February 10, 2012

MJ

Hai :D

Kali ni nak cakap pasal MJ pulak. MJ? Michael Jackson yang nyanyi lagu beat it tu ke?



Eh takkk.. Korang tak tau. Saya ada cikgu nama MJ tau. Hikhik *Gedik

MJ merupakan singkatan nama untuk Mahadi Jalil. Unik kan? Well.. Tengok lah cikgu sape. Perasan je. *Duh. Cikgu Mahadi memang lain dari yang lain. Cikgu ni cikgu tuisyen saya. Saya terikut-ikut dengan my besties; Fatin Najuwa dan Anis Nabila, dorang semua ikut tuisyen ni. Bila mereka semua dah join tuisyen ni memang tak arh kalu saya tak join! (paham tak ayat ni)

Senget pulak

Dan ternyata tuisyen ni memang taste saya! Taste? What the.. Okay, takk. Cara pengajaran dia tu sangat sesuai dan masuk dengan saya dan kawan-kawan saya especially, Sarah Shafee dan Nurul Izzaty. Haha. Kepala jenis masuk air belake. Fikiran melayang-layang ke arah yang tak sepatutnya. Semua satu kelas tu sama je belaka. :D

Tapi tak dapat dinafikan persekitaran agak tak selesa sebab ia hanyalah sebiji balai raya yang hanya menanti waktu je nak runtuh (mulut jahat tapi kenyataan weh). Bagi saya tu semua tak penting sebab saya boleh je belajar dalam keadaan macam tu. Heheh. Walaupun dengan lantai yang agak berdebu, jarum jam yang sentiasa di angka 4, whiteboard yang hanya dipadamkan dengan menggunakan kain atau paling kurang tisu dan surat khabar atau paling dahsyat dengan baju Cikgu sendiri, sawang labahlabah setia tergantung di dinding.. Saya tak kisah lah. Lagi pun cara pengajaran Cikgu memang MENARIK. Hey, cikgu saya ni memang sporting dan stylo habis lah pendek kata! :D Mungkin ada setengah orang cakap

" EEEWWW. Tak boleh lah nak belajar dalam keadaan macam tu. I kena belajar dalam aircond barulah ilmu mudah nak meresap hingga ke jiwa" 

Duhhh.. *Gedik. Lain orang lain cara belajar dan mengajar dik oi.. 

Saya ambik subjek Matematik Tambahan dan Fizik sahaja. Eh? Sebab apa tak sebut Add Maths ngan Physics? Ikut suka I laa.. Haha. Takde lah, kitorang dalam tuisyen tu belajar 100% bahasa Melayu. Eh tak susah ke? Lagi SENANG weh. Believe me. Masakan hampir semua dapat A dalam Matematik Tambahan? Haa.. Pikiaq, pikiaq. Bangga doe dapat belajar ngan Cikgu.. :))

Ambik dari Naqib Hassim Facebook


Cuma, kata-kata cikgu ni agak pedas lah kalu sape yang amik hati. For me lah. Nak nak kalau masa dia tengah marah dan tak lain tak bukan waktu itu adalah subjek Matematik Tambahan. Memang boleh mencirit lah sape duk dalam kelas tu. Aura-nak-marah tu ada je.. Sebab tu kebiasaannya saya akan suruh Ayoh hantar cepat cepat sikit ke tuisyen Cikgu. Kalau boleh 7.30 dah terpacak depan tuisyen walhal hakikatnya Cikgu tak datang dan tak boleh masuk sebab kunci ada dengan Cikgu. 


Peta kedudukan

Ironi nya, saya tak nak lah duduk kat meja yang bersebelahan dengan laluan Cikgu tu. Berdebar weh bila setiap kali duduk depan meja kita tengok kita buat Matematik Tambahan tu macam mana. Selalunya aku buat buat buat fikir lama-lama pasal soalan tu pastu kalau tak cukup lama lagi, aku buat padam padam jalan kira yang aku buat pastu tulis balik sambil kira kira ngan kalkulator. Haha. Aku tahu, semua sama je. Takut nak angkat muka nak pandang Cikgu.. Aku tahu.. Haha..

Eh dah bertukar Aku dah? Whatever


Tapi time Fizik, Cikgu memang satu kepala ngan kitorang. Gelak ketawa sakan mak aih macam tak ingat dunia dah. Semua benda habis Cikgu nak citer, tapi semua citer Cikgu memang best. Memang kitorang suka dengar Cikgu bercerita especially yang ..... Haha :D

Soalan-soalan yang Cikgu bagi pom MEMANG yang dah berkurun lamanya. Soalan SPM 1975. Korang pernah jawab? Tak kan.. Aku pom pelik entah dari mana Cikgu dapat soalan tu. Cara pembelajaran Cikgu, seklai lagi saya ulang memang MENARIK. Menarik macam mane tu? Kena lah masuk Tuisyen Cikgu Mahadi dulu.. Haha (promote tuisyen orang pom jadik lah haha)

How I wish I can go back to the past using Timeline macam Facebook tu. Rindu.. (Tahu di Cikgu masak arh aku. Haha)

Oops. Forgot to tell you. Cikgu dah ada bini dan 6 orang anak dah.. So, rindu cinta apa benda tu tak berasas ye. Rindu sebagai anak murid je. :)

Pendek kata, you are the BEST Cikgu! Bertuah rasanya :)

P/s : Fatin Amirah, you should read this walaupun tak lama mu blajar sini :)

No comments: