November 28, 2013

Tempat Meluahkan

"Apparently, I'm sad because of an incident. Well, it was just a small thing, I thought at first. I didn't meant it.." Sarah bermonolog.

Sorry..
Hanya perkataan ini yang mampu digunakan oleh Sarah. Untuk memenangi kembali hati yang dilukai, tanpa sengaja.

Sarah berperang lagi dalam fikirannya sendirian itu.

"You know what, I just can't understand it. Why that a small matter need to dibesar besarkan? You have known me for 3 years beb.. Luckily, you got so many places to get rid, to menceritakan masalah. Yeah.. You got Siti, Kak Dedeh dan Hakim. And I? None."

Sarah terus diam. Sarah tak mampu berfikir lagi. Dia telah tewas dalam perang perasaannya itu. Sarah tak mampu nak fikir lagi sebab jika Sarah fikir, dia pasti air matanya akan gugur.

Sarah tak lemah. Sarah kuat orangnya. Sarah sukar untuk menitiskan air matanya, kecuali jika ada benda yang benar benar menyentuh hatinya, seperti menonton movie yang romantik seperti Titanic atau Pearl Harbor. Dan, kehilangan kawan karibnya. Cilaka.

Ye, kawannya bernama Cilaka. Dan dia hanya memanggil Cilaka sebagai Laka Laka.
Gelak tawanya hanya bersama Laka Laka. Dan juga tika sedihnya. Tapi sekarang?

Sarah sedih, tapi tiada tempat nak menangis. Hanya menangis sendirian.

Agaknya Laka Laka sudah melupakan kisah indah mereka dahulu. Agaknya Laka Laka tidak ingat bagaimana gurauan kasar Sarah. Agaknya Laka Laka memang tak ingin berkawan dengan Sarah.

Ahhh! Terlalu banyak 'Agaknya'!

Betul, Sarah terlalu sedih. Sampai hati Laka Laka..

Sarah tak suka menceritakan masalahnya pada orang lain sebab dia agak pendiam orangnya. Sarah lebih suka berperang dengan perasaannya sendiri dan akan cuba selesaikan sendiri masalahnya. Sebab Sarah lasak. Sarah tak gentar, dan Sarah kuat.


---

Hakikatnya, pada pandangan orang lain, pasti akan ada suatu yang berbeza dengan pandangan kita.

Ini tak kena, itu tak kena.

Nak puaskan hati setiap orang memang payah.
Or, should I say, PAYAH?

Tak tahu anda bersikap gedik di mata orang, padahal rasa macam biasa je.
Tak tahu anda bersikap meluat, padahal rasa macam biasa je.

Kita takkan pernah betul, sebab hanya dia yang betul.
Kita tak berhak buat itu buat ini, sebab apa?
Tak lain dan tak bukan, sebab HANYA MEREKA YANG BETUL.

OH DUNIA

Kawan yang Celaka

Celaka.

Ya, memang celaka.
Siapa?

Engkau celaka.

Maaf.

Apa kau ingat aku tiada rasa ego?
Apa kau ingat aku tidak punyai rasa marah?
Apa kau ingat aku tidak boleh merajuk?
Apa kau ingat ini Forbidden Palace yang hanya kau saja boleh berbuat demikian?

Sungguh, sumpah aku katakan.
Aku letih.
Tapi, kawan..
Kau kawan aku.

Kau selalu begitu.

Aku gusar jika suatu hari nanti segalanya berimbas.
Berulang seperti dahulu.
Aku tak mahu. Engkau pun tidak mahu, bukan?

Aku sayang kau, celaka.
Sungguh, aku rindu kau.
Kawan yang celaka.


**Celaka di sini mempunyai dua maksud, di mana hanya penulis memahaminya.



November 21, 2013

Bila Berahsia

Bila berahsia, rasanya tak elok kalau berbicara depan orang lain.

Bukan orang lain sangat pun sebenarnya. It's your 'BESTFRIEND'.

Sangat tak wajar. Kata bestfriend, tapi tapi tapi..

Hmmmm.

Sedih dowhh. Sampai hati. Memang macam choc chip cookies. Like always. We are not meant to be BFF. You acted like I'm invisible. It's too hard.

Tahu tak perasaan panas satu kepala bila tak dipedulikan?
Tahu tak perasaan nak menitis air mata bila anak mata kau tak bertemu dengan anak mata aku?
Tahu tak perasaan cepat cepat nak melarikan diri tapi tak mampu?

Aku saja bersikap tak nak ambik tahu, tapi aku sangat nak tahu.
Kau tahu tak?
Tak..
Kau tak tahu.
Takkan pernah tahu.
*penulis mula merembeskan genangan air mata

Aku saja bersikap slumber.
Slumber badak.

p/s : Nonsense!

Apa Rasa?

Assalamualaikum :)

Semenjak dua menjak ni, penuh dengan rasa.
Rasa tak mandi.
Rasa hati.
Rasa gembira.
Rasa annoyed.

Rasa kambing, mmbekkkkk

Bersempena dengan ketiadaan air, segalanya menjadi rasa.

Air takde 3 hari. Siapa tahan? Nak membuang dan buat pelaburan bijak pun kena berfikir berkali selaras dengan pencatuan air. Huwaaaa sangat daif kehidupan di sini. Gayanya seperti orang susah. Kurang kemudahan. Nama saje universiti. Matrikulasi aku rasa lagi elok :/

Rasa je nak balik ke Terengganu. Dekat je. Tapi, tapi, tapi aku fikir kalau aku balik, nanti minggu depan aku balik lagi (InsyaAllah) sebab ada family trip. Yeayyyy! Hehehehe

Aku tanak balik sebab aku nak merasa kehidupan tiada air bersama teman teman ku di UMK. Nak merasa kehidupan susah bersama sama. Sebab semua ini akan jadi kenangan :))

Kenangan mengangkut air bersama sama rumet.
Kenangan bungkus baju sebab baldi dah penuh.
Kenangan mandi sekali sehari (this is better bcoz ada je yang tak mandi berhari hari)
Kenangan tak basuh pinggan lepas masak (eeeewwww haha)
Kenangan terpaksa tahan kencing dan berak sampai sakit kepala.
Kenangan menyumpah seranah UMK (haha so mean mehh)
Kenangan berbaik dengan jiran depan :)

Ahhh. Pendek kata semuanya akan jadi kenangan.

Rugi kalau tak bersama men'create' kenangan.

Rasa macam berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Rasa sangat.

p/s : Takde air? Lek ahhhh

November 11, 2013

Hati #4

Baru seminggu, tapi sudah rasa kehilangan itu.
Aku kata, aku tak ingin. 
Tapi, rindu yang menjelma datang mengganti rasa tak ingin.

Apakah ini semua?

Soalan ditanya mengenai 'si Dia' itu, tapi kau buat buat tak tahu.
Tak pasti comel atau mengada atau rasa-macam-nak-tumbuk.
Lalu aku bersangka buruk, yang berulat.
*Maaf, agak kasar post bertajuk Hati kali ini kerana penulis sedang cuba mendalami watak utama

Kau buat hati ini geram, sangat.
Sehinggakan tiada ruang untuk melepaskan lagi.
Kau telah titiskan air mata, yang jarang sekali menitis.
Kau buat diri ini tidak tenteram.
Kau buat hati ini tidak keruan.

Hebat, hebat..

Kau sangat hebat.

Tapi, hakikat nya kau tidak sedar. 
Ahhh sudah. Habislah. Matilah. Sudahlah.
Ini semua permainan jiwa sahaja.
Akan ku pujuk hati sendiri.

Tidak mengapa.

Azam Baru Ku!

Assalamualaikum

:)

It's been a while right? Heee but I'm here bebeh :* No worries please (buat aksi flirt tiada bertepian)
Hahahaha lawaknya. Pandai saya buat lawak

Alhamdulillah, kita semua dah masuk tahun baru (mengikut kalendar Islam). Jadi like always, semua orang mesti nak ada target dan matlamat dan AZAM tahun baru. Yeah.. Semua orang mesti ada.. Sama ada lahir dari kemahuan sendiri, atau terikut ikut seperti orang lain, contohnya macam aku ni. Hihihi *gelak comel pleaseeee

Aku pun tidak ingin dianggap ketinggalan walau pun secara amnya takde orang pun nak tanya 'Apa azam tahun baru kau, Umi?' di mana secara kasarnya dah boleh nampak tersangatlah skema dan unik jenis persoalan yang diutarakan, aku tetap tidak ingin rasa ketinggalan zaman lantas cuba untuk menulis azam tahun baruku ini di blogku yang tak berapa nak hidup ni (cuba baca satu nafas)

Arghhhhh!

Apa aku cuba sampaikan ni?! Main main pulak banyak. *penulis mula berasa kecewa dengan diri sendiri

Maka, matlamat pertamaku telah muncul di mindaku tika ini. HUSNUZON. Ya, perkataan ini semakin popular di laman sosial terutamanya. Nampak hebat ayat ini. Husnuzon bermaksud bersangka baik. So, kenapa nak kena bersangka baik? Kenapa? Kenapa??

Setelah banyak benda yang terjadi dalam hidupku, aku amat yakin bahawa aku perlu switch on suis husnuzon dalam hati aku. Dah macam kotor sangat hati ini. Astaghfirullah.. *penulis mula merasakan tidak elok untuk bercerita perkara peribadi di sini

Kedua, aku akan cuba untuk menjaga hati dan lebih menghargai mereka yang di sekeliling ku.

Ketiga, aku akan cuba untuk tak main main dalam kelas. Payahnyeeeeee terutama kelas Amir dengan Shamsul ><

Lagi?

Tak tahu lah. Tak tahu lagi. Haha nanti tambah lagi boleh tak? Plizz plizz plizz *penulis bermonolog dan mula buat gila

Rasanya setakat ni je lah. Till then, bye :))

P/S: Ada bini Aaron Aziz dalam kelas aku lah (heheh) dan nantikan Taufan Rindu menyerang pawagam berhampiran anda! Kahkahkah