October 26, 2011

Wordless Wednesday


Adik2 saya :))

Pelik

Pelik sebab kenapa ramai yang post benda benda yang berkaitan dengan jodoh. ERK. DIA pon suka post pasal benda cam gini. Haih. -.-'

*DIA suka warna koko, I guess. Hahha.

Gloomy day

Dia macam semacam je. Entah tak tahu kenapa. Saya dah bagitahu tak boleh buat camtu camni, tapi still dia nak menegakkan benang yang basah. Yes. Memang saya bengang. Rasa macam nak goreng je dia. Buat Nasi Goreng Biasa macam kat Mee Kelate tuh. Memang best. Haih. Yer lah, memang salah seorang kena bertolak ansur. So, saya mengambil keputusan untuk meminta maaf walaupun itu bukan salah saya! Ohh, shit! Benda itu adalah benda saya dan 'MEMANG' saya bawak benda tu untuk awak guna. OMG. Geram tahap apa entah sekarang ni. Sungguh, memang, saya, geram, sangat, ni.

Astaghfirullah..
Sungguh saya tak nak perasaan macam ni ada dalam diri saya. Ya Allah, hapuskan lah rasa marah yang mula bersarang dalam hatiku. Sifat mazmumah yang dibawa oleh syaitan.. Astaghfirullah.. Saya tak nak ada perasaan tu. Saya taknak kitorang gaduh.

Awak eh, tolong lah paham.. Cuba letak diri awak dalam situasi saya.. Saya nak mintak tolong ni.. Saya ni manusia biasa, bukannya malaikat..

*Awak, Dia di atas bukan merujuk kepada lelaki

October 24, 2011

Rasa Lega

Rasa lega sebab telah dapat mengenal pasti 2 orang lagi yang turut mendapat tajaan and they are all girls! yeay! Jadi boleh lah kitorang buat sama sama ye. :)) Saya buntu nak buat ni.. *rasanya benda ni tak perlu nak kecoh sangat, tapi saya rasa saya tak pandai nak buat sorangsorang

But, at least I'm glad :))

SayaRinduAdikAdikSaya <3

October 23, 2011

Kawan

Kawan..
Tolong, bantu saya untuk jadi yang terbaik
Bantu saya

Kawan..
Saya perlukan perhatian awak sentiasa
Supaya saya sentiasa tahu yang saya tak keseorangan

Kawan..
Saya tak mahu terpesong dari jalan Allah yakni jalan yang benar
Saya takut..

Tolong saya kawan
Saya tak mahu persahabatan kita dicemari dengan perasaan yang tak sepatutnya
Saya tak mahu

Mari kita berkawan kerana Allah

Moga sama sama kita mendapat redha-Nya
Sentiasa..

Saya sayang awak, kawan




-khas untuk kawan-kawan saya, Umi Najibah bt Ramli.

Insya-Allah

"Muslim mesti kuat. So sila transferkan status status emo anda kedalam doa. Doa senjata mukmin. Ingat."


-Kamal Effendi

Lemah

I got a friend and he is really, really.. Sombong? Tak.. Dia okay cuma dia macam tak dapat terima hakikat yang ada sorang makhluk Allah di kelas ini yang turut mendapat tajaan. Eh? No.. Tak tau lah. Memang lah kitorang tak rapat, but as classmates, saya rasa kita patut selesaikan hal ini bersama-sama memandangkan hanya kita berdua je. *Maybe lah kot

Saya tak boleh buat sorangsorang sebab ada banyak penukaran yang perlu dilakukan. Matikan atau mamposkan setem hasil. Camne tuh??? Saya lemahhh.. Huwaaaa.

Post kali ni menggambarkan perasaan yang memang over bila terpaksa buat sesuatu secara seorang diri..

October 21, 2011

Hatred

" I hate it when I have to do it, ALONE, all by myself.. "

Life in UMK

Salam semua :))

Ternyata UMK tak de lah seteruk yang disangka

*sangkaan - kawasan yang hulu dan terpencil, payah nak cari barangbarang keperluan, perlu turun ke KB dengan naik bas dan mengambil masa yang agak panjang seperti ketika berada di KMPh, fasiliti yang tidak bagus, bilik yang kecil etc

*kenyataan - UMK memang berwarna warni dan HOT! HOT ada dua definisi untuk UMK iaitu panas dan hebat. Agak senang untuk mencari barangbarang keperluan sebab ada Pantai Timur ( sebuah hypermarket yang saya rasa pemiliknya adalah cina ), perjalanan untuk ke KB takdelah lama sangat dan agak menyeronokkan untuk naik bas dengan tiket rm1.80 dan beberapa ringgit untuk naik prebet sapu. Fasiliti di sini memang dan agak kurang menyenangkan disebabkan masalah ketiadaan air sebab sini airnya adalah Air Emas -.-'  Act, bilik sini memang agak kecil sebab ianya tak lebar tapi memanjang. Locker sangaaaaat kecil, satu pintu sahaja. Tapi, jangan risau, almari kain telah dibeli sejak awal lagi, perkongsian bersama rumet :) Dan, satu lagi, kami di sini perlu naik bas disebabkan ketidakcukupan makmal. Kami perlu ke IPG Kota Bharu yang hanya mengambil masa kurang dari 6minit untuk sampai, hanya untuk melakukan eksperiman kimia. Untuk kami, junior, kami beruntung sebab tak perlu berulang alik seperti senior di mana kebanyakannya ditempatkan luar dari kampus. Alhamdulillah.. :)) Naib Canselor kami pom hensem dan sporting habis. Sama juga dengan Timbalan Naik Canselor. Makanan di sini murah berbanding ketika di Pahang, tapi atas tempat laaa. Restoran sekitar sini : Zaeman Nasi Kukus, Giena Cafe, Kampuz Kafe, Cafe Campus, Marrybrown, MacDonalds, My Spicy ( entah kebenda nama, tak ingat haha), D'Rilex Cafe House, Sim Cafe, Restoran Mee Kelate. Tu je laa kot sebab yang ni je yang aku ingat. Hee.

Okaylah, dah macam berita TV3 plak. Haha. Eh, kawankawan di sini jugak agak menarik untuk dikawankan. Erk. Okaylah,. Kawan, no problem. :D

Cikgu yang mengajar? Eh, pensyarah. Silap. Hee.
Dr.Fatimah ajar Biodiversity yang memang kurang disukai subjek tersebut bukannya orang yang mengajar sebab orang yang mengajar memang best.
Dr.Wong ajar General Chemistry di mana orang yang mengajarnya memamg best tapi bergantung atas mood -.-" ,dan perlu refresh balik pasal Chemistry ni.
Mr/Dr (takingat) Ranajit juga ajar General Chemistry untuk bahagian tutorial tapi payah nak paham sebab dia dari Bangladesh maka bila dia speaking, agak pelik bunyinya.
Pak Arham ajar Physics dan agak best sebab dia dari Indonesia dan kurang best sebab minggu lepas dia panggil nama ikut sukahatidia untuk jawab soalan depan.
En An'Am ajar Physics jua dan memang saya kurang paham apa yang diajarkan.
Hajah Thana ajar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia dan dia memang sporting tapi saya berdebar sebab dia suka panggil nama dalam list dan suruh kemukakan pendapat berdasarkan slide show yang ditunjukkan di hadapan.

And, last but not least is
Dr.Aminurrasyid Yatiban ajar TITAS dan nama dia memang unik dan saya suka kelas dia walaupom dia suka panggil orang sama macam Hajah Thana sebab cara dan gaya penceritaan dia memamng menarik. Believe me. Hehehh

Okay, setakat tu je lah kot. Hee.

*saya dah lari dari tujuan sebenar setiap kali buka tenet di sini

Azam baru

Salam, pagi semua :))

Ya!

Saya ada azam baru yg perlu dinyatakan di sini :

" Ya!. Saya selaku budak Teknologi Pembangunan Produk, akan membangunkan produk-produk yang tidak dibangunkan lagi dengan teknologi yang sepatutnya sebab produk-produk tersebut memang perlu dibangunkan. "

I'm the choosen one heeee, so here i am :)
*melampau

nk upload gambar tapi internet sini lembab macam siput.eh, this is the very first entry after saya masuk UMK, rite? haha. Saje nak bagitahu -.-'