October 21, 2013

Boneka Keparat

Apa kau ingat aku ini boneka?
Tiada perasan.
Mudah dimainkan.
Mudah dikawal seperti kau main dengan tali temalinya

Bila rasa ingin didirikan, kau dirikan.
Bila rasa ingin dijatuhkan, kau jatuhkan.
Dengan senang.
Tanpa memikirkan apakah rasa hati boneka itu.

Faham atau tidak kamu dengan perasaan itu?
Perasaan amarah.
Perasaan menyampah.
Perasaan tiada berguna.
Perasaan dimainkan.
Perasaan celaka.

---

Kamu!
Ya, kamu yang sedang membaca.

Berpadalah bila ber'ego'.
Tak sedar bahawa kamu sedang menyakiti hati mereka.
Apa kamu seorang sahaja yang punyai hati yang harus dijaga?

Berpadalah bila bergurau.
Jangan terlalu gembira, kerna hari esok belum tentu gembira.
Apa kamu yakin bahawa esok akan muncul?

Berpadalah bila berjanji.
Tak usah berjanji bila rasa sukar untuk tunaikan.
Apakah kamu tidak sedar kamu sedang menyakiti hati seseorang?

Tak sedarkah?
Tak sedarkah?
Tak sedarkah?

Ahhh!
Buat apa aku harus nasihatkan kamu jika kamu sudah rasa diri kamu hebat.
Hahaha manusia keras kepala.


No comments: