February 22, 2014

My Obsession : Supplement

Asssalamualaikum and hai, guys! :)

It's been a while right? But, hey I'm here! Hihihi ntah pape kan..
(sayup sayup kedengaran bunyi cengkerik..)


Hmmm, i'ts been a week I'm here, in my beloved UMK, the most vogue university with their mission Entrepeneurship is Our Thrust bla bla bla whatsoever la kan.. Malas nak mengumpat banyak pasal universiti aku, huh menyakitkan hati pun ada. Actually it's not about the university yang bermasalah. It's all about the staff yang lembap dan pemalas, pentadbiran yang tak efisien dan orang atasan yang sibuk dengan politik mereka yang kadang-kadang sumpah merepek dan merapu lagi menjijikkan. Siapa yang menderita? Pelajar. Yeahh.. Aku adalah antara mereka yang menderita.

Back to the topic ah, duk merepek pasal universiti sendiri pun last last aku jugak yang nampak lemah kat situ. Huh.

*Back to our cheerful mood, pleaseeeeeeeee :D (I guess you guys should always insert those smiley things to enhance and state what you actually felt in every sentence LOL sangat)



Okay, so what is supplement? Supplement secara kasarnya adalah makanan tambahan yang membantu tubuh badan untuk mendapatkan apa yang kita tak dapat dalam makanan harian kita. Contohnya vitamin C, vitamin E, kalsium and even protein.

Vitamin D contohnya korang boleh dapatkan dari cahaya Matahari. But, for daily consumption (their exact value that you need to consume) will not enough. So, vitamin D yang berbentuk pil adalah pilihan terbaik. You better ask your doctor first or go to a pharmacy and ask them. Ini adalah untuk mengelakkan korang terjebak dengan ubat yang palsu. Sekarang saaaaaaaaaaaaaaaangat banyak! Yang elok nya adalah yang ada pengesahan Halal dari JAKIM dan SIRIM.

Sebenarnya dah lari topik ni. Haha. Aku nak citer apa yang sebenarnya ak obses. Ya. Memang aku cukup obses dengan penjagaan tubuh badan. So, supplement adalah salah satu cabang obsesi aku. Waah, ada ke perkataan obsesi? (ayuh buat bunyi krik krikkkk)



Aku nak listkan segala yang pernah/sedang aku consume.
  1.  Kismis
  2. Senocot -ubat senang untuk menjalankan bisnes
  3. Bio-life
  4. Jus Delima
  5. Virgin Coconut Oil
  6. Vitamin C
  7. Clenx Tea -greentea 
  8. Double-stem Cell
Cantiknya warna pil pil ni..

Whoaaa. Baru aku sedar, agak banyak rupanya. Yang still aku ambik adalah Virgin Coconut Oil, Vitamin C, Clenx Tea dan Double-stem Cell.

Why aku ambik Virgin Coconut Oil (VCO)? Sebab memang dah terbukti dekat aku dan beberapa kawan aku yang turut consume benda ni. Untuk aku, aku boleh katakan yang parut aku kurang. Ni bukan aku yang perasan sorang sorang ye, kawan aku yang tegur. Sumpah sangat terkejut sebab aku tak expect pun ada perubahan dalam masa yang bagi aku agak singkat, iaitu kurang dari sebulan. Selepas kejayaan pada muka aku, kawan-kawan aku pun turut mengambil VCO tersebut. Begitu juga dengan adik saya. Dan memang dah terbukti kat muka dorang. Jerawat kurang. Parut pun kurang. Walaupun aku bukan supplier dan hanyalah pengguna, aku rasa happy sebab boleh tolong promote benda yang boleh bantu dorang :) Harga dia rm 37.00.

Pil dia lebih kurang yang macam minyak ikan kod tu

Why aku ambik Vitamin C? Vitamin C ni banyak manfaat dia tau. Acu try google la weh. Internet di hujung jari je sekarang ni kan. Hikhokhikhok. Aku ambik yang 500gm.

Why aku ambik Clenx Tea? Sebab aku payah nak menjalankan bisnes. Lagi pun teh ni boleh membantu untuk proses detoksifikasi which is quite important especially for those who want a slim curvy body, dan mengurangkan berat badan. Lagipun apa yang bagus dalam Clenx Tea ni adalah dia ada Greentea which is rich with antioxidants. Just FYI, aku hampir nak propose tajuk 'Antioxidants in Greentea' untuk Final Year Project aku. Why? Sebab aku eksited nak tahu apa benda yang hebat sangat dalam Greentea tu sampai boleh prevent cancer tu. Haaa. Menarik kan FYP tu.. Tapi aku tak jadi nak propose sebab 3 perkara; kesuntukan masa sebab final exam last semester, mana nak dapatkan bekalan Greentea dan kekurangan fasiliti dalam makmal.

Bila la aku leh jadi model iklan wahahaha *tikam diri sendiri

Why aku ambik Double-stem Cell? Sebab nak kurangkan tahap kerabunan dan untuk kulit. Setakat yang aku pakai ni Alhamdulillah lah ada jugak sedikit perubahan. Katanya halal. Tapi, Double-stem Cell tu aku tak tahu pengesahan Halal dia sekarang yang orang duk sibuk heboh hebohkan tu. Aku tanya pada orang atas aku, dia cakap tu adalah taktik atau strategi busuk mereka yang ingin menjatuhkan bisnes, tapi ada pulak kajian baru pasal penipuan. Omaigod, I'm so pening. Halal tu sangat penting kot, especially untuk student. Jadi disebabkan telah timbul rasa ragu ragu dan kurang keyakinan, aku rasa better aku stop dulu.

Cantiknya badan akak

Obsession aku terhadap sebarang bentuk supplement semakin menjadi jadi sejak dua menjak ni. Aku takleh tidur lena, makan pun tak berapa nak kenyang apatah lagi mandi pun tak basah. Over nyeee. Aku sebenarnya makin berminat dengan Shaklee. Mesti korang pernah dengar kan? Sebab katanya ia adalah protein yang boleh bagi cukup protein dalam makanan seharian kita. Sangat teruk obsesi aku nih. Dahlah mahal, but still nak beli :/

Jadi di sini ingin aku tegaskan, aku nak cuba hentikan sedikit demi sedikit dan pengganti untuk suplemen ni semua adalah having enough 2L water and joging and having vegetables and fruits and makan malam before 8.00pm and kurangkan makan jajan dan maggie dan minuman yang bermanis dan ais.



Itu sahaja dari diri ini. Moga berjaya! :D






February 07, 2014

JPAM ; Kursus 1

Assalamualaikum dan hai! :)

Apa khabar kalian semua? Moga sihat sejahtera senantiasa. Hee, so hari ni bangun awal tapi tak pergi jog. Sebab malas of course. Hihi. Lumrah lah skip sekali sekala kan.

Sebelum saya menyembang lagi banyak benda yang mengarut, jom tengok apa itu ALPHA Bangi. ALPHA ni stands for Akademi Latihan Pertahanan Awam dan haruslah terletak di Bangi. Tempat ni kira nya macam sekolah untuk ahli sispa ni.




Kami bertolak ke sana pada 19/1/2014, iaitu seminggu selepas cuti semester ku bermula. Rasa sangat malas, apatah lagi ketika itu seperti fed up apabila mendapat berita untuk membeli kasut hitam kulit masing masing. Rasa macam celaka sangat. Katanya macam yang Suksis pakai. Yang tu memang mahal la, dan aku takkan beli wahaha. Kasut yang aku beli kat Kedai Kasut You tu takdelah mahal sangat. Setakat rm30.00 but still kau mengeluarkan duit kan :/ Beli sunblock lagi. Dahlah mahal rm40.00. Dah berapa ringgit dah. Duit tiket lagi. Hmmmmmm tak masuk contact lens yang aku silap beli tu lagi. Hmmmmmmmmmmmmmmm




Sebelum aku lupa. Ada satu pengalaman yang paaaaaaling mendebarkan bagi mereka berdua nih. Hahaha


Tersekat dalam lif

Okay, kita teruskan. Sampai kat sana malam. Dahlah kena heret beg dari depan pagar sampai hostel. Sumpah letih gila. Sampai je sana terus tidur.

Rutin harian seperti askar telah bermula.

Bangun Subuh 5.30 pagi. Solat Subuh berjemaah kat bawah pukul 6.00 pagi.Tahukah anda bahawa nak pergi solat pun harus berkawad beramai ramai? Boleh terkentut aku time berkawad tu hmmmmmmm (penulis merasakan bahawa pembaca harus gelak untuk ayat ini) Dan tahukah juga bahawa setiap kali nak pergi mana mana kawasan di ALPHA tersebut kalian harus berkawad? Blerghhhh

Lepas solat, berkawad lagi kami ke padang kawad untuk menaikkan bendera. Yang naikkan bendera tu adalah budak uniKL. Oh lupa nak bagitahu yang kitorang dari UMK gabung sekali dengan budak uniKL. Total kitorang adalah 74 orang. Tak rapat sangat pun dengan dorang. So, sambil naikkan bendera tu haruslah nyanyi kan. Okay, lagu Negaraku aku lepas. Lagu Jpam.. Hmmm memang la aku ada hafal kan. Macam krik krik pulak aku rasa. Tapi lagu dia macam comel jugak ah. Takde la sedap sangat.


Devoted ahli Jpam haha

Lepas naikkan bendera, kitorang dikehendaki beriadah. Woi, dahlah mengantuk. Huh. So, riadah je lah kitorang. Stretching badan semua. Part warming up lah yang paling aku suka. Sebab aku dapat belajar cara warming up yang betul. Aku pun tak tahu apa motif aku belajar warming up padahal aku bersenam pun jarang (penulis merasakan lembam) Dan di sini lah terserlah kegedikan bagi mereka mereka yang gedik dan ke'sporting'an seseorang. Tanak cerita wahahaha (hmm lawak ke?)

First day and second day dah kena pulun kawad kaw kaw punya. Pengalaman masa hari pertama tu, adalah rasa nak balik rumah yang membuak buak. Sebab badan sakit masa tu. Padahal hari hari seterusnya best je :) Enjoy.

Aku ingat lagi, puas hati Encik2 tu dera kami. Dapat pulak aku satu platun dengan Encik Z. Memang terbaik ah. Nak patah sendi2 aku nih. Balik malam tu memang sakit habis badan. Sumpah, rasa macam tak pernah sakit macam tu T.T

Kitorang ada dua orang jurulatih. Sorang Encik MK dan sorang lagi Encik Z. Yang Encik MK ni macam lawak2 sket orangnya. Tapi at least lawak dia menjadi la jugak walaupun tengah marah marah. Hensem pun hensem, tapi gatal.


Bajet je wiwiwi

Berbanding Encik Z ni, entah dari mana muncul, dahlah garang, tak hensem, bajet, sombong, buat lawak pun tak jadi. Macam ntah pape pun ada. Tapi sekali sekala tu ada la jugak belas kasihannya. Aku pulak camne ntah boleh masuk platun dia. Nasib memang tak baik. Dia ajar sebijik sebijik setiap arahan tu. Dahlah lama, bawah panas terik pulak tu. Aku masa tu dah macam 'Woi takleh lama lagi ke haaa kawan2 aku yang lain dah berenti rehat la wehh'.

Faham tak rasa duduk bawah terik tengahari tu?? Tolong lah faham :( Dahlah pakai baju biru dengan kasut boot.

Tak sempat nak ambik nafas, hari ketiga kami diberitahu bahawa akan ada ujian kawad kaki. Aku dah macam WHATTTTT? Pebenda ujian ujian ni. Aku ingatkan just menghadirkan diri je. Ni nak ujian bagai. Haduiii dah resah dah aku. Dengan bahasa hukuman panjang panjang pulak nak kena hafal. Okay mari aku bagi satu hukuman masuk baris yang aku belajar ;

Skuad, skuad
Dengar sini semua sekali
Apabila dapat hukuman
Tiga barisan di hadapan saya gerak

Skuad hendaklah sedia
berlari
berbaris
Dalam tiga barisan di hadapan, di tengah tengah, di mana saya menghadap
Faham itu skuad

Tiga barisan di hadapan saya, gerak!

(mahu bikin air mata nak hafal ni T.T)

Tu tak masuk hukuman betulkan barisan, taklimat masuk baris, taklimat lepas betulkan baris lagi tu. Berat nanang bohhhh. Time aku nak melapor tu (malam) aku rasa macam nak jerkah je Encik Z. Dahlah panggil aku Belacan, pulak tu perangai bajet je wahaha sori Encik Z. Tapi sebenarnya sebab aku teringat arwah Kak Ismira yang pernah conduct kawad kaki time sekolah dulu. Kan tengah bersemangat kan, sumpah rasa nak jerit je. Padahal ayat dia camni je ;

'Assalamualaikum Encik. Saya, (nama) dari Sispa UMK siap untuk diuji Encik!'

Tapi tak terkeluar pulak jeritan aku tu. Huhuhu. Tapi alhamdulillah lah aku pass (mungkin bukan flying colours) dengan markah 65/100! Weeee rasa bangga sangat :D


Kawad lereng bukit -.-

Apa lagi yang best ye? Ooo masa kat sana, hubungan yang jauh dirapatkan, hubungan yang dekat dirapat rapatkan lagi. Ni antara kebaikannya lah. Dulu kami budak Jeli selalu rasa yang budak PC ni sombong dan berpuak. Padahal dorang okay je :)


Muka burn? Lek ahhh

Dan yang paling kenangan adalah panggilan Belacan yang melekat pada aku. Ciss. Menyesal pulak aku cerita kat budak berdua tu. Sampai sekarang dorang panggil aku Belacan. Tak Belacan, Buntal. Huh. Ceritanya sebab Encik Z tu panggil aku Belacan lepas banyak kali aku buat tak jadi masa melapor kat dia. Rasa macam eeeeeeeeeeee sangat! ><

Pengalaman lain yang tak mungkin aku dapat rasa dah kena rendam dalam tangki air. Bukan sekali. 3 kali hokkayyy. Air bekas ape ntah dah bercampur gaul ngan 74 orang tu. Sumpah rasa geli gila. Nak2 dengan berkasut boot, stokin tebal. Kecut kaki! Baju biru dahlah berat. Berkawad la kami dalam keadaan menggelikan macam tu. Jangan dilupakan, keesokan hari dan hari hari seterusnya kami menyarung kembali baju biru tersebut tanpa membasuhnya (bau banyak masyammmm)


Kami yang berbaju biru yang masyammmm

Lagi pengalaman pakai baju oren yang sama berhari hari :) Hahahaha knape aku buat smiley aku pun tak tahu. Geli gila hokkayy.. Dahlah guna dari pagi sampai malam. Pastu 5 hari berturut turut pulak tu. Sangat eewww. 

Sebenarnya apa yang buat aku lagi bersemangat untuk menyertai Jpam dan dapat title Leftenan Muda tu sebab ada Komander tu yang pernah mengetuai Misi Bantuan Jpam ke Lahad Datu. Macam biasa, bila ceramah semua tido. Yelah, dah pagi tu pulun habis kawad kaki untuk ujian tu. Tapi bila part video tu, siyes aku rasa sangat tersentuh. Mulia jugak Jpam ni rupanya.  Selama ni aku tak pernah tahu pun. So, jangan lah korang pandang enteng pada mereka yang berbaju biru tu setiap kali korang nampak time eksiden tu. Sebab apa yang kami belajar sebenarnya sangat lah banyak. Ada bahagian pertolongan cemas, menyelamatkan, berenang dan memadam kebakaran. Pernah Encik A cerita, dia cakap dia pernah kutip daging manusia yang bersepah kat jalan tu. Korang sanggup ke? :/


Komander katang

Okaylah, apa apa pun, aku setia menanti kursus yang berikutnya. Bersemangat lah pulak, walaupun lepas dapat tahu yang sesi latihan tu hanya dapat rm5 sehari, bukannya sejam. Sobsob bersyukur sahaja :')

Rasa macam dah banyak sangat membebel nih. Kita tunggu untuk sesi seterusnya :))

p/s ; Supposedly the very next 2 weeks ada kursus lagi, tapi ditunda awal bulan Mac and maaf Encik Z. Banyak pulak kutuk hihi

February 06, 2014

Rutin Saya : Kurus

Assalamualaikum dan hai! :)

Topik yang ingin dibincangkan pada hari yang mulia ini adalah KURUS. Ya.. Saya memang obses dengan being kurus. Siapa la tak suka ngan kurus kan? Tapi tak nak lah kurus terlampau melidi kan. Yang penting, sihat!

Setiap kali masuk pembelajaran semester baru, mesti saya balik dengan kegemukan yang sangat hebat. Seperti semester lepas, saya berjaya menaikkan badan sebanyak 2++kg. Dengan jayanya (of course lah dengan jayanya kalau tak takde lah nak naik kan aaahhh dah start merepek dah you better stop it najibah kata nak buat post yang boleh memberi inspirasi pada pembaca ><)


Dah boleh bayang dabelcin saya

Sempena cuti semester ini, iaitu selepas semester 5 nak naik semester 6 (being keling for a while with this sentence) saya telah berazam sangat untuk bakar lemak yang terkumpul. Target berapa kg tak saya targetkan. Saya tak suka lah target target nih sebab konfirm rasa tergugat dan buat saya rasa nervous dan takut. Masalah diri saya. Sebab tu lah setiap kali peperiksaan saya tak akan letak target sebaliknya saya akan berusaha bersungguh sungguh (rasa nak pui sangat ni haha) Sometimes menjadi sometimes tak jadi. It's normal guys.


Sedapnya omnomnom

So, apa langkahnya?

Seperti yang telah kalian mengetahui (walaupun takde yang baca blog usang ni huhuhuhu tak sedih ponnnn) saya telah menyertai kursus JPAM di ALPHA Bangi. Kursus tu nama dia Kursus Pegawai Tak Bertauliah. Saya tak cerita lagi pengalaman kat sana. Tapi yang penting you guys kena tahu yang kalau korang gi sana konfirm korang akan kurus sebab kegiatan harian mereka adalah kawad kawad kawad kawad dan kawad. Huh. Nantilah nak citer pasal JPAM ni. Tapi agak musykil lah makin kurang atau makin naik sebab makan 6x sehari. Hmmm musykil musykil musykil (gaya Upin dan Ipin jap.krik krik)


Proud Najibah

Okay, tak kisah lah pasal JPAM tu. 5 hari di sana, saya pun pulang ke pangkuan keluarga dengan badan yang makin sasa dan kulit muka yang matahari-bakar (sunburn). Saya masa ni bercita cita nak kuatkan lagi stamina saya sebab dengar cerita nanti nak kena naik bukit yang JPAM tu, so of courselah stamina tu kena kuat. Saya pun bercadang untuk tidak duduk diam sahaja sambil membela lemak di rumah. Saya kena jog!

Maka kisahnya, saya pergi jog di taman Bukit Besar. Warming up saya aplikasikan hasil saya belajar di kursus JPAM tu. Sangat berguna bagi saya yang dah lupa cara nak warming up dengan banyak step. Hari pertama saya jog, berjaya habiskan 3 round taman kat sana. Apa? Sikit je? Heyy.. Taman dia bapak besar hokkayyyy.. Tapi ada sedikit gangguan pada hari pertama tersebut. Malas saya sebut di sini. Hari kedua, saya jog bersama teman kali ini, iaitu sepupu saya, Fatin. Dan begitulah hari hari seterusnya.

Useful tips ; Bersenam 5x seminggu selama 30 minit setiap sesi


Perhatikan muka yang tembam itu

Balik sahaja dari jog, saya tidak terus berehat. Sebaliknya saya buat sedikit kerja rumah. Tambahan bagi apa yang kurang ketika bersenam tadi. Sebut kerja rumah of course lah menyapu mengemop kemas2 sikit. Dah nama pun anak dara, tak nak la malas malas kan :)

Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan air kosong/air mati sebanyak 2 liter. Korang tahu tak yang sebenarnya air kosong ni banyak manfaatnya. Pernah saya explain pada entri yang lepas. Setiap 25kg berat badan kita bersamaan 1 liter. Tapi saya hanya mengambil 2 liter.

*terus capai air hahaha

__

Maka begitulah beberapa step yang saya cuba amalkan. Harap menjadi lah. Saya tanak berat badan naik sangat sebab nanti konfirm jadi malas dan jenuh lah nak turunkan. Pulak tu saya ada kawan yang memang bersungguh dalam menurunkan berat badan. Kagum gila dengan dia. Hasil memang nampak dan tanpa pengambilan ubat pape pun. Nama dia Myra Panadi ;) Hasil terpengaruh jugak lah dengan minah ni.

p/s ;  Dah kenapa semut hinggap kat tumbler aku everytime aku letak tumbler tu dalam bilik aku? Manis sangat ke aku nih? Kemain kau joyah..hahaha

Al kisah - Part 1

'Eh? Sejak bila mamat ni macam ramah semacam je?'. Aku bermonolog sendirian. Tapi aku layankan je dia seperti mana aku layan kawan-kawan SBP aku yang lain.

Conversation started December 26 2011. Facebook. This is the date where I first asked him dengan ayat, 'Weh, Jpa dah masuk kan?'

So, why aku tanya dia? Sebab dia salah seorang yang dapat biasiswa Jpa.

Okay, kejap. Tetiba terfikir kenapa aku buat post ni? Heheh sebab saja je. Mengimbau kenangan lama. Maklumlah, aku ni macam payah sikit nak ingat. Hihihihihihihi


Zaman aku kurus melidi

Mamat ni sebenarnya my classmate. First time aku tengok dia, macam hensem jerrrr. Macam comel jerrrr. Macam okay jerrrr. (Ada gaya Sasha Solero tak wahaha nak muntah makkkk) Tapi lepas beberapa minggu satu kelas dengan dia, hmmmmm. Terus aku rasa yang dia ni sombong. Mana ada nak berkawan dengan aku dan geng aku. Maklumlah geng aku ni macam tak gaul sangat ngan orang lain. Dia macam kawan ngan orang yang tertentu je tau. Sangat pui masa tu. Sangat macam urghhhh menyampah nyeeeee. Hahaha

Aku pernah jugak la macam minat bodoh bodoh gitu ngan dia (paham tak?). Tapi macam gitu je lah. Sampailah suatu hari ni..

Aku terserempak dia dating. Huwaaaa macam luluh jugak la hati aku masa tu. Aku ingat lagi, aku bersama geng2 riang aku ni menuju ke Pantai Timur (macam takde tempat lain je) Aku terserempak depan mata kotttt. Aku macam senyum senyum gitu je lah. Mamat tu dengan J. Macam terkejut pun ada sebab tiba tiba je. Takde angin takde ribut tetiba keluar sekali.

Okaylah. Patutlah aku selalu nampak J bergayut. Uuuuuuu rupanya dengan Mamat ni. Hmmmmm patut lah.


Tetiba rindu bilik lama :(

Aku dulu dulu bab kapel ni macam noob jugak ah. Aku mesti pandang slack pada orang yang dating, orang yang gayut malam malam. Sebab.. Entah. :/

Hari Sabtu ada pasar malam. So, setiap kali balik pasar malam, aku bersama rakanku ini akan melepak kejap dekat pondok tepi gate. Ada satu hari aku ternampak dia dengan rakan kelas kami yang lain menuju ke surau (kot?) pakai kopiah. Of courselah ke surau kan. Atau majlis unipen anjurkan, entah aku lupa. Sejuk kejap hati mak. Tapi terpikir balik, dah tu kapel? Hmmm :/


UMK Pengkalan Chepa

Macam sakit hati jugak lah masa tu. Mana dia muslim yang betul betul sejati ni? Hmmm (lagi)

Tak kisah lah. Sebab masa tu hati aku macam terpaut dengan kawan kelas aku. Hahaha gatal jugak aku ni kan. Tapi tu lah.. Sebab kawan aku ni macam baik sangat. Gentleman, tapi malangnya dah ada girlfriend. Tapi sumpah, sikit pun aku tak frust. Pelik. Memang pelik. Sebaliknya aku macam gembira. Aku pun pelik dengan diri sendiri. Maybe masa tu aku pikir macam nak kawan baik je kot. Dan, still sampai sekarang kami kawan baik lagi. Nama dia dalam cerita Sarah tu, KiriKanan. Hhi sebab tu lah aku macam tak berapa nak kisah dengan Mamat sombong tu. Huh.

Ini cerita semester 1. Semester 2, Mamat tu dengan J dah keluar pergi universiti lain. Maka bahagialah mereka berdua di sana mungkin. Malas nak pikir lah.

Sampai sini sahaja. Bersambung lagi.

--

Cerita ini adalah sahaja sahaja. Hihi. It's normal guys for a girl to fall in love. Still searching for my Mr. Right. :)

Sarah baru rasa menyesal

Aku gambarkan watak Sarah dalam cerita ni adalah aku sendiri.


Hmm bajetnya bajetnya


'Haaaaaaaaaa?! Kenapa result Sarah macam ni? Teruknya..'. Sarah bermonolog sendirian.

Terus seharian Sarah bermuram durja. Dahlah letih sebab tak cukup tido semalam, pastu tetiba bila tido petang tu ada orang kejutkan Sarah. Tahu tak sebenarnya ada cara yang betul untuk kejutkan seseorang?

Sarah termenung.
Sarah tak selera nak makan sebab tiba tiba je perut Sarah penuh.
Sarah blur.

Mesej dari si dia pun Sarah tak mampu nak balas. Tapi si dia Sarah tu macam ada firasat tau. Dia macam tahu tahu je yang mood Sarah tak berapa nak betul. Padahal sikit pun Sarah tak mengadu dan cuba mesej macam biasa. Hebat betul la si dia Sarah tu.

Terus Sarah cuba untuk menapak kembali pada alam realiti. Sarah cuba bermuhasabah. Kenapa perlu sampai bermuram durja sebegini? Padahal result semester yang lepas lagi sikit dari semester ni. Kenapa ye?

Ye.. Tak lain dan tak bukan sebab kawan baik Sarah yang bernama KiriKanan berjaya dapat deanlist!
Cuba kalau KiriKanan tak dapat.. Mesti Sarah masih enjoy dan riang gembira. Mesti Sarah ketawa gelak sakan tak ingat dunia. Mesti Sarah tak sempat untuk bermuhasabah. Cuba tengok dari sisi positif. Tak nak la rasa dengki hasad semua tu. Kita kan orang Islam. Pulak tu KiriKanan kan kawan baik Sarah. Kan Sarah?

Apa yang terbaik dalam pendapatan result semester kali ini adalah Sarah baru terfikir untuk bermuhasabah diri. Selama ni mana ada Sarah nak bermuhasabah. Sebab Sarah malas. Pape hal pun, semuanya harus tengok dari sisi yang positif ;) Ingat tu Sarah.

'Aku tak boleh buat macam ni lagi. Aku kan kuat! Lepas ni aku nak bermuhasabah setiap kali lepas tido, insyaAllah. Moga dipermudahkan :) ', Sarah memang suka bermonolog. Dia bermonolog lagi dan lagi dan lagi.


Muhasabah Diri Sarah
  1. Result Sarah kurang memberangsangkan mungkin sebab kurang usaha. Tak cukup usaha lagi. Lepas ni Sarah nak siapkan nota setiap kali sebelum dan selepas lecture.
  2. Result Sarah kurang memberangsangkan mungkin juga sebab Sarah banyak sangat bergelak sakan dan berfoya foya.
  3. Mungkin juga sebab Sarah suka ponteng kelas dan pernah Sarah ponteng 5 hari kelas sebab pergi bercuti dan Sarah ambil surat cuti tipu dari abang dia. Sumpah Sarah rasa menyesal sangat yang ni :(
  4. Sebab Sarah suka mengumpat belakang lecturer. Padahal Islam amat memberi penghargaan pada mereka yang bernama guru. Sebab guru lah kita boleh tahu ilmu baru dan sebab guru jugalah kita berjaya. Dulu Sarah tak macam ni :( Sarah akan cuba tegaskan yang ni. Sarah saaaaaayang lecturer2 Sarah. Walau macam mana sekali pun dorang buat kat Sarah, Sarah akan tahan mulut dan fikiran ni dari mengata kat dorang. Sarah akan cuba! :')
  5. Dannnnnn, apa yang paling penting adalah Sarah tak boleh lupa pada-Nya. Sarah tak nak jadi macam mereka yang hanya tahu cari Tuhan bila susah. Sarah malu :'( Sarah akan sentiasa cuba untuk peruntukkan setiap hari untuk membaca al-Quran, walau sesibuk mana pun Sarah. Sarah sayang Allah :)

'Alhamdulillah. Aku dah buat satu notis muhasabah untuk diri aku. Bersyukur sangat. Takpelah. Lets gone be bygone. Sarah redha dan bersyukur je. Mari kita usaha lebih pula untuk 3 semester lagi!' Sarah sangat bersemangat.

Sarah, jangan hangat hangat tahi ayam je tau.

--

Alhamdulillah. Sarah dah tahu apa kelemahan diri dia yang mungkin menyebabkan kegagalan dia untuk mencapai matlamat dalam peperiksaan. Anda pula bagaimana? Muhasabah diri Sarah tadi boleh sahaja diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita semua. For better future :) InsyaAllah.

February 02, 2014

Tercoretnya Sarah

Sarah bimbang lagi.

'Kenapa Sarah? Sarah bimbang apa?'

Sarah bimbang kalau kalau tak ramai yang like picture dia di Fesbuk dan Instagram. Sarah bimbang sangat. Sarah rasa sangat tak berguna kalau takde orang like. Kebiasaannya Sarah dapat 500++ likes dalam masa sejam. Tapi hari ini kenapa tak sampai 30 orang pun yang like gambar Sarah?

Sarah sedih. Sarah dah bermuram durja.

Adakah Sarah makin lama makin hodoh? Adakah Sarah banyak mengguris hati orang? Adakah Sarah tak cantik?

Ahhhhh!

Sarah bingung!

Biasanya kalau Sarah letak gambar Kangkung ikat 3 batang pun dah boleh 600 likes. Kenapa hari ni Sarah post gambar Sarah pakai mekap tak sampai 30 likes?

Sarah tak selera nak makan.
Sarah tak lena tido.
Dan hari ni Sarah tak mandi pun.

Sebab frust sangat.

--

Sarah bengong pendek kata aku. Hahaha.

p/s : Tiada motif