October 17, 2013

Keindahan Tuhan

Ingin sahaja jika aku ada duit dan waktu, aku menjelajah dunia.

Akan ku singgah di setiap Negara Gembira.

Sungguh, singgah sebentar di Pulau Kapas sahaja mampu buat aku teruja.
Apatah lagi singgah di Pulau lain.
Tika aku cerita bahawa Pulau Kapas cantik, ada sahaja yang berkata;

"Pulau Redang, Pulau Perhentian etc lagi cantiklah!"

Ahh! Lantaklah.
Ini pengalaman pertama ku. Tak mungkin sama dengan kamu orang.
Pulau Kapas hanyalah dekat dengan kediamanku. Tidak sampai sejam. Tapi itulah.. Lepas 2 dekad di dunia ni baru berkesempatan. Alhamdulillah.


Bagi aku, melawat Pulau Kapas sahaja sudah mampu menggembirakan hati ini.
Keindahan itu (yang mungkin sedikit bagi mereka) sudah mampu buat aku mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk melihat keindahan- Nya.
Aku terfikir, bagaimana dengan pulau pulau yang lagi cantik (seperti disebut mereka itu) ?
Subhanallah..

Pasti sangat cantik.
Pasti sangat indah.

Nak tahu kisah lanjut aku di Pulau Kapas? Hee klik sini

p/s : Aku harap rancangan ke sana akhir tahun ini jadi. Weeee :D and, why semenjak dua menjak ni post agak melancholy gaya bahasa nya? 

No comments: