August 28, 2011

wordless sunday


Okay, bila saya baca balik, rasa macam bodoh je. :(
Apelah. Lurus bendul sungguh lah budak nih! Haih.

such a nice day,frens :))

heheh.
Hari ni dh jumpa kawan-kawan lama.hoho

Dan,beli sesuatu yang baru! :))

Thanx Izzah, Fatin ngan Najmi sebab sudi menolong untuk memilih. Heheh

August 26, 2011

kena tipu

Huwaaa.
Mati mati kena tipu :(
Kena tipu oleh bakal seniors UMK.
Ternyata, sebelum masuk UMK, kredibiliti telah diperkotak katikkan dan perkara ini seharusnya disedari sejak awal lagi.

Malu.
OH, malu sungguh hati ini.
Terasa tidak mahu menyertai minggu orientasi. :(

Ditipu oleh : Mohd Irfan, Danish D'hearty, Hamizan Hadi Addnan, Angelizah Jolie, dan Mohd Amirul Rosli

August 17, 2011

wordless wednesday


Roomates : Bahagian 1 (bajet nak buat macam drama)

Currently listen to Sebiru Hari Ini pagi ni..
Hmmm.. Rindu kawan kawan saya. My roomates. :')

p/s : Korang, Nor ngan Kak Iffa kalau baca entry ni, sila baca sambil dengar lagu Sebiru Hari Ini, okay :))

Ingatkah lagi korang kita nyanyi sama sama lagu ni?
Kita passing bahagian chorus untuk kita.
Nor senyum je tengok kita, Kak Iffa.
Nor tak nyanyi pom :(
Tapi, takpe. Nor memang camtu. Matang je :)
Ni lagu kita bertiga kan, kan, kan?
Sebelum 20hb April tu...
Sebelum pergi jalan jalan pagi, nak pergi study masa study week, kita pasang lagu ni.
Hoi, bukan main semangat! Hahaha.
Kita rakam video, banyakkkk!
Tapi ngan saya dah takde :( Entah ke mana hilangnya.
Orang lain sibuk study kita pulak pergi pasang lagu, possing tangkap tangkap gambar.
Rindunya!

Nah! Ni lagu kita



sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini



Hari tu, lepas habis pereksa Maths,
Semua muka monyok semacam je,
Padahal sebelum tu bukan main rakam video buat katakata semangat.
Hahaha. Kelakar korang.
Lepas tu, buat lagi video. Khas untuk bagi dorongan untuk next paper.
Kononnya video 'Penguat Semangat'.
Tapi, study untuk Kimia ngan Bio pom boleh lagi nak malas malas ye.
Ada jugak perasaan mengantuk, letih sebab study untuk Kimia ngan Bio.
Cett. Kata video 'Penguat Semangat'. Haha

Okay, sampai kat sini. Sambung plak untuk next entry kalau rajin :)


Nor Kak Iffa

August 16, 2011

Apelah 'A' ni

Shut up!
Cett. Takpelah kan. Babai 'A'. Jangan sesekali ingat i nak ngorat u. Perasan je lebih budak nih!

August 15, 2011

Untuk Kau, tutt!

Hai semua.

Ada satu persoalan pelik. Kawan yang pelik.

Kau, aku nak tnya khabar pom tak boleh eh? Kan ke kita nak tukar u. Aku bagitau kat kau, kau bagitau kat aku. And then, aritu aku tanya leklok tak jawab pulak. Pfff. Macam tutt!

Memanglah kita tak rapat, tapi kita kan classmate. Tak salah kan. Yerlah, kau kan gilagila, bising, kecoh, baik, friendly dan kau 4orang yang selalu conquer class. Ops, kau pom gatal dan gedix. Hahaha. Sori to say. Sapelah aku kan nak kawan ngan kau. Hei. Kecewa aku tau tak(walaupun bersyukur). Takpelah, uruslah hal kau. Pergilah kat Unimas kau tu, takyah balikbalik ke smenanjung ni, aman sket dunia. Aku taknak jumpa kau. Cukuplah kat Kmph je. Hahaha. Bwekk.


Hoi, senyap sket. Kau tu cakap je lebih.



Hah. Tengok. Gambar tu pom suruh senyap. Padan Muka Kau 'U'!



August 13, 2011

#001Picture

Gambar sebelum pencen :p





August 12, 2011

Missing my old friends

Old friends.
Ya! Old friends. Hahaha

Tetiba rindu kat dorang. Korang tak rindu Umi Najibah ke? heheh.

Nurul Syazana, Wan Fatimatul Hanina, Alia Shazwani, Ahmad Nakhaie, Muhammad Azri, Kamarul Nasrul Naim, Fatin Nur Adila, Tengku Nur Aliah, Kamaru Aqilah Rauhah, Azli, Zamri, Rasyida, Farah Ain, Iffarina, dan raaaaaamaaaaaai lagi! :))

Miss u all

Gotta go. Bye :)

p/s : Baru je lpas isi PTPTN atau PTPTPU. Ada kesalahan yang dilakukan lepas buat pengesahan. Kena beli no pin baru ke? :'(














August 11, 2011

Proud to be yours

Eheh, eheh, eheh.
Hahaaha.

B O N G O K

Okay takde kaitan -.-"

Saya bangga sebab dikurniakan Maa dan Ayah yang cukup memahami. Alhamdulillah. Bersyukur. :)) They always give the best for their children. I love u! Mmmuah3 <3

Mammmaa miaaaaa

p/s:nak letak gmbar dorang tapi guna laptop lain.smula ye :)


August 10, 2011

Mastura

Laporan Kehilangan : Mastura anak perempuan Tua, 3 tahun, telah menghilangkan diri atau telah hilang dicuri atau mati. Mastura tidak pulang ke rumahnya sejak seminggu yang lalu. Kira-kira 9hari yang lalu. Pencarian telah dilakukan susulan kehilangan Mastura. Namun, hampa. Terdapat enam kemungkinan yang menyebabkan Mastura tidak pulang ke rumah :
  1. Mastura mati
  2. Mastura berjalan jalan lalu tidak mengingati jalan untuk pulang atau sesat
  3. Mastura dikejar jantan lalu terus tidak mengingati jalan pulang atau sesat
  4. Mastura diculik oleh sindiket haram pencurian kucing di sekita Kg. Kubang Parit
  5. Mastura sudah puas tinggal di rumah ini dan mungkin mengatakan 'Ahh. Puas duduk rumah ni. Baik I cari tempat lain yng lebih selesa' Nakal ye Mastura!
  6. Mastura menginginkan kehidupan tanpa anakanak
Mastura berkelakuan pelik apabila turut mengaktifkan diri bermainmain di halaman rumah kerana selama ini, jarang sekali atau tidak pernah, Mastura lebih suka bertenggek di hadapan rumah di atas rak kasut sama seperti arwah ibu dan bapanya. Kehilangan Mastura juga adalah sama dengan kehilangan arwah ibu bapanya. Kehilangan tanpa jasad ditemui di sekitar rumah. Moga Mastura mampu menemui jalan pulang *kalau sesat atau moga aman di sana *kalau mati



Muda remaja

Muda belia

cantik manis yang eksaited bila jumpa bakul

Harap sesiapa yang terjumpa atau berjumpa, dapat memulangkan atau mengembalikan. Terima kasih daripada kami sekeluarga.

Que sera sera

Que Sera Sera


When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be. 

Finally,my decision is..

Hello bello :)
Okay, setelah bertungkus lumus dan memikirkan semuanya masak masak, final decision dibuat. Muktamad!

Hello, UMK. Saya akan pergi kat UMK. Sukalah tu :) Takpelah, UMK please be nice to me ; pelajar baru dalam kos yang agak baru dengan kawan baru, persekitaran baru, roomates baru, tempat tinggal baru dan segala benda yang baru! :D

Hahaha

Cik Bella-eh senyum senyum.nak masuk u kan kenalah gembira :p
Tapi, saya tetap berharap dengan keputusan ni, saya tak akan menyesal. Macam Sarah Shafee cakap, 'Things happen for reasons. Never regret baybeh'

Thanx untuk kakakkakak ipar saya dan abangabang saya sebab sudi memberi buah fikiran mereka. Kawankawan jugak dan harap korang terus memberi sokongan :) Abang Mi, i still remember this:

Abg Mi : Course tu baru, sejajar ngan kerajaan punya aim nak tingkatkan pengeluaran produk baru. Bole link apa ngan perubatan..ko buat ubat baru. Jd lecturer amik phd pun best. Nanti g london bole tmpg hehehe

Aku : hahaha.kalu jadi mcm arwah sosilawati?buat alat kosmetik tuu.mau kna bunuh..

Abg Mi : Tu sbb kaya sgt smpai org dok aim....kita bersederhana je la.....xpa...pk punya pk punya pk pun buat pening ja.....skrg ni rilek je dulu...cr kt youtube lagu que sera sera....dgr n enjoy...pastu titon esok pg bgn tgk rs 
apa.....

*Kelakar tak? Kelakar kan kan kan? Hahaha. Tak kelakar takpe, biar aku gelak sorangsorang

Dan, untuk Pendidikan Untuk Semua, terima kasih kerana sudi bagi cadangan dan penjelasan :) Sangat menarik untuk masuk UniKL dalam bidang Clinical Laboratory Technology. Sukatan pelajaran semua berkisar pasal sains. Ada anatomy bagai. Saya suka sains :) Tapi, takpelah kan. Saya dapat UMK. So, here i come! :DD

Actually, kelmarin saya dah tepon UniKL untuk 3rd intake. Rupa-rupanya saya dah tak perlu mendaftar dan saya disuruh mendaftar terus ke UniKL. And guess what, hari pendaftaran nya adalah LUSA. I told u, L U S A ! OMG -.-" Dahlah persiapan tak buat langsung dan malam esok terus nak gi KL. WHAT?!

Ohh, saya tak boleh kalau keadaan macam ni. I need time. Tak suka tergopoh gapah. Lagipun untuk kos yang saya dapat di UniKL adalah Bachelor of Medical Science Technology in Environmental Healthcare with Honours. Erk. Saya tak ingat yang aritu saya mendaftar untuk kos tu BUKANnya Clinical Laboratory Technology. Huh. Dan, saya tanya lagi pihak UniKL tu, boleh tak nak tukar kos. Tanpa segan silu dan tanpa sebarang 'Hmmmm' dengan pantas dia menjawab 'Takde. Dah penuh'

Tension gila. Dahlah dapat kos yang tak begitu digemari *nampak agak memilih di situ ya* pastu lusa plak daftar. Okay, my fault sebab aritu tak pilih yang Clinical tu. I ikut my Dad dan baru surf internet pagi kemaren untuk more info pasal kedua-dua kos tu :(

Dan, saya buat keputusan untuk masuk 
UMK.
UMK...
UMK.....
*konon gema lah tu

Okay, till then :)) Bye

p/s : Harapan untuk tukar u lain tetap ada. Tak salah kan? :)



August 09, 2011

Ni buka nak terjun bangunan

Hai readers *padahal takde orang nak bace pom an? HAHA Takpelah, asalkan hati saya senang. Hurm, aritu rasa macam nak terjun bangunan kan? Sekarang rasa macam nak terbang atas langit pastu turun dengan laju (terjunam ke bawah) macam Kungfu Hustle tu. Ahh! Tension. 

Stress? Apa maksud stress tu?
Stress is the body's reaction to a change that requires a physical, mental or emotional adjustment or response.
Stress can come from any situation or thought that makes you feel frustrated, angry, nervous, or anxious.
Stress is caused by an existing stress-causing factor or "stressor."
Dealing with a serious illness or caring for someone who is can cause a great deal of stress.
Okay, paham tak?

Huh. No idea lah kalau kau tak paham jugak.Agaknya budak ni dari dunia lain kot -.-"

stress lah sangat kan

Okay,okay. Saya sangat stress disebabkan hal u ni. Sekarang tengah buntu nak pilih yang mana. Either UMK atau u swasta. Okay, saya memang tak berduit, keluarga saya pom bukannya orang berada yang boleh beli kereta mahal mahal. Memandangkan tadi Maa ngan saya pergi ke rumah sedara saya kat Kg. Tanjung Batu Satu dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seseorang, saya telah mengubah konsep pemikiran yang mengatakan bahawa universiti swasta mahal. Ye. Memang ada yang mahal but depends pada jenis universiti. Ptptn kan ada.. *Ptptipu sepatotnya sebab bunga atau riba lebihlebih. UniKL maybe okay sebab dia under Mara dan boleh bertukar jadi biasiswa kalau cemerlang. Kalau CEMERLANG. Okay,paham -.-

Bukan apa, orang yang saya jumpa tu anak dia 2orang kot yang pergi u swasta. Dia pom bukan orang senang tapi boleh je hantar anakanak dia. Laki dia keje kedai je pom. Hmmm, ternyata swasta takdelah semahal yang dipikirkan. CUMA, kena hantar setiap bulan duit tu. Mulamula je lah sebab ptptn lambat kan. Macam siput baby haha. 

macam gary

Terpikir jugak, takmo dah susahkan Maa ngan Ayah. Kalau dapat biasiswa kan senang, pastu dapat masuk u senang je. Parents takyah duk sibuk pikir nak cari duit. Hahaha *ayat tipu. Maa ngan Ayah dah tak keje skang sebab dorang pencen dan hanya menikmati gaji pencen sahaja :) 

Tadi tertengok balik kat Fesbuk. Bukak page UMK. Hmmm, not bad lah. Seniorsenior pom macam okay je dan sudi bagi nasihat. Nampak macam best jugak. Gambar dah tengok. Memang macam rumah kedai pom haha. Tak baik. Nanti jadi u kau jugak an. -.-" Tapi memang pom sebab yang cawangan kat Taman Bendahara, Pengkalan Chepa ni sementara je pom. UMK dalam pembinaan kat mana entah. Antara Bachok, Jeli ngan Machang. Tak tau yang mana weh haha. Pening sebab dah tepu kepala. Haih

okay tak?

selamat datang ke umk saya
Permasalahan sekarang, Maa ngan Ayah suruh aku masuk swasta. Tapi, aku rasa macam nak duk je kat UMK dan lepas tu try buat rayuan ke u lain. Lagipom, seniorsenior tu cakap 'memang kos ni kos baru tapi korang best sebab bukan belajar sains je,teknologi kreatif ngan keusahawanan skali. Masuk dulu, rasa camne.' Lebih kurang camtu lah ayat dorang.

Hati berat ke UMK. Tapi, takut tak dapat fokus dan tak suka tak minat kos ni.. Camne eq????!!!





August 07, 2011

pelik sungguh

Pelik sungguh lah hari ni. Semua macam semacam je. Nak marah aku ke? Haih.