October 19, 2013

Semester 1 hihi

Sedar tak sedar. Dah masuk tahun ketiga aku di UMK. Sungguh. Macam tak percaya. Rasa tua pun ada. Yelah, 3rd senior kan. Ihiks *gelak comel sambil batuk muntah berdarah

Sebelum masuk ---

'UMK? Hmmm jom cuba nasib! Mungkin rezeki aku kat sini je. Tak guna kalau mintak rayuan sebanyak petala langit pun kalau dah bukan rezeki.' - aku bermonolog seorang diri. Puiii

Alhamdulillah, aku 'berjaya' masuk UMK, walaupun hakikat nya aku tak mintak pon. Tapi aku tetap cool dan positif. Start dari sini lah, baru aku sedar yang ramai rupanya yang sanggup tolong aku. Sanggup bagi nasihat kat aku supaya jangan putus asa. Tak ketinggalan ramai juga yang bersimpati dengan aku. Termasuklah, cikgu di sekolah dan of course lah diri aku sendiri. Wuwuwuwu sedih bila teringat. Abang Rir boleh bantai gelak kat aku bila aku cakap aku dapat universiti yang aku tak pilih.

Cilakak punya abang. Huh.

Tak lupa, kisah aku di'goreng' kaw kaw oleh seniors.

Cilakak punya seniors. Haha.


Semester 1 ---

Aku rasa, semester ni lah aku start belajar untuk menggaulkan diri dengan lebih baik. Sebab mula mula masuk memang lah kita macam tak kenal orang lagi. Dari sini aku belajar jangan mengata orang kat belakang sebab last last nanti diri sendiri yang terkena. Hahaha kan dah padan muka.

Lagi, aku belajar erti kawan. Kawan dengan kepala yang senget. Saaaangat senget. Hahaha of course lah kami berlima. Kehidupan kami tika itu sangatlah aman. Tak payah pikir gosip lain. Hanya pikir kami je. Bhahahaha takpe lah. Kami baru bertatih mengenal dunia. Baru 19 tika itu.



Ketika di PC jugalah aku belajar hakikat bahawa setiap kali nak mandi kami harus mencari air di blok lain. Puiii. Agak memenatkan dan sangat memenatkan jika anda menginap tingkat 3. Tapi nasib baik aku tingkat 1 je. Hihihi.

Aku juga belajar yang di PC memang akan ada banjir senantiasa tika musimnya. Perghh memang best mengharung air, tapi bakteria dalam tu nampak tak? Tak lupa kami pergi kelas Dr Wong pada hari first banjir. Aku punyalah cam takleh blah kenapa bila banjir pun kena ada kelassss?! Budak budak lain pun sama. Tapi Dr Wong watlek watpis je cakap kalau banjir sampai kepala baru takde kelas. Blerghhhh

Macam macam jenis orang aku jumpa. Yelah selama ni setakat Matrikulasi tu takdelah pelik sangat orang yang aku jumpa. Kahkahkah.

Ada je yang cakap takleh hidup kat Kelantan sebab suasana dia. Hmmm yang bab tu aku takleh nak cakap lah sebab Terengganu dengan Kelantan lebih kurang je. Aku bersimpati dengan mereka. Yelah kalau aku jadi dorang pon, contohnya aku asal dari Kuala Lumpur, memanglah aku rasa kemunduran sedikit.

Jangan lupa, Nasi Kukus Zaeman. Ya Allah.. Sedap gila gila wehhhh! (saat ini air liur penulis mula mengecurkan dirinya) Ayam dia tu.. Perghhhh. Makan pulak dengan nasi putih yang beras panjang panjang campur dengan kuah yang mak aih memang meletoppp. Air teh beng dia pun sedap. Masakan aku yang tak suka teh beng boleh cakap sedap pulak. Maka ternyatalah memang sedap sengoti! (air liur penulis terus bersembur)

Setiap Sabtu malam ada pasar malam. Aku yang selama hidup ni sangatlah jarang berkunjung pasar malam terus jadi macam jakun sampaikan kalau boleh setiap malam aku nak pergi *over sangat tu. Kikiki lawak nye saya. Lepas beli makan tu, ada je student yang lepak dekat court. Dengan kawan kawan. Dengan pakwe makwe (untung baru masuk dah kapel, untuk budak first year puiii)

Kalau nak cerita ni, banyak sangat kenangan. Hihi. Hmmm next time je lah. Tapi yang penting duduk PC memang sangat menghabiskan duit dengan rancaknya. Yelah, asal takde kelas je terus gi Pantai Timur. Mana tak habis duit. Gaya hidup pulak mewah. Nak minum Bliss jer mementang ada peti sejuk kat setiap aras.






Hihi ni just teringat je ni. Best kalau dapat putar balik waktu :)

Till the, papai. :*

No comments: