October 30, 2013

Hati #3

Assalamualaikum :)
So... Hmmm it's already 02:53, and i'm still wide awake..

Aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak aku jadi seperti ni.. Sumpah aku tak faham..

Let's gone be bygone..
But, I just can't..

Mari tanamkan konsep redha..
But, I just can't..

Aku tahu, aku terfikirkan dia..
Betul ke yang dia sudah punyai orang lain?
Aku tertanya tanya sendirian di sini..
Apa?
Ingat aku tidak runsing kah?

"Eh, bukan kau dah tak nak kat dia ke?"

Hmmm..
Entah..
Bila main dengan perasaan ini,
Payahnya..
Payahnya aku mahu jujur dengan diri sendiri..
Payahnya aku mahu fahami diri sendiri..
Payahnya..

Aku tahu benda ini semua pun sukar bagi dia..
Tapi, apa dia tak sedar ianya tersangatlah sukar bagi aku?
Ibarat kesukaran yang digandakan lagi 1000
Dia tak sedar yang aku masih belum mampu lepaskan dia sepenuhnya
Mungkin mulut yang berkata tidak, tapi hati?
*Awwwhh berpuitis bagai la pulak kan tengah malam macam ni

Betul, awak.
Saya tak tahu apa erti nya.
Saya tak tahu apa makna saya untuk awak lagi.
Kalau betul lah awak dah ada orang lain, ternyata awak dengan lelaki lain sama je (lelaki lain yang dimaksudkan penulis adalah lelaki yang kebiasaanya disebut dalam novel)
TYPICAL MAN

Awak penipu, sebab awak kata nak tunggu saya
Awak penipu, sebab itu maknanya awak tak nak tunggu saya
Awak penipu, sebab maknanya awak tak sayang saya, sebab kalau awak sangat sangat sangat sayangkan saya, awak akan tunggu saya

Awak tak lain dan tak bukan, awak adalah penipu..
Big, fat liar.

p/s : Harap semua ini adalah khayalan sahaja

--Gadis Noob--

*Sadis nya cerita yang aku karang ni. Kehkehkeh

October 23, 2013

Bila Mulut Enak Berkata Kata

Mulut adalah mulut.
Mulut adalah perangai.

Aku tak percaya dengan kata orang yang bagitau;

'Alah, mulut je cam sampah tapi hati bersih maa'

Tak, aku tak percaya.
Sebab bagi aku dari hati la turun ke mulut. That's why ada orang cakap, think before you speak.

Dari mulut jugalah badan boleh binasa. 
Huh, pepatah lama *pandang enteng
Pepatah lama yang boleh diguna sepanjang zaman.

Apa kau ingat manusia itu punyai hati yang kental dan tabah macam kau?
Apa kau ingat semua orang boleh terima apa yang kau cakap?
Apa kau ingat tak ada orang makan dalam?

Memang.
Memang wujud orang yang tak kisah.
Tapi, bagaimana dengan orang yang kisah?
Maka terjadilah perang dingin

-- Terasa hati.

Kalau yang jenis pandai pujuk hati sendiri takpe lah.
Macam mana dengan orang yang pendendam?
Tak ke niaya?

p/s: Jagalah mulut, nescaya kamu akan jaga hati manusia.

October 21, 2013

Boneka Keparat

Apa kau ingat aku ini boneka?
Tiada perasan.
Mudah dimainkan.
Mudah dikawal seperti kau main dengan tali temalinya

Bila rasa ingin didirikan, kau dirikan.
Bila rasa ingin dijatuhkan, kau jatuhkan.
Dengan senang.
Tanpa memikirkan apakah rasa hati boneka itu.

Faham atau tidak kamu dengan perasaan itu?
Perasaan amarah.
Perasaan menyampah.
Perasaan tiada berguna.
Perasaan dimainkan.
Perasaan celaka.

---

Kamu!
Ya, kamu yang sedang membaca.

Berpadalah bila ber'ego'.
Tak sedar bahawa kamu sedang menyakiti hati mereka.
Apa kamu seorang sahaja yang punyai hati yang harus dijaga?

Berpadalah bila bergurau.
Jangan terlalu gembira, kerna hari esok belum tentu gembira.
Apa kamu yakin bahawa esok akan muncul?

Berpadalah bila berjanji.
Tak usah berjanji bila rasa sukar untuk tunaikan.
Apakah kamu tidak sedar kamu sedang menyakiti hati seseorang?

Tak sedarkah?
Tak sedarkah?
Tak sedarkah?

Ahhh!
Buat apa aku harus nasihatkan kamu jika kamu sudah rasa diri kamu hebat.
Hahaha manusia keras kepala.


October 19, 2013

Semester 1 hihi

Sedar tak sedar. Dah masuk tahun ketiga aku di UMK. Sungguh. Macam tak percaya. Rasa tua pun ada. Yelah, 3rd senior kan. Ihiks *gelak comel sambil batuk muntah berdarah

Sebelum masuk ---

'UMK? Hmmm jom cuba nasib! Mungkin rezeki aku kat sini je. Tak guna kalau mintak rayuan sebanyak petala langit pun kalau dah bukan rezeki.' - aku bermonolog seorang diri. Puiii

Alhamdulillah, aku 'berjaya' masuk UMK, walaupun hakikat nya aku tak mintak pon. Tapi aku tetap cool dan positif. Start dari sini lah, baru aku sedar yang ramai rupanya yang sanggup tolong aku. Sanggup bagi nasihat kat aku supaya jangan putus asa. Tak ketinggalan ramai juga yang bersimpati dengan aku. Termasuklah, cikgu di sekolah dan of course lah diri aku sendiri. Wuwuwuwu sedih bila teringat. Abang Rir boleh bantai gelak kat aku bila aku cakap aku dapat universiti yang aku tak pilih.

Cilakak punya abang. Huh.

Tak lupa, kisah aku di'goreng' kaw kaw oleh seniors.

Cilakak punya seniors. Haha.


Semester 1 ---

Aku rasa, semester ni lah aku start belajar untuk menggaulkan diri dengan lebih baik. Sebab mula mula masuk memang lah kita macam tak kenal orang lagi. Dari sini aku belajar jangan mengata orang kat belakang sebab last last nanti diri sendiri yang terkena. Hahaha kan dah padan muka.

Lagi, aku belajar erti kawan. Kawan dengan kepala yang senget. Saaaangat senget. Hahaha of course lah kami berlima. Kehidupan kami tika itu sangatlah aman. Tak payah pikir gosip lain. Hanya pikir kami je. Bhahahaha takpe lah. Kami baru bertatih mengenal dunia. Baru 19 tika itu.



Ketika di PC jugalah aku belajar hakikat bahawa setiap kali nak mandi kami harus mencari air di blok lain. Puiii. Agak memenatkan dan sangat memenatkan jika anda menginap tingkat 3. Tapi nasib baik aku tingkat 1 je. Hihihi.

Aku juga belajar yang di PC memang akan ada banjir senantiasa tika musimnya. Perghh memang best mengharung air, tapi bakteria dalam tu nampak tak? Tak lupa kami pergi kelas Dr Wong pada hari first banjir. Aku punyalah cam takleh blah kenapa bila banjir pun kena ada kelassss?! Budak budak lain pun sama. Tapi Dr Wong watlek watpis je cakap kalau banjir sampai kepala baru takde kelas. Blerghhhh

Macam macam jenis orang aku jumpa. Yelah selama ni setakat Matrikulasi tu takdelah pelik sangat orang yang aku jumpa. Kahkahkah.

Ada je yang cakap takleh hidup kat Kelantan sebab suasana dia. Hmmm yang bab tu aku takleh nak cakap lah sebab Terengganu dengan Kelantan lebih kurang je. Aku bersimpati dengan mereka. Yelah kalau aku jadi dorang pon, contohnya aku asal dari Kuala Lumpur, memanglah aku rasa kemunduran sedikit.

Jangan lupa, Nasi Kukus Zaeman. Ya Allah.. Sedap gila gila wehhhh! (saat ini air liur penulis mula mengecurkan dirinya) Ayam dia tu.. Perghhhh. Makan pulak dengan nasi putih yang beras panjang panjang campur dengan kuah yang mak aih memang meletoppp. Air teh beng dia pun sedap. Masakan aku yang tak suka teh beng boleh cakap sedap pulak. Maka ternyatalah memang sedap sengoti! (air liur penulis terus bersembur)

Setiap Sabtu malam ada pasar malam. Aku yang selama hidup ni sangatlah jarang berkunjung pasar malam terus jadi macam jakun sampaikan kalau boleh setiap malam aku nak pergi *over sangat tu. Kikiki lawak nye saya. Lepas beli makan tu, ada je student yang lepak dekat court. Dengan kawan kawan. Dengan pakwe makwe (untung baru masuk dah kapel, untuk budak first year puiii)

Kalau nak cerita ni, banyak sangat kenangan. Hihi. Hmmm next time je lah. Tapi yang penting duduk PC memang sangat menghabiskan duit dengan rancaknya. Yelah, asal takde kelas je terus gi Pantai Timur. Mana tak habis duit. Gaya hidup pulak mewah. Nak minum Bliss jer mementang ada peti sejuk kat setiap aras.






Hihi ni just teringat je ni. Best kalau dapat putar balik waktu :)

Till the, papai. :*

Kawan Palsu

Tiba tiba mari terfikir.

Benarkah kawan palsu itu wujud?
Dua ekor enggang yang mungkin hanya berpura baik
Padahal hati busuk dek nafsu keparat

Dek kepentingan semata mata?
Dek kesenangan mereka sahaja?

Apa mereka tidak percaya dengan maksud 'kawan sejati'?
Tak wujudkah dalam kamus hati mereka?

Hanya datang apabila ingin?
Kemudian meninggalkan begitu sahaja?
Terkapai kapai

Senyum mu Masyaallah manis yang amat pabila perlu
Tapi, itu semua hanyalah lakonan.
Cis.
Bila kau rasa tak ingin
Terus kau blah sedemikian
Tanpa salam, tanpa pandangan

Itulah mungkin namanya kawan berkepentingan.
Kawan yang hanya tahu mana nak cari kita bila susah.
Lost contact? Tak ada hal.
Facebook Twitter kan ada

Celaka nya kawan sebegini.
Minta dijauhkan. Amin.

October 18, 2013

Yup, I'm on Diet!

Assalamualaikum, dan hai!

Amboi tajuk. Cam hape jerrr (sila bunyikan 'h' kat perkataan hape tu). Tak perlu kot. Haha tapi sebelum aku lupa kerana aku ni memang mudah lupa orangnya, alangkah bagus dan indahnya, dan nampak-rajin-nya aku, sebelum aku lupa. Masalah paling besar, Blerghhhh!

Okaylah, berbalik pada tajuk di atas. Hee yup yup yup. I am on diet!
Mungkin tak sepenuhnya, tapi at least aku cuba kot diet. Heheheh

Cara aku diet macam mana ya?

1. Minum air 2Liter atau lebih, sehari jangan lupa! Semester 5 ni aku cuba bawak air setiap hari ke kelas. Well, macam Wan Husin bawak botol air 100 Plus, nak jugak aku merasa. Hihi mati aku kalau Wan Husin tahu. Pernah aku baca, kalau kita dahaga, maknanya organ dalaman kita dahaga jugak sebenarnya. Kiranya, macam kalau korang tak bagi dia minum, merajuk lah dia nanti. Terus organ nak berfungsi macam tersekat. Otak pun macam susah je nak pikat pebenda yang diajar. Jangan jadi lembab pleaseee!




2. Nak atau taknak, sarapan jangan lupa! Walau bangun seawal dan selewat mana pun ke kelas, aku cuba bersungguh sungguh untuk tak skip breakfast. Having breakfast like a king. Sebab, pagi yang paling penting sebenarnya. Biasanya, aku makan bijirin (amboi, omputeh nampak?) Coco Crunch dan Fitnesse. Lepas ni nak try yang lain pulak. Rasa dia memang best. Cara makan dia bukak bungkusan bijiran tu, letak dalam mangkuk yang berisi susu. Tadaa! Senang je! It's a healthy yet delicious super breakfast!
So, why nak kena breakfast sebenarnya? Sebab kalau tak, anda akan berkecenderungan untuk makan dengan banyak nanti tengahari. Ini bahaya!

3. Trying to have a tomato daily as a routine. Aku tak tahu apa khasiat sebenar tomato sebenarnya. Aku jadi suka tomato lepas roomates ratah macam tu je tomato. Nampak comel (takleh blah) dan sihat sebenarnya. Boleh dapat muka licin nanti. Amin. Heeee

4. Trying to jog, tapi tak pernah berlaku lagi setakat ni. Semuanya hanyalah angan angan hahaha. Macam banyak je alasan aku tak semena mena. Nak kena bangun pagi, rasa macam leceh. Nak kena ada contact lens, sebab aku kan specky. Malas nak basuh baju, sebab baju yang dah sedia ada pon tak terbasuh. Alasan je semua. Hahaha. Takpe, after naik cuti ni, nak kena jog, sebab ada orang cakap aku besar.. Jyeahh..



5. Makan nasi sedikit, sayur banyak. Makan nasi segenggam tu macam payah lagi setakat ni. Tapi, akan aku cuba. Sayur baaaaaaaaaanyak jangan lupa. Baik untuk usus. Lagi pun sayur kan ada vitamin banyak. Baik untuk tubuh badan. Kata Fynn Jamal, nasi segenggam, lauk biarlah banyak mana pon. Kalau bahagian ayam, aku akan cuba sedaya upaya tolak bahagian kepak sebab dekat situ la banyak kalori.

6. Kurangkan makanan berminyak. Kalau macam popia tu, aku sekarang dah macam terbayang kulit dia yang cepat sangat serap minyak tu. Rasa macam ada orang perah minyak dalam mulut ni jadinya!

7. Trying to makan malam seawal sebelum Maghrib. Ini perancangan dalam otak sahaja. Tak terlaksana lagi sebab.. Banyak sebab nya! Hahhaa. Salah satu pengaruh kawan. Zzzzz

8. Detox. Haaa please jangan lupa setiap hari untuk berry! Haha disebabkan usus aku macam payah sikit nak membuang, aku akan minum green tea dari Detoxlim. Alaaa, yang Mila ngan Dafi tuuu. Green tea tu lepas aku guna aku akan buat mask muka pulak. Green tea memang banyak khasiat dia. Kalau tak nak green tea, takpe. Kita detox dengan cara buat air detox. Nak tahu cara dia, google la sendiri. Malas la aku nak citer semua benda. Penat menaip nih! ><




9. Lagi satu, aku mengamalkan makan vitamin C dan minyak kelapa dara. Semua bagus bagus khasiat dia. Takkan nak beli yang membahayakan kesihatan pulak kan? Pikiaqqqq

8. Jangan malas malas.

Okay lah rasanya setakat tu je la kot. Btw, berat aku boleh turun 3kg semasa puasa dan raya. How? Bila berbuka tu, cuba sedaya upaya ambik nasi segenggam je. Sebab plus takde nafsu sangat nak makan time tu.

Nak kira kalori, malas.
Heee

Akhir kalam. Bye.

p/s: Takbir Raya haji terakhir hari ini. Sedih.

Kenapa mesti blog?

Assalamualaikum, and hai! :)

Last posts agak melancholy that feeling I tell ya. Ya.. Banyak benda yang berlaku dalam diri ini sebenarnya, cuma tak terluahkan. Cerita sama orang rasa tak puas. Sebab tak pandai nak bercerita BHAHAHA!

Tak lawak --

Lek luhhh. Tetiba aku terpikir, apa pasal aku nak kena tulis semuanya kat blog? Semua yang aku buat?

--

*krik krik

Sebab baru aku teringat, manusia kan mudah lupa. Hehehe
Malu nak mengaku tapi, WHY AKU MACAM CEPAT SANGAT LUPA??!

Arghhhh! It's killing me inside. Yeah.. :(

Macam memory loss ada. Orang bercerita kat aku, kejap je aku lupa. Tapi lain pula dengan belajar. Nasib part belajar aku tak macam tu. Cuma malas jer heheheh.. Tak mahu jadi nyanyuk, haruslah baca buku (fakta).
Ada dekat Facebook orang cakap, adakala kita baca, tapi tak dapat nak ingat balik apa yang kita baca dan tak dapat nak aplikasikan, itu adalah mungkin petanda ilmu tak berkat. Kehidupan tak berkat. Nauzubillah..
Hmmm ada jugak aku terpikir, mungkin sebab aku kurang fokus kot. Hmmm lepas ni nak kena fokus lagi lah.

Another reasons of why I'm blogging is to detail everything that I felt, on that time. I tell you, it is never the same with cerita-ing masalah to others. Yeah, they are willing to hear, they are willing to help, they are willing soothe you and maybe they are also willing to tikam dari belakang (tak pernah terjadi lagi, Alhamdulillah). Jadi apa points dia di sini?

