October 16, 2013

Resepi Moist Chocolate Cakey Cake

Morning peeps! :)

So, it is 07:30 in the morning jyeahhh!

And, what are we up to todayyyyy (slang Australia please) ?

We are going to make, or bake, or the perfect word is kukus, or whatever la kan, a chocolate cake. Yeayyy! *why I am so excited mehhh -.-

Nevermind. Ayuh kita ke agenda yang sebenar. Hari ni saya akan coba untuk tulis resepi, walhal dah berzaman lama nya ku guna resepi kek best ini. Hihi tanpa mengetahui atau mengingati siapakah empunya resepi tersebut, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana dengan resepi beliau lah kek saya mendapat tempat di hati para penyantap. Paling membanggakan adalah apabila mendapat permintaan untuk dihidangkan ketika majlis perisikan kakak ku :*

Tanpa berlengah lagi, ayuh!




Resepi Moist Chocolate Cakey Cake (over tau nama I bagi hahaha)

Bahan-bahan:
Bahan A

  •  Serbuk coklat (Van Houten paling best) - 1 cawan
  •  Gula pasir - 1 cawan ( saya kurangkan pada 3/4 sahaja)
  •  Marjerin cair - 1 cawan
  •  Susu cair - 1 cawan


Bahan B

  • Susu pekat - 1/2 cawan
  • Tepung gandum - 1 1/4 cawan
  • Serbuk penaik - 1 sudu kecil
  • Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
  • Telur (dipukul) - 3 biji
Cara-cara:
  1. Campur Bahan A.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut. (mind you, jangan sampai gula hangus)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu, campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat lalu ayak.
  5. Tuang susu pekat ke dalam adunan Bahan A yang disejukkan tadi.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata ke dalam Bahan A tadi.
  7. Kemudian, masukkan seluruh campuran Bahan A tadi ke dalam tepung. Aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuang dalam acuan dan kukus selama sejam.
* Adunan akan naik 2x ganda. Guna loyang yang tinggi dan besar.

Selamat mencuba!

No comments: