February 09, 2012

Badan kurus bertukar

Badan kurus, tapi makan..
MasyaAllah.. Banyak mak aih tak percaye !

Bese dengor camtu kan? Kan? Kan?
Eh, ke tak? Lantak ar. Haha

Kebiasaannya benda ni berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang kurang. Yelah. Kurus lah pendek kata. Saya boleh dikategorikan dalam kalangan ni.

'Eeee. Tak malu mengaku kuat makan'

"Biar ah. Ikut suka aku lah. Bwek'

Okay. Tapi tu dulu. Sekarang selepas saya mengambil beberapa jenis suplemen, berat badan saya naik. Naik sangat, sangat. Saya pergi Farmasi pastu tau tak saya beli apa?

"Hai kak. Saya datang nak beli kopi ni.. Ada Kopi Janda tak?"














































Ada ke patut tanya soalan nak beli apa gi farmasi. Mestilah nak beli ubat dan etc. Apalah korang ni -.-
Maka saya pun tanyalah akak tu nak cari suplemen untuk badan. Vitamin C ke. Akak tu terangkan yang vitamin C bagus untuk menguatkan sistem imun badan dan yang terbaru saya baca dalam Rapi, bagus untuk menggalakkan pembentukan kolagen dalam badan. Apa itu kolagen?


Sekarang dah faham? Heheh. Saya pun berjaya lah membeli dua jenis ubat ni. Konon bajet boleh awet muda bila tua nanti. Heheh


Untuk lawas bagus

Dah terpampang jelas kan?

Dan memang terpampang jelas juga saya melihat penimbang berat badan tu. 3kg naik! Bapak ah. Okay, berat naik. Ooookaaayyy

Jerawat juga naik -.-

Tahniah. Untunglah bila jumpa dengan orang,

"Umi, pipi awak tembam.."

"Bah, nampak gemuk sket.."

"Bakpe nampak berisi leni?"

Tembam. Gemuk. Berisi. 3 serangkai ni sudah cukup untuk menggambarkan keadaan diri. Cukup lah. Takleh nak tulis dah. Okay, memang gemuk. Gemuk dah nak berhenti menulis ni. Lain kali pulak Gemuk tulis lagi ye. Gemuk nak gi makan jap. Papai

No comments: