November 21, 2013

Apa Rasa?

Assalamualaikum :)

Semenjak dua menjak ni, penuh dengan rasa.
Rasa tak mandi.
Rasa hati.
Rasa gembira.
Rasa annoyed.

Rasa kambing, mmbekkkkk

Bersempena dengan ketiadaan air, segalanya menjadi rasa.

Air takde 3 hari. Siapa tahan? Nak membuang dan buat pelaburan bijak pun kena berfikir berkali selaras dengan pencatuan air. Huwaaaa sangat daif kehidupan di sini. Gayanya seperti orang susah. Kurang kemudahan. Nama saje universiti. Matrikulasi aku rasa lagi elok :/

Rasa je nak balik ke Terengganu. Dekat je. Tapi, tapi, tapi aku fikir kalau aku balik, nanti minggu depan aku balik lagi (InsyaAllah) sebab ada family trip. Yeayyyy! Hehehehe

Aku tanak balik sebab aku nak merasa kehidupan tiada air bersama teman teman ku di UMK. Nak merasa kehidupan susah bersama sama. Sebab semua ini akan jadi kenangan :))

Kenangan mengangkut air bersama sama rumet.
Kenangan bungkus baju sebab baldi dah penuh.
Kenangan mandi sekali sehari (this is better bcoz ada je yang tak mandi berhari hari)
Kenangan tak basuh pinggan lepas masak (eeeewwww haha)
Kenangan terpaksa tahan kencing dan berak sampai sakit kepala.
Kenangan menyumpah seranah UMK (haha so mean mehh)
Kenangan berbaik dengan jiran depan :)

Ahhh. Pendek kata semuanya akan jadi kenangan.

Rugi kalau tak bersama men'create' kenangan.

Rasa macam berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Rasa sangat.

p/s : Takde air? Lek ahhhh

No comments: