dapat UKM opto. Najmi Syuhadah dapat UM biomedic dan ramai lagiiiiiii. Okay, sangat jeles. Tapi, bangga sebagai kawan. ;)  Takpelah korang, belajar lek lok eh, jangan nakalnakal. haha samegoes with me lah!


Masa tu aku rase baik jadi kucing je

But, seriously, sangat hancur luluh sebab takkan UPU begitu kejam sampaikan 8pilihan yang saya mintak langsung tak dapat! Oh, high demand sangat ke apa yang saya mintak tuu? :(  Tak dapat nak teruskan dalam bidang perubatan.. TAPI! Saya akan berusaha untuk rayuan. Tu pom kalu dpat. InsyaAllah, pasti dapat! Amin..

July 09, 2011

Rabun

Talking about rabun

teka mana satu saya?


Rabun mata bermaksud mata tidak dapat  membiaskan cahaya dengan baik dan ini
menyebabkan penglihatan menjadi kabur

Saya seorang yang rabun. Ya, seorang yang rabun dan mungkin berpunca dari genetik ayah saya atau kelalaian saya sendiri. Genetik,oohh.. -.-'

Rabun ni boleh diklasifikasikan kepada long-sightedness dan short-sightedness.. Alaa..yang orang panggil rabun jauh dan rabun dekat tu..

Menjadi rabun bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan mampu menceriakan hari-hari anda. Malah, bukanlah perkara yang boleh dibangga-banggakan seperti, "Yea, aku rabun! Aku rabun! Kau ada rabun macam aku ni?" Haha. Takdelah cengitu. Tu jakun orang panggil. -.-"

Tapi, memang dulu saya pernah bangga dan NAK sangat jadi rabun. Masa darjah5 yang penuh dengan kenaifan dulu, nampak macam stailo habis sape sape yang pakai spec. Contoh terdekat adalah Kakak saya. Bukan main lagi wey, bila nak tangkap gambar je, terus Kakak buang spec, dan saya terus pakai spec dia. Konon bergaya lah teww. Hahaha. Amende lah budak ni.. Haih. Satu lagi, time tengok tb je, mesti tengok dekat dekat. Kiranya macam struggle habis-habisan untuk merabunkan mata.

Hurm,.akhirnya rabun lah saya.. Dan, saya rasa sangat menyesal dengan tindakan yang telah dilakukan. Harap sangat mata saya kembali pulih. Letih pakai spec.. Kalau nak buat pembedahan, mahal kot.. Sape yang nak sponsor, wau! Thats cool! Haha.

comel tak?..google
Oh, how i wish this one. Comey gila weyy.. Kalau nak pakai contact lens pom okay jugak.

macam macam warna kan?..google
Comel je sume ni..:))

Akhir kata, hargailah mata anda.

kuning

Salam. Hai. Hello.
Hari ni, 9hb. Hari dijadualkan perhimpunan BERSIH diadakan. Pakai baju kuning.
Kuning? Anda takut ditangkap ke? Hahaha. Hari ni, Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan. Tak tahulah macam mana. So, untuk menyemarakkan lagi warna kuning yang menyala-nyala, saya berbuat sedemikian...

gambar edisi teleng.haaha

Takpe, kat Terengganu jer kan.. Tak kena tangkap kot. Saya dah pergi kedai makan AZ Selera Timur, takde orang nak tangkap pom. Heheh. Pastu pergi Pasar Tani, pom takde. Takkanlah polis nak tangkap orang sesedap hati jer kan? Ikut suka saya lah nak pakai warna apa pom. Haha

Tertarik dengan artikel surat khabar tempatan. Dulu takut Hijau, sekarang dah takut Kuning? Kuning? Kuning? Hahha. Saya tak berpihak mana-mana pihak pom.. Tak sabar nak tunggu 2tahun lagi untuk mengundi. Hahaha. Tapi, tetap tertanya-tanya kenapa hak rakyat (berdemonstrasi secara aman) dinafikan?

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Setiap orang adalah pemimpin. Jagalah pimpinan anda dengan baik. :))


Ahah. Saya buat pancake atau bahasa melayu dia, lempeng. Boleh tahan lah sedap dia. *bangga. (Tak baik bangga, ujub, takbur, riak!) Heheh. Okay, okay...


looks good kan?
Haha. Takdelah. Yang tu Encik Google yang sumbangkan pic tu. Yang saya, takdelah cantik sangat pom. Tapi, sedap! Hakikat tu. (perasan) Hahaha. Makan dengan sekaya jer. Nak cari maple syrup tak tau bentuk rupa macam mana. :(
Perasan tak, kuning jugak. Hahaha

K, lah. Till then. Bye! :))

July 08, 2011

apa yang kamu pakai?

Oh, kawan saya sangat menggemari untuk bertanyakan soalan ini. Hahaha.


Kenapa? Muka awak tak ok ke dulu?

Memang tak pom..:(..Sedih mengingatkan zaman muda belia remaja dulu. Seingat saya, start dari darjah 6 lagi saya dah ada jerawat. Atas dahi, kebanyakannya lah. Lalu saya cuba pakai Clean and Clear. Tak menjadi.. Tapi, kakak saya cuba untuk mengurangkan kerisauan saya dengan memicit-micit dahi, hidung dan seluruh muka saya. Kononnya nak keluarkan 'whitehead,blackhead'. Tapi, memang kena keluarkan benda-benda tu semua. Kalau orang lain ada yang panggil nasi. Tak kenal? Oh, tahniah! Kulit muka anda memang sangat baik kepada anda. :) 

Hasilnya, tetap tak menjadi. Malah semakin banyak dan banyak dan banyak! Muka jadi semakin berminyak, macam boleh buat pisang goreng. eew.. Haha. Kotor lah weh bila kaitkan dengan makanan. Sorry.. -.-"
Okey, waktu kemuncak di mana saya berasa sangat sangat tidak selesa dan bencikan kulit muka ini lalu menyalahkan ibu bapa saya atas faktor genetik (oh,sangat takbaik) ialah masa saya form4. OMG.. Sangat banyak barisan produk yang telah digunakan. Clean and Clear, Eucerin, Safi Gamat, Cengkudu, Neutrogena, Eumora, bedak sejuk cap Mydin. Hurm,.rasa macam tak cukup lagi jer. Banyak gila kan? Haha. Itulah yang dinamakan dengan remaja. Sape yang takde jerawat masa muda muda dulu sangat rugi. Anda tak dapat merasakan kesakitan, penyeksaan dan ketidakselesaan pada kulit muka anda. Saya bertuah. :p. Hahaha. Takdelah, takde rugi pom, cuma anda tak dapat rasa pengalaman yang majoriti semua orang rasa. Cenggitu je.. :)

Dan, Alhamdulillah.. Dengan izin Tuhan, dapat juga saya lari dari kemelut permasalahan ini. Saya menggunakan produk Clinelle. Setiap satu agak mahal bagi saya. :( ..Wey, rm30 lebih satu wehhh.. Mahal weyy.. Mahal kan? Aku tak mampu. Tapi, Maa yang sponsor. Hehehh. Thanks mom. You are the besh! :))
Mula mula aku guna Clinelle ni dengan hasil duit kerja aku. Seingat aku 30.03.10. Kalau tak silap arr. Sekarang dah lebih setahun aku guna. Aku beli kat Farmasi Lau, Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Boleh jer cari kat mana mana pom. Guardian, Watson nyambekkk, farmasi lain pom ada. Kakak saya mengesyorkan benda ni. Pastu dia sponsor saya punya toner. Sampai sekarang, tak habis habis lagi toner tu. Jimatt weyy.. :)
Ahah, sampaikan kakak saya pom buat sebagai hantaran dia. 

Clinelle Purifying Toner


Clinelle Cleansing Gel..Google
 Oh, dan satu lagi yang saya guna. Terima kasih kepada Cik Iffa Mazland sebab memperkenalkan produk ni kepada saya. Hasilnya sangat menakjubkan. Tapi, bau dia tengik semacam jer.. Entah pharmacist tu letak ape.. Haha. Setakat ni saya dah guna 2botol.. :)

bila saya guna ni,mesti teringat kat dia tu..:)

Cantikkan dia? :)
Sepatutnya setiap malam harus pakai, tapi malas.. Heheh. Lagipom, taknak lah biasakan sangat dengan bahan kimia macam ni kan.. Takut bila stop tetiba jer, contohnya sebab semua farmasi dah takde stok, keluar balik penduduk baru dengan galak dan meriahnya.. Taknaklah cengitu. :)

Setakat ni, dah ada 2 orang yang pakai Clinelle dan 2 orang jugak pakai Dalacin T. Kiranya saya ni boleh buat testimonial lah kan. Haha. Boleh jadi bahan uji kaji. Ternyata dorang semua berpuas hati. Ini cara saya untuk dapat happy skin (omputeh kata lah kan). Anda pula? :)

muka muka yang cukup gembira




to my..

Semenjak dua menjak ni saya akui, saya banyak buat salah. Salah percakapan, salah perbuatan, salah perkataan yang digunakan apabila berfacebook ( ooohh,.) dan macam-macam lagi lah. Saya mintak maaf. Waa. Nak nangis sebab tak mampu nak bahagiakan orang di sekeliling.. :(.. but,HEY! Awak kan masih muda, bertenaga dan mempunyai cita-cita yang tinggi! Just ignore the bad feelings lah! Memang,. bukan semua orang kita boleh gembirakan, tu kan lumrah hidup manusia. Tapi, kita boleh cubakan?

Baiki cara komunikasi anda.

Oh ya,. Heheh. Saya MUNGKIN terlalu ego. Tapi, biasalah kan, untuk mereka yang sedang mengalami PMS. PMS? Apa tu? PMS adalah pre-menstrual syndrome. Hahaha. Tak perlu nak cakap banyak. Cari dalam Encik Google ye? Encik Google sangat baik untuk memberi anda info-info yang berguna. :)

Back to the topic. Saya nak luahkan rasa kemaafan saya. Tapi, I donno how too.. Selepas menulis,erk..menaip perkataan yang cukup membuatkan orang terasa.. Feel guilty,of course.. Saya nak mintak maaf, tapi malu dan tak tau macam mana nak mintak maaf. Saya bukannya jenis yang mempunyai ego yang tinggi, tapi.. Haih. Hey, jangan ingat untuk kekasih atau buah hati ke atau apa lah yang sewaktu dengannya. Hahha. Urm,. untuk my sis yang baca ni. Dan jugak adik.

Dear, Sis..
Saya tak bermaksud nak menaip ayat-ayat itu yang umpama petir yang menyambar-nyambar,
Saya cuma terlalu sedih,
Maafkan saya,
Saya ter'perasan' yang ayat itu ditujukan untuk saya,
Maaf je yang boleh dikeluarkan,
Tapi ia seperti tersekat di halkum di dalam tengkuk yang berjiran dengan oesophagus saya,
Hati saya meronta-ronta untuk menelefon kamu,
Seterusnya memohon kemaafan,
Maafkan saya,
Terima kasih kerana mengingatkan saya dengan perkataan itu,
Saya baru tersedar, Alhamdulillah..,
Mungkin disebabkan luka yang lama membuatkan saya mudah terperasan dengan segala yang anda ucapkan,
Mesej itu,
Maafkan saya. :(

Hope we can get along as usual, and better..

mungkin ada kaitan dengan anda..Google.

Dear, Adik..
Saya terlalu lapar ketika itu,
Lalu saya mengambil roti dan terus disumbatkan ke dalam mulut saya,
Saya mengunyah roti tersebut dan terus terlupa,
Suara anda sudah tidak terngiang-ngiang di telinga ini,
Eardrum saya tak mampu menafsirkan perkataan yang anda keluarkan,
Maaf,
Tapi saya menyesal,
Lalu saya warnakan sedikit,
Rama-rama itu,
Dengan hasrat anda mampu memaafkan saya,
Maafkan saya,
Saya cuba pujuk dengan panggilan mesra,
Tapi hampeh,
Hati anda keras seperti kerasnya bau-bau yang menusuk kalbu dan sanubari,
Maafkan saya. :(

Takpelah, saya hanya mampu menunggu dan menunggu. Tapi, saya akan terus berusaha. Jangan lupa itu.


 Maaf..Google.

Sedikit coretan.
Haha. Maaf kalau ayat macam tahi. :)


p/s: thanx encik kamal effendi for inspiring me through ur blog.:))