December 06, 2011

RisauBimbangBergabungMenjadiSatu

Ya..
Sampai sekarang arah tujuan masih kabur..
Tak jelas..
Mimi, Mun ngan Wani cakap "just ikut flow je.."

Tapi,



Masalahnya, kalau ikut flow, mampu ke aku ni?
Mampu ke aku nak survive dalam Teknologi Pembangunan Produk ni?

Kos ni kos baru derrr
Gua manyak lisau maa..
Tambah lagi, ini kos amat baru dalam Malaysia dan UMK je yang ada kos ni.

Apa yang saya risaukan?
Saya risaukan peluang pekerjaan pada masa hadapan..
Bimbang weh..
Yes, I'm very serious about my future because it's not your future but MY future.
Who I'm gonna be and what I'm going to do..
It's all about me. Huh

Emo lah pulak -.-


Tapi, dah banyak benda saya terlepas dalam hidup, takkan benda ni pom saya nak buat endah tak endah dan akhirnya lepaskan begitu sahaja. Oh, tidak,. Tidak sama sekali. Perkara ni bukan mainmain.

Umi Najibah Ramli, awak kena lah berfikiran serius dan matang bila berkaitan dengan perkara masa hadapan awak. Awak tak nak siasia kan hidup awak nanti kan? Kesian lah kat diri awak ngan parents awak tu.. Dan, kesianlah diri awak pada masa hadapan nanti tu.. Entah keje benda Umi Najibah Ramli 8 tahun akan datang.. Jurujual kat Pantai Timur Hypermarket? Tak nak lah! (mentang mentang selalu pergi lepak kat Pantai Timur -.-")


So, saya amik keputusan nak balik rumah esok.. Nak tenangkan fikiran dulu. Nak cari ilham, nak mintak restu Maa ngan Ayoh. Periksa dah nak dekat dan anda semakin enjoy dan lepak gila dan dengan selamba tak sentuh buku dan duit dah makin habis (haha.aku tak tau apa kaitan ngan duit tetiba)


So, here I come! Semangat baru! Yeah!


p/s : Masalah problem sekarang, setiap kali pagi mesti rasa nak online je keje lepas bawak lappy merah ni.. -.-" Camne ni?!

No comments: