December 31, 2011

Maa Ayoh


Bese lah.. pompuan heheh

Study kat sini tak se best study di rumah. Seriously, Maa, Ayoh :(

Mengubati Hati Yang Luka

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Ni semua copy and paste je. Untuk renungan di masa hadapan
Selamat menjadi 20 ! :)) ( tapi rasanye my20 tu 14hb Mac 2012..-.- whatever lah )
This is my last post for my 19th
And u know what


 I HATE ORGANIC CHEMISTRY


p/s : All the best untuk Final Exam.. Buktikan pada orang lain, kawankawan awak tu walaupun awak tersesat di UMK, awak akan tetap cemerlang dan terus gemilang, dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan.. Amin

December 22, 2011

...



Astaghfirullah..























p/s : I really, really wish that I can make changes. Good changes. For Allah, Rasulullah S.A.W, my own sake, parent's.. 


December 20, 2011

Jodoh?

" Ya Allah… kurniakanlah kami pasangan yang soleh yang menjaga dirinya 
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya 
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
kabulkan ya Allah…kerana hati kami teramat lemah…
oh Allah,kami mohon ampun atas dosa selama ini dosa-dosa kami..
andai tak menjalankan perintah Mu 
andai tak pedulikan Nama Mu 
andai tenggelam melupakan diriMu 
oh Allah,sempatkanlah kami untuk bertaubat untuk hidup di jalan Mu 
untuk penuhi kewajipan ku sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..Allahumma Aamiin "

copy and paste je

December 19, 2011

The Deepavali Night



Kenapa aku rasa gambar ni tak senonoh?




Senget

Moral-of-the-story : Camwhoring can be anywhere, anytime and any place. Toilet pom bolehhh -.-

December 18, 2011

SomethingInTheMorning

























Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life.  Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 8(8)
Right Brain Dominance: 8(8)
Right Brain/ Left Brain Quiz

December 17, 2011

SemalamYangAgakBosan

Untunglaa sebab sume rumet saya tinggalkan saya

Fating balik Tranung
Squared gi rumah Mak sedara
Amelya gi Kedah


Luckily Mun ngan Wani sudi meneman. Heheh

Thanx beb <3

December 16, 2011

wordlesskucing







Azlan and Siti in the house :)



December 15, 2011

Thanx

Wondering kenapa internet malam ni laju sangat.
Terbaekk!


Tapi buat aku lagha..
Terbaekk..-.-


Senget



But, btw, thanx Sarah Shafee :) Mu bagi kat aku nasihat. InsyaAllah aku praktikkan. Aku pom takmboh jadi lagha. Mekasih banyok Sarah. Aku ingat nasihat mu. Aku sayang mu <3 :,)


Malam

Yeah.
Malam ni buat keje gila sebab bajet tak nak tido sehinggalah hadir ke kelas fizik esok.
Mampu?

Haha
Entah lah. Sekarang dah kul 0456.

Tengok je lah.. Keje online je. Heheh. Bukan nak study pon. Eh, cakap pasal study terus jadi lemah. (Omaigod.. -.-)

So, here we are.
Study week dah nak start dalam masa seminggu lagi. Physics masih belum difahami hingga ke hulu hati. Biodiversiti masih belum dihayati sepenuh jiwa. Kimia masih seperti di awang awangan sebab bab-bab yang agak last tu belum di godekgodek lagi. Titas belum dibaca. Begitu jua dengan Kenegaraan. Huh. Banyak-nak-mampus. Maaf. Agak kasar.
Planning belum dibuat, begitu juga dengan timetable.

Eh, timetable?

Sejak bila Bah ada timetable Bah?







Erk. Pelik sangat ke? Biar lah. At least ada plan nak buat kan..







...walaupun tak tau buat ke tak nanti..
*sigh

p/s: Dengan Mun and Wani

December 14, 2011

ChippyChips

Dah kenapa sekarang ni saya rasa awak dah bertukar?




















Power rangers? Bukan..

Spongebob? Bukan jugak..

Chipsmore!
Haah. Betol lah tu -.-
Tetiba rasa lapar (okay,takde kaitan)


p/s: Selamat menjadi Chipsmore yang best, kawan :)

Yasmin Mogahed

‎"To all those suffering from sadness or depression, know that it isn't your fault. It isn't because you're weak. It isn't because you're just not grateful enough. It isn't because you're just not religious enough. It isn't because you don't have enough faith. It isn't because God is angry with you. To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease--and like all things of this world--this too shall pass." - Yasmin Mogahed

Imam al-Ghazali

PESANAN IMAM AL GHAZALI:
“ Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”

December 13, 2011

WishMeLuck

Finally,
Today is the biodiversity exam. Hee
Wish me luck baybeh

Take3Seconds

I know u are so so so
BUSY
But..take..
3 seconds to think of me

1...

2...

3...


So sweet. Now continue your work :)


Message forward to 6 people but get feedback only from two people. Hee. Maybe dorang dah tido atau sibuk sangat kot sampai tak sempat nak ingat. Takpelah, as long as saya tak lupa orang sudah sebab saya belum nyanyuk lagi :))

Alhamdulillah..


I love u two darlings, and guess what. They are my best friends forever and ever. Fatin and Bella. Mmmuah! :D

December 10, 2011

Benda ni Best Gila

Main benda ni boleh lupa dunia

Sekejap je lah tapi nya


Haha. Gila -.-





Tekun

Mende tengok aku?

Lawa HP..
Kaler pink plak tu. Takle blah


Ahah

Nokta rupanya -.-
Anda tau apa itu Nokta?


Champion

Konon hebat lah tu


Aku pon champion lah weh

Hello, ni pon hebat lah! Haha



-Nokta merupakan nama yang dicedok atau direka dengan sesuka hati oleh syarikat pengeluar permainan ini. Permainan ini merupakan permainan meletak gelung Hula Hoop itu ke dalam lidi atau jarum yang berada di dalam air. Permainan ini mengajar kita untuk tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan satu perkara. Permainan ini menggunakan konsep Fizik iaitu Buoyancy.-

p/s: ni sewaktu gi rumah Mok. Pastu terjumpa benda ni. Apa lagi, maen saje laaaaa Haha :D



OhPlease

Jangan buat saya cair awak eh.




:,)

December 09, 2011

HomeManisRumah

Memang manis bila balik rumah
Huha huha ngan mereka
Maka satu hari terlepas tanpa membelek buku
Good job dear! Haha.
Senget -.-


Hari ni hari kedua.
Dah berjaya sentuh buku nampaknya.
Walaupun sedikit, tapi awak dah mampu habiskan Phylum Annelida, Phylum Porifera, Phylum Cnidaria, Phlum Platyhelminthes dan Phlum Nematoda.
Tahniah! Haha.
Senget benget -.-'


Okay, petang ni nak jalanjalan ngan Maa.
Nak huha huha ngan Maa plak. Heheh.
Tapi sebelum tu nak gi rumah Fatin (sepupu tercinta minta)
Nak huha huha ngan Fatin.


K, lah. Nak gi umah Fatin plak ni. Bye

p/s: agak kecewa semalam sebab takleh belanja Maa ngan Ayah :,(

December 07, 2011

Masalahmasalah

Right now..
Saya memang rasa betolbetol nak balik..
Nak dapatkan ketenangan kononnya
Tapi as usual, ni bukan maenmaen.

Huwaaaa.


Kenapa lah semalam semua nak buat hal ngan aku?
Tolong arh
Tahan je lah
Luckily, I have Mr. Mimi to share things. Thanx derr. Nanti kalu jadi aku balik, aku bawak something untuk kau eh :,)
InsyaAllah..



Dah yang aku geram sangat ni kenapa?


Urghh.
Menjengkelkan betol perangai sorangsorang.
Kalau aku tak tahan dah lama dah meletup boom boom macam lagu Katy Perry yang Fireworks tu


(agak marah ye disitu)



Okay, chillex Babah..
Aku tau kau tension pasal nak exam semua tu kan..
Dah tu, stopstop lah online.. Haih -.-

Payah lah nak stop weh..
Bila bangun pagi jer, terus rasa nak online.
Nak hilangkan rasa boring duk dalam Gua ni..
Eh, Gua? Haha. Takyah nak citer banyak sangat laa

Okay, tapi Babah kenalah try slowslow kan main internet tu..
Ni kan untuk masa depan Babah..
Walaupun ianya hanyalah mid term exam, tapi tanpa mid term exam ni, markah kau tetap kurang lah weh

Okay, okay..
Lek ar bro.
Dah ni nak marahmarah plak kenapa..
Haha
Okay, lepas balik rumah terus fokus pada study.
Ingat tu.



* Dialog antara dua watak yang berbeza -.-'

- Penulis sekarang ni mengalami kecelaruan fikiran akibat masalah yang tak dapat nak dielak dan segala benda yang ditulis jangan sampai menganggap yang penulis ni mengalami masalah mental, sewel dan sewaktu dengannya.

Yelah, normal lah kan.. Dah tengah tension weh

K lah. Sekarang ni aku tengah buntu nak balik ke tak sebab takut esok ada kelas ke apa ke. Yang pasal Pengakap tu pom satu hal, entah bila nak konpemkan.. Payah plak nak buat surat semua benda tu. Aku mana pernah ponteng kelas ( watak baik ). Heheh.

Pastu pening nak pikir balik petang ke malam? Ecehh. Benda tu pom nak pening an? Hahaha. Tengok, sekarang masalah kecik dah boleh jadi besar. Bahaya ni.

Ni masa hepi buat pengakap kemaren. Buat roti lilit coklat tu. Ko ade??

Ntah kenapa gambar ni terselit kat sini. Haha


Semangat booster. Yeah!

Dari aku terus membebel lagi banyak aku rasa baik aku keluar dulu gi mandi, makan dan study. Kelas kul 12. Sekarang kul 1038 pagi. Memang anak dara yang comel an, tapi hey. Aku bangun Subuh tau dan jarang sekali aku bangun lewat pagi. Heheh. Rasanya macam tak perlu cakap, tapi biarlah. Nak cakap jugak


K lah, till then

Bye :)



December 06, 2011

RisauBimbangBergabungMenjadiSatu

Ya..
Sampai sekarang arah tujuan masih kabur..
Tak jelas..
Mimi, Mun ngan Wani cakap "just ikut flow je.."

Tapi,



Masalahnya, kalau ikut flow, mampu ke aku ni?
Mampu ke aku nak survive dalam Teknologi Pembangunan Produk ni?

Kos ni kos baru derrr
Gua manyak lisau maa..
Tambah lagi, ini kos amat baru dalam Malaysia dan UMK je yang ada kos ni.

Apa yang saya risaukan?
Saya risaukan peluang pekerjaan pada masa hadapan..
Bimbang weh..
Yes, I'm very serious about my future because it's not your future but MY future.
Who I'm gonna be and what I'm going to do..
It's all about me. Huh

Emo lah pulak -.-


Tapi, dah banyak benda saya terlepas dalam hidup, takkan benda ni pom saya nak buat endah tak endah dan akhirnya lepaskan begitu sahaja. Oh, tidak,. Tidak sama sekali. Perkara ni bukan mainmain.

Umi Najibah Ramli, awak kena lah berfikiran serius dan matang bila berkaitan dengan perkara masa hadapan awak. Awak tak nak siasia kan hidup awak nanti kan? Kesian lah kat diri awak ngan parents awak tu.. Dan, kesianlah diri awak pada masa hadapan nanti tu.. Entah keje benda Umi Najibah Ramli 8 tahun akan datang.. Jurujual kat Pantai Timur Hypermarket? Tak nak lah! (mentang mentang selalu pergi lepak kat Pantai Timur -.-")


So, saya amik keputusan nak balik rumah esok.. Nak tenangkan fikiran dulu. Nak cari ilham, nak mintak restu Maa ngan Ayoh. Periksa dah nak dekat dan anda semakin enjoy dan lepak gila dan dengan selamba tak sentuh buku dan duit dah makin habis (haha.aku tak tau apa kaitan ngan duit tetiba)


So, here I come! Semangat baru! Yeah!


p/s : Masalah problem sekarang, setiap kali pagi mesti rasa nak online je keje lepas bawak lappy merah ni.. -.-" Camne ni?!

December 05, 2011

ThisIsSerious

Seriously, sampai sekarang, saya masih rasa samarsamar je arah tujuan saya. Dngan UMK, Teknologi Pembangunan Produk.. Macam tak serious je. Macam tak masuk u je. Entah. Pelik.

Apa yang harus saya lakukan?


"Ya Allah.."

Gambate

It's like...
Saya tak boleh nak berhenti online skang ni.. Hadui..



Umi Najibah bt Ramli,


Jangan biarkan kelekaan sedikit ni boleh musnahkan apa yang awak telah usahakan selama ini,
Memang langsung tak berbaloi kalau dilayan,
Sabarlah..
Sabar sedikit mungkin berbaloi-baloi untuk masa hadapan


Yes!
Gambate,
Jangan nak happy sangat neh, Bah..
Duit dah kering pom nak gi jalan sokmo eh..
Udah-udah lah tu, fokus pada MAKANAN jer. Heee


*entri kali ni menunjukkan yang gadis dalam blog ini tak pandai
1. membahagikan masa dengan betul
2. tak de perancangan kewangan yang betul walaupun setiap apa yang dibeli dicatat
3. tak amik iktibar dan langsung takde rasa bersalah dari berkurangnya duit ini -.-'


Okaylah, bangun pagi bajet nak study. Ingat apa yang Fatin Liyana cakap tu. So, cepatcepat gi study nuh. :)

nak makan Tepung Bunga
*kejenakmakanje

Till then, bye :))

December 03, 2011

Pinky sis

Entri ni mungkin entri last sebelum saya stop-for-a-while blog ni sebab saya nak tumpukan kat study. Hamboi.. Bukan main ayat. Haha. Tapi, seriously, saya tertanya sampai bila saya harus jadi camni? Lagha.. Tak tau arah tujuan.. Lepak je memanjang. Thats not great derrrr! Saya nak cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya tak nak saya rasa menyesal di kemudian hari.. Ni ke yang awak nak lepas banyak benda yang awak dah dapat (dan banyak juga yang terlepas -.-), wahai Umi Najibah bt Ramli? Jangan biarkan nafsu menguasai diri. -.-


Okay, back to the topic. Hari tu saya balik untuk menghadiri kakak saya punya engagement. Walaupun hanya plus minus 15 jam je duduk rumah, tapi tetap enjoy sebab jarang ada majlis kat umah kitorang. Menarik warna majlis tersebut. Pink colour maaa..




Terkilan tak sempat rasa carrot cake ni

Cake ni.. Sangat terkilan sampaikan duk dalam bas rasa sebak di dada :( Nasib tak nangis jer. Haha. Over semacam je -.-


Dah jadi tunangan orang

Orang cakap Abg Jack? Erk. Boleh sajeee. Okay, Abg Jack. Abg Jack ni macam Bront Palarae. Betul ke? Ada laa jugak irasiras tu. Pandai kakak cari. Haha


Semua dah bertunang. Untunglaaa

Adik beradik

Ramli Zafri Laili Sa'adah


Maa ngan Ayoh tersayang bersama anakanak mereka


Sisters

Merah mak ngah

Okay.. Tu jelah kot. Hee.

Untuk Kak Leli, Tahniah. Semoga terus berkekalan sampai kawen dan sampai bilabila. InsyaAllah :) May God bless u

Till then, bye.

p/s : sungguh, apa yang Fatin Liyana dan Kamal Effendi cakap memang cukup terkesan. Thanx :)

30November-01Disember 2012 :)

What a great day we have..
Hilang stress tension before exam
Haha.
Crazy things happened but still we are in great condition
Thanx guys
Ini semua akan ada dalam kepala saya sentiasa :))


For u ; Mun, Wanie, Iszati, Mr. Mimi, Mira, Ayu

Adorable

Fatin Liyana punya style..
Memang stylo gila :)
Saya suka <3

Tolong

Tolong
Anggap saya kawan
Yang boleh share everything together
Bukan macam chipsmore
Boleh hilang dan kembali lagi,pastu hilang balik
Thats not great friend..
Ia bukannya bila diperlukan baru datang
Ia adalah sentiasa ada dan sentiasa memerlukan dan diperlukan
Itulah kawan

Khas untuk Saya, Mr. Mimi dan Wanie