October 17, 2013

Hati #2

Konfius.

Diri ini sentiasa konfius. Ia adalah sebuah perhubungan yang sangat komplikated dan kompleks. 
Apakah aku juga mencintai mu setelah segalanya terjadi?
Apakah diri ini merindui mu setelah segalanya berlalu?
Sumpah, aku konfius.

Ada sahaja yang bertanya apakah anggapan ku pada mu.
Aku jawab

"Hmm tak tahu."

Hahaha. Jawapan yang ringkas dan senang. 
Sentiasa. Tapi apakah ianya jawapan yang bodoh juga?
Bodoh kerana bingung tidak tahu hati sendiri.

Mungkin cinta? Mungkin sayang? Dan..mungkin juga benci?

Nak sahaja kisah cintaku seperti lagu Love Story - Taylor Swift.
Tapi..

Tidak aku sangkal ada rasa geram yang bersisa dalam diri keding ini.
Engkau, sedih sehingga sanggup mengkisahkan segala perangai aku.
Malah, perangai yang tidak pernah aku sangka itu adalah aku.
Seperti mencanang privasi aku, yang engkau tahu.
Seperti menjaja kisah burukku.
Seperti menjual beli, tawar menawar lagaknya.

Hinggakan ada yang memandang serong, geram dengan aku.
Tak sangka.

Apakah setiap kali engkau ditolak cinta, engkau berlaku sebegini pada mereka?
Tak sangka.
Tak adil.
Tak.

Mungkin engkau tak berniat. Mungkin.
Mungkin jua kerna kau memerlukan bahu untuk tanggung rasa sakitmu. Mungkin.

Aku bukan apa. 
Aku hanya seorang gadis yang konfius lantas terus menyuarakan agar kau tak terus mengharap denganku. Sebab, aku percaya ada yang menunggumu, iaitu yang lebih baik dari diri ini. Agar kau tak terlalu mengharap sebenarnya. Sudah aku katakan pada kau sejak dahulu bahawa jangan terlalu menaruh harapan tinggi. Aku bukan baik, seperti mana yang kau anggap. Aku hanyalah manusia biasa. Sudah aku katakan..

Tapi, kau degil!

Engkau terus seperti diulit mimpi indah, dianyam rasa (yang tak mungkin aku dapat balas)
Jika dapat sahaja aku balas, aku bagi dunia yang indah sahaja pada mu.
Takkan sesekali aku biarkan engkau sendiri.
Aku boleh jadi superwoman engkau.
Aku boleh jadi gula pada hari masam mu.
Aku boleh jadi ubat batuk pada batuk mu.
Aku boleh jadi jem nenas pada penkek mu.

Lepas segalanya, masih kau katakan yang kau akan tunggu aku.
Aku terharu. Sumpah.
Masih ada sekelumit rasa sayang aku pada engkau, tapi tak pasti.
Sayang sebagai apa?

Mungkin aku boleh usahakan rasa sayang itu.
Biar bertukar jadi rasa cinta yang indah.

In Shaa Allah, jika jodoh mesti tak ke mana. 
Kalau engkau di Malaysia, dan aku di Uganda, tak mustahil.
Kalau engkau di England, dan aku di dalam Tanah, kita bertemu di sana. 
Sebab telah Allah tetapkan. 
Hanya doa jangan hilang. 

Sudut hati aku, aku masih percaya yang ada rasa sayang pada hati engkau pada aku. Rasa sayang sebenar itu.

--Gadis Noob--

No comments: