February 07, 2014

JPAM ; Kursus 1

Assalamualaikum dan hai! :)

Apa khabar kalian semua? Moga sihat sejahtera senantiasa. Hee, so hari ni bangun awal tapi tak pergi jog. Sebab malas of course. Hihi. Lumrah lah skip sekali sekala kan.

Sebelum saya menyembang lagi banyak benda yang mengarut, jom tengok apa itu ALPHA Bangi. ALPHA ni stands for Akademi Latihan Pertahanan Awam dan haruslah terletak di Bangi. Tempat ni kira nya macam sekolah untuk ahli sispa ni.




Kami bertolak ke sana pada 19/1/2014, iaitu seminggu selepas cuti semester ku bermula. Rasa sangat malas, apatah lagi ketika itu seperti fed up apabila mendapat berita untuk membeli kasut hitam kulit masing masing. Rasa macam celaka sangat. Katanya macam yang Suksis pakai. Yang tu memang mahal la, dan aku takkan beli wahaha. Kasut yang aku beli kat Kedai Kasut You tu takdelah mahal sangat. Setakat rm30.00 but still kau mengeluarkan duit kan :/ Beli sunblock lagi. Dahlah mahal rm40.00. Dah berapa ringgit dah. Duit tiket lagi. Hmmmmmm tak masuk contact lens yang aku silap beli tu lagi. Hmmmmmmmmmmmmmmm




Sebelum aku lupa. Ada satu pengalaman yang paaaaaaling mendebarkan bagi mereka berdua nih. Hahaha


Tersekat dalam lif

Okay, kita teruskan. Sampai kat sana malam. Dahlah kena heret beg dari depan pagar sampai hostel. Sumpah letih gila. Sampai je sana terus tidur.

Rutin harian seperti askar telah bermula.

Bangun Subuh 5.30 pagi. Solat Subuh berjemaah kat bawah pukul 6.00 pagi.Tahukah anda bahawa nak pergi solat pun harus berkawad beramai ramai? Boleh terkentut aku time berkawad tu hmmmmmmm (penulis merasakan bahawa pembaca harus gelak untuk ayat ini) Dan tahukah juga bahawa setiap kali nak pergi mana mana kawasan di ALPHA tersebut kalian harus berkawad? Blerghhhh

Lepas solat, berkawad lagi kami ke padang kawad untuk menaikkan bendera. Yang naikkan bendera tu adalah budak uniKL. Oh lupa nak bagitahu yang kitorang dari UMK gabung sekali dengan budak uniKL. Total kitorang adalah 74 orang. Tak rapat sangat pun dengan dorang. So, sambil naikkan bendera tu haruslah nyanyi kan. Okay, lagu Negaraku aku lepas. Lagu Jpam.. Hmmm memang la aku ada hafal kan. Macam krik krik pulak aku rasa. Tapi lagu dia macam comel jugak ah. Takde la sedap sangat.


Devoted ahli Jpam haha

Lepas naikkan bendera, kitorang dikehendaki beriadah. Woi, dahlah mengantuk. Huh. So, riadah je lah kitorang. Stretching badan semua. Part warming up lah yang paling aku suka. Sebab aku dapat belajar cara warming up yang betul. Aku pun tak tahu apa motif aku belajar warming up padahal aku bersenam pun jarang (penulis merasakan lembam) Dan di sini lah terserlah kegedikan bagi mereka mereka yang gedik dan ke'sporting'an seseorang. Tanak cerita wahahaha (hmm lawak ke?)

First day and second day dah kena pulun kawad kaw kaw punya. Pengalaman masa hari pertama tu, adalah rasa nak balik rumah yang membuak buak. Sebab badan sakit masa tu. Padahal hari hari seterusnya best je :) Enjoy.

Aku ingat lagi, puas hati Encik2 tu dera kami. Dapat pulak aku satu platun dengan Encik Z. Memang terbaik ah. Nak patah sendi2 aku nih. Balik malam tu memang sakit habis badan. Sumpah, rasa macam tak pernah sakit macam tu T.T

Kitorang ada dua orang jurulatih. Sorang Encik MK dan sorang lagi Encik Z. Yang Encik MK ni macam lawak2 sket orangnya. Tapi at least lawak dia menjadi la jugak walaupun tengah marah marah. Hensem pun hensem, tapi gatal.


Bajet je wiwiwi

Berbanding Encik Z ni, entah dari mana muncul, dahlah garang, tak hensem, bajet, sombong, buat lawak pun tak jadi. Macam ntah pape pun ada. Tapi sekali sekala tu ada la jugak belas kasihannya. Aku pulak camne ntah boleh masuk platun dia. Nasib memang tak baik. Dia ajar sebijik sebijik setiap arahan tu. Dahlah lama, bawah panas terik pulak tu. Aku masa tu dah macam 'Woi takleh lama lagi ke haaa kawan2 aku yang lain dah berenti rehat la wehh'.

Faham tak rasa duduk bawah terik tengahari tu?? Tolong lah faham :( Dahlah pakai baju biru dengan kasut boot.

Tak sempat nak ambik nafas, hari ketiga kami diberitahu bahawa akan ada ujian kawad kaki. Aku dah macam WHATTTTT? Pebenda ujian ujian ni. Aku ingatkan just menghadirkan diri je. Ni nak ujian bagai. Haduiii dah resah dah aku. Dengan bahasa hukuman panjang panjang pulak nak kena hafal. Okay mari aku bagi satu hukuman masuk baris yang aku belajar ;

Skuad, skuad
Dengar sini semua sekali
Apabila dapat hukuman
Tiga barisan di hadapan saya gerak

Skuad hendaklah sedia
berlari
berbaris
Dalam tiga barisan di hadapan, di tengah tengah, di mana saya menghadap
Faham itu skuad

Tiga barisan di hadapan saya, gerak!

(mahu bikin air mata nak hafal ni T.T)

Tu tak masuk hukuman betulkan barisan, taklimat masuk baris, taklimat lepas betulkan baris lagi tu. Berat nanang bohhhh. Time aku nak melapor tu (malam) aku rasa macam nak jerkah je Encik Z. Dahlah panggil aku Belacan, pulak tu perangai bajet je wahaha sori Encik Z. Tapi sebenarnya sebab aku teringat arwah Kak Ismira yang pernah conduct kawad kaki time sekolah dulu. Kan tengah bersemangat kan, sumpah rasa nak jerit je. Padahal ayat dia camni je ;

'Assalamualaikum Encik. Saya, (nama) dari Sispa UMK siap untuk diuji Encik!'

Tapi tak terkeluar pulak jeritan aku tu. Huhuhu. Tapi alhamdulillah lah aku pass (mungkin bukan flying colours) dengan markah 65/100! Weeee rasa bangga sangat :D


Kawad lereng bukit -.-

Apa lagi yang best ye? Ooo masa kat sana, hubungan yang jauh dirapatkan, hubungan yang dekat dirapat rapatkan lagi. Ni antara kebaikannya lah. Dulu kami budak Jeli selalu rasa yang budak PC ni sombong dan berpuak. Padahal dorang okay je :)


Muka burn? Lek ahhh

Dan yang paling kenangan adalah panggilan Belacan yang melekat pada aku. Ciss. Menyesal pulak aku cerita kat budak berdua tu. Sampai sekarang dorang panggil aku Belacan. Tak Belacan, Buntal. Huh. Ceritanya sebab Encik Z tu panggil aku Belacan lepas banyak kali aku buat tak jadi masa melapor kat dia. Rasa macam eeeeeeeeeeee sangat! ><

Pengalaman lain yang tak mungkin aku dapat rasa dah kena rendam dalam tangki air. Bukan sekali. 3 kali hokkayyy. Air bekas ape ntah dah bercampur gaul ngan 74 orang tu. Sumpah rasa geli gila. Nak2 dengan berkasut boot, stokin tebal. Kecut kaki! Baju biru dahlah berat. Berkawad la kami dalam keadaan menggelikan macam tu. Jangan dilupakan, keesokan hari dan hari hari seterusnya kami menyarung kembali baju biru tersebut tanpa membasuhnya (bau banyak masyammmm)


Kami yang berbaju biru yang masyammmm

Lagi pengalaman pakai baju oren yang sama berhari hari :) Hahahaha knape aku buat smiley aku pun tak tahu. Geli gila hokkayy.. Dahlah guna dari pagi sampai malam. Pastu 5 hari berturut turut pulak tu. Sangat eewww. 

Sebenarnya apa yang buat aku lagi bersemangat untuk menyertai Jpam dan dapat title Leftenan Muda tu sebab ada Komander tu yang pernah mengetuai Misi Bantuan Jpam ke Lahad Datu. Macam biasa, bila ceramah semua tido. Yelah, dah pagi tu pulun habis kawad kaki untuk ujian tu. Tapi bila part video tu, siyes aku rasa sangat tersentuh. Mulia jugak Jpam ni rupanya.  Selama ni aku tak pernah tahu pun. So, jangan lah korang pandang enteng pada mereka yang berbaju biru tu setiap kali korang nampak time eksiden tu. Sebab apa yang kami belajar sebenarnya sangat lah banyak. Ada bahagian pertolongan cemas, menyelamatkan, berenang dan memadam kebakaran. Pernah Encik A cerita, dia cakap dia pernah kutip daging manusia yang bersepah kat jalan tu. Korang sanggup ke? :/


Komander katang

Okaylah, apa apa pun, aku setia menanti kursus yang berikutnya. Bersemangat lah pulak, walaupun lepas dapat tahu yang sesi latihan tu hanya dapat rm5 sehari, bukannya sejam. Sobsob bersyukur sahaja :')

Rasa macam dah banyak sangat membebel nih. Kita tunggu untuk sesi seterusnya :))

p/s ; Supposedly the very next 2 weeks ada kursus lagi, tapi ditunda awal bulan Mac and maaf Encik Z. Banyak pulak kutuk hihi

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum
Sis . Nak tanya . Jpam nih yang koko tu eh ? Memang ada kawad semua eh ? Wajib ke ?