Hahaha begini. Ada masa kita akan rasa sunyi dan rasa sedih dan juga rasa gembira yang tak terucapkan. Jadi, blog usang ini lah jadi tempat LUAHAN HATI (finally I've found the correct word lol)

Rasa sedih
Rasa gembira
Rasa sakit hati
Rasa rindu yang tiada bertepian
Rasa penghargaan
Rasa ingin menulis

That's it!

Akhir kalam, haruslah ada sebab dan hikmah atas segala yang berlaku dan terjadi.

p/s : Entri ni tak tahu pasal hape sebenarnya hahaha

October 17, 2013

Keindahan Tuhan

Ingin sahaja jika aku ada duit dan waktu, aku menjelajah dunia.

Akan ku singgah di setiap Negara Gembira.

Sungguh, singgah sebentar di Pulau Kapas sahaja mampu buat aku teruja.
Apatah lagi singgah di Pulau lain.
Tika aku cerita bahawa Pulau Kapas cantik, ada sahaja yang berkata;

"Pulau Redang, Pulau Perhentian etc lagi cantiklah!"

Ahh! Lantaklah.
Ini pengalaman pertama ku. Tak mungkin sama dengan kamu orang.
Pulau Kapas hanyalah dekat dengan kediamanku. Tidak sampai sejam. Tapi itulah.. Lepas 2 dekad di dunia ni baru berkesempatan. Alhamdulillah.


Bagi aku, melawat Pulau Kapas sahaja sudah mampu menggembirakan hati ini.
Keindahan itu (yang mungkin sedikit bagi mereka) sudah mampu buat aku mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk melihat keindahan- Nya.
Aku terfikir, bagaimana dengan pulau pulau yang lagi cantik (seperti disebut mereka itu) ?
Subhanallah..

Pasti sangat cantik.
Pasti sangat indah.

Nak tahu kisah lanjut aku di Pulau Kapas? Hee klik sini

p/s : Aku harap rancangan ke sana akhir tahun ini jadi. Weeee :D and, why semenjak dua menjak ni post agak melancholy gaya bahasa nya? 

Bagaimana mati?

Kita dihidupkan supaya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Semua sudah tahu ini lah tujuan hidup.
Tapi apakah semuanya sedang menuju untuk tujuan itu?

Semua yang hidup pasti akan mati.
Cuma tidak tahu bila tiba masa itu.

Bagaimana bila aku mati nanti?

Apakah rupa bentuk ku nanti? Harapnya husnul kahtimah.
Amin.

Bagaimana dengan aib ku nanti? Harapnya tidak terbuka.
Amin.

Susahkah hela nafas sakaratulmaut ku nanti? Harapnya mudah.
Amin.

Harapnya segala senang, mudah dan husnul khatimah.

Ya Allah, permudahkanlah..

Hati #2

Konfius.

Diri ini sentiasa konfius. Ia adalah sebuah perhubungan yang sangat komplikated dan kompleks. 
Apakah aku juga mencintai mu setelah segalanya terjadi?
Apakah diri ini merindui mu setelah segalanya berlalu?
Sumpah, aku konfius.

Ada sahaja yang bertanya apakah anggapan ku pada mu.
Aku jawab

"Hmm tak tahu."

Hahaha. Jawapan yang ringkas dan senang. 
Sentiasa. Tapi apakah ianya jawapan yang bodoh juga?
Bodoh kerana bingung tidak tahu hati sendiri.

Mungkin cinta? Mungkin sayang? Dan..mungkin juga benci?

Nak sahaja kisah cintaku seperti lagu Love Story - Taylor Swift.
Tapi..

Tidak aku sangkal ada rasa geram yang bersisa dalam diri keding ini.
Engkau, sedih sehingga sanggup mengkisahkan segala perangai aku.
Malah, perangai yang tidak pernah aku sangka itu adalah aku.
Seperti mencanang privasi aku, yang engkau tahu.
Seperti menjaja kisah burukku.
Seperti menjual beli, tawar menawar lagaknya.

Hinggakan ada yang memandang serong, geram dengan aku.
Tak sangka.

Apakah setiap kali engkau ditolak cinta, engkau berlaku sebegini pada mereka?
Tak sangka.
Tak adil.
Tak.

Mungkin engkau tak berniat. Mungkin.
Mungkin jua kerna kau memerlukan bahu untuk tanggung rasa sakitmu. Mungkin.

Aku bukan apa. 
Aku hanya seorang gadis yang konfius lantas terus menyuarakan agar kau tak terus mengharap denganku. Sebab, aku percaya ada yang menunggumu, iaitu yang lebih baik dari diri ini. Agar kau tak terlalu mengharap sebenarnya. Sudah aku katakan pada kau sejak dahulu bahawa jangan terlalu menaruh harapan tinggi. Aku bukan baik, seperti mana yang kau anggap. Aku hanyalah manusia biasa. Sudah aku katakan..

Tapi, kau degil!

Engkau terus seperti diulit mimpi indah, dianyam rasa (yang tak mungkin aku dapat balas)
Jika dapat sahaja aku balas, aku bagi dunia yang indah sahaja pada mu.
Takkan sesekali aku biarkan engkau sendiri.
Aku boleh jadi superwoman engkau.
Aku boleh jadi gula pada hari masam mu.
Aku boleh jadi ubat batuk pada batuk mu.
Aku boleh jadi jem nenas pada penkek mu.

Lepas segalanya, masih kau katakan yang kau akan tunggu aku.
Aku terharu. Sumpah.
Masih ada sekelumit rasa sayang aku pada engkau, tapi tak pasti.
Sayang sebagai apa?

Mungkin aku boleh usahakan rasa sayang itu.
Biar bertukar jadi rasa cinta yang indah.

In Shaa Allah, jika jodoh mesti tak ke mana. 
Kalau engkau di Malaysia, dan aku di Uganda, tak mustahil.
Kalau engkau di England, dan aku di dalam Tanah, kita bertemu di sana. 
Sebab telah Allah tetapkan. 
Hanya doa jangan hilang. 

Sudut hati aku, aku masih percaya yang ada rasa sayang pada hati engkau pada aku. Rasa sayang sebenar itu.

--Gadis Noob--

October 16, 2013

Resepi Moist Chocolate Cakey Cake

Morning peeps! :)

So, it is 07:30 in the morning jyeahhh!

And, what are we up to todayyyyy (slang Australia please) ?

We are going to make, or bake, or the perfect word is kukus, or whatever la kan, a chocolate cake. Yeayyy! *why I am so excited mehhh -.-

Nevermind. Ayuh kita ke agenda yang sebenar. Hari ni saya akan coba untuk tulis resepi, walhal dah berzaman lama nya ku guna resepi kek best ini. Hihi tanpa mengetahui atau mengingati siapakah empunya resepi tersebut, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana dengan resepi beliau lah kek saya mendapat tempat di hati para penyantap. Paling membanggakan adalah apabila mendapat permintaan untuk dihidangkan ketika majlis perisikan kakak ku :*

Tanpa berlengah lagi, ayuh!




Resepi Moist Chocolate Cakey Cake (over tau nama I bagi hahaha)

Bahan-bahan:
Bahan A

  •  Serbuk coklat (Van Houten paling best) - 1 cawan
  •  Gula pasir - 1 cawan ( saya kurangkan pada 3/4 sahaja)
  •  Marjerin cair - 1 cawan
  •  Susu cair - 1 cawan


Bahan B

  • Susu pekat - 1/2 cawan
  • Tepung gandum - 1 1/4 cawan
  • Serbuk penaik - 1 sudu kecil
  • Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
  • Telur (dipukul) - 3 biji
Cara-cara:
  1. Campur Bahan A.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut. (mind you, jangan sampai gula hangus)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu, campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat lalu ayak.
  5. Tuang susu pekat ke dalam adunan Bahan A yang disejukkan tadi.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata ke dalam Bahan A tadi.
  7. Kemudian, masukkan seluruh campuran Bahan A tadi ke dalam tepung. Aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuang dalam acuan dan kukus selama sejam.
* Adunan akan naik 2x ganda. Guna loyang yang tinggi dan besar.

Selamat mencuba!

October 12, 2013

Biar Jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara



Fynn Jamal, Biar Jiwa

Cantik

Terkadang, rasa dengki dan jeles itu adalah lumrah. Beruntunglah siapa yang miliki kemewahan, kecantikan, kehenseman dan kebijaksanaan itu. Tapi, apakah ianya kekal lama?

Ask yourself.

Semua yang diciptakan Allah itu adalah molek molek belaka. Kita, alhamdulillah cukup sempurna fizikal nya. Alhamdulillah. Cuba bawak bertenang dan bawak bersyukur. Ucapkan Alhamdulillah atas apa yang Tuhan kurniakan. Tidak sukar bukan?

Betul apa yang Fynn Jamal cakap yang orang cantik dan hensem (cantik dikhususkan di sini) memang akan dipandang. Benar. Tak salah pon sebab lumrah manusia memang suka tengok benda yang elok di pandangan. Tapi, kita pun cantik hape? Tak cacat. Tak bisu. Tak buta.

Kita mungkin ada kurang, tapi amacam ngan lebih kita pulak? Cuba check balik diri sendiri. Hee ada je kan kelebihan kita? Mungkin kita ni ada IQ lebih, ada hati yang baik, ada ramai kawan kawan yang baik. Cuba bawak muhasabah diri jer.

Tapi kalau muhasabah pun tak berjaya, tak boleh nak cakap pape lewssss :3



Nasib baik muka kita tak pelik macam ni kan?

Akhir kata. Papai <3 p="">

Hati #1

Awak suka Federer, tapi saya suka Nadal.
Kenapa?
Sebab Nadal hensem dan muda

Awak suka call, tapi saya suka mesej.
Kenapa?
Sebab mesej awak saya boleh simpan dan buat pekasam

Awak suka cakap banyak, tapi saya lagi suka mendengar.
Kenapa?
Sebab saya suka dengar suara awak walaupun suara awak tak hensem

---

Tapi, itu dulu.
Saya, noob dengan benda macam ni..
Saya, tak tahu isi hati sendiri.

Terkadang, hati ini rasa sangat dengki dengan mereka yang senang je nak kenal hati sendiri. Hati sendiri beb. Why sangat payah meh? Hati oh hati. Hati ini sekali kata ya dan sekali kata tidak. Maka aku jugalah yang dalam kebuntuan. Sentiasa. :/

Saya kira mungkin takkan jadi seperti dulu. Dulu yang boleh bikin diri ini gembira tika gundah. Dulu yang boleh buat diri ini tersenyum kala hati gelisah. Dulu yang banyak buat diri ini tertawa. Dulu yang sentiasa ada untuk menemani.

Maafkan saya sebab tak boleh balas segala yang awak buat dan bagaimana awak menyayangi diri ini. Ampunkan saya sebab tak boleh ada rasa sebagaimana yang awak rasa. Ya, mungkin benar cinta itu boleh dipupuk. Tapi, kenapa dengan diri yang serba noob ini sangat sukar? Apakah diri ini terlampau noob? Adakah hati ini terlalu keras?

Hanya mampu berdoa. Akhir kalam.

--Gadis Noob--

*Nice story right? Nyehnyeh


October 11, 2013

Juniorku sayang

Assalamualaikum, and hai! :)

Dah lama rasa nye tak menulis blog ni. Saaaangat lama. Nevertheless, kita akan coba untuk menulis walaupun satu entri pada hari ini. Heheheh ayat cam haremmm.

I'm on my mid-semester hols now. Sekarang dah masuk semester 5. I'm a third senior bebeh. Super senior! One of the hottest among the hottest seniors in UMK. Blerghhh abaikan hahaaha. Tapi dapat junior cam hape jer. Maafla junior, lepas sekian lama tak tulis entri, topik junior-cam-harem jugak yang menjadi pilihan hati ini. Ya ampunnn perangai memasing cam haremmm. Sorry to say :/ 

Aras tempat saya menetap tu memang dimonopoli oleh junior secara dasarnya. Tidak boleh disangkal lagi. Even seniors lain pon cakap sama. Sedih wuwuwuwu

Tapi juga tak boleh dinafikan yang ada je yang baik :) Yang jenis cam ni memang disayangilah insyaAllah.

Saaaaangat banyak yang tak diupdate di sini. Pasal kawan. Pasal UMK. Pasal family. Pasal a relationship.

Nyeh nyeh nyeh ;)


 Nanti update lagi ya! Ada BBQ hihi ;)