November 11, 2013

Hati #4

Baru seminggu, tapi sudah rasa kehilangan itu.
Aku kata, aku tak ingin. 
Tapi, rindu yang menjelma datang mengganti rasa tak ingin.

Apakah ini semua?

Soalan ditanya mengenai 'si Dia' itu, tapi kau buat buat tak tahu.
Tak pasti comel atau mengada atau rasa-macam-nak-tumbuk.
Lalu aku bersangka buruk, yang berulat.
*Maaf, agak kasar post bertajuk Hati kali ini kerana penulis sedang cuba mendalami watak utama

Kau buat hati ini geram, sangat.
Sehinggakan tiada ruang untuk melepaskan lagi.
Kau telah titiskan air mata, yang jarang sekali menitis.
Kau buat diri ini tidak tenteram.
Kau buat hati ini tidak keruan.

Hebat, hebat..

Kau sangat hebat.

Tapi, hakikat nya kau tidak sedar. 
Ahhh sudah. Habislah. Matilah. Sudahlah.
Ini semua permainan jiwa sahaja.
Akan ku pujuk hati sendiri.

Tidak mengapa.

No comments: