February 06, 2014

Rutin Saya : Kurus

Assalamualaikum dan hai! :)

Topik yang ingin dibincangkan pada hari yang mulia ini adalah KURUS. Ya.. Saya memang obses dengan being kurus. Siapa la tak suka ngan kurus kan? Tapi tak nak lah kurus terlampau melidi kan. Yang penting, sihat!

Setiap kali masuk pembelajaran semester baru, mesti saya balik dengan kegemukan yang sangat hebat. Seperti semester lepas, saya berjaya menaikkan badan sebanyak 2++kg. Dengan jayanya (of course lah dengan jayanya kalau tak takde lah nak naik kan aaahhh dah start merepek dah you better stop it najibah kata nak buat post yang boleh memberi inspirasi pada pembaca ><)


Dah boleh bayang dabelcin saya

Sempena cuti semester ini, iaitu selepas semester 5 nak naik semester 6 (being keling for a while with this sentence) saya telah berazam sangat untuk bakar lemak yang terkumpul. Target berapa kg tak saya targetkan. Saya tak suka lah target target nih sebab konfirm rasa tergugat dan buat saya rasa nervous dan takut. Masalah diri saya. Sebab tu lah setiap kali peperiksaan saya tak akan letak target sebaliknya saya akan berusaha bersungguh sungguh (rasa nak pui sangat ni haha) Sometimes menjadi sometimes tak jadi. It's normal guys.


Sedapnya omnomnom

So, apa langkahnya?

Seperti yang telah kalian mengetahui (walaupun takde yang baca blog usang ni huhuhuhu tak sedih ponnnn) saya telah menyertai kursus JPAM di ALPHA Bangi. Kursus tu nama dia Kursus Pegawai Tak Bertauliah. Saya tak cerita lagi pengalaman kat sana. Tapi yang penting you guys kena tahu yang kalau korang gi sana konfirm korang akan kurus sebab kegiatan harian mereka adalah kawad kawad kawad kawad dan kawad. Huh. Nantilah nak citer pasal JPAM ni. Tapi agak musykil lah makin kurang atau makin naik sebab makan 6x sehari. Hmmm musykil musykil musykil (gaya Upin dan Ipin jap.krik krik)


Proud Najibah

Okay, tak kisah lah pasal JPAM tu. 5 hari di sana, saya pun pulang ke pangkuan keluarga dengan badan yang makin sasa dan kulit muka yang matahari-bakar (sunburn). Saya masa ni bercita cita nak kuatkan lagi stamina saya sebab dengar cerita nanti nak kena naik bukit yang JPAM tu, so of courselah stamina tu kena kuat. Saya pun bercadang untuk tidak duduk diam sahaja sambil membela lemak di rumah. Saya kena jog!

Maka kisahnya, saya pergi jog di taman Bukit Besar. Warming up saya aplikasikan hasil saya belajar di kursus JPAM tu. Sangat berguna bagi saya yang dah lupa cara nak warming up dengan banyak step. Hari pertama saya jog, berjaya habiskan 3 round taman kat sana. Apa? Sikit je? Heyy.. Taman dia bapak besar hokkayyyy.. Tapi ada sedikit gangguan pada hari pertama tersebut. Malas saya sebut di sini. Hari kedua, saya jog bersama teman kali ini, iaitu sepupu saya, Fatin. Dan begitulah hari hari seterusnya.

Useful tips ; Bersenam 5x seminggu selama 30 minit setiap sesi


Perhatikan muka yang tembam itu

Balik sahaja dari jog, saya tidak terus berehat. Sebaliknya saya buat sedikit kerja rumah. Tambahan bagi apa yang kurang ketika bersenam tadi. Sebut kerja rumah of course lah menyapu mengemop kemas2 sikit. Dah nama pun anak dara, tak nak la malas malas kan :)

Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan air kosong/air mati sebanyak 2 liter. Korang tahu tak yang sebenarnya air kosong ni banyak manfaatnya. Pernah saya explain pada entri yang lepas. Setiap 25kg berat badan kita bersamaan 1 liter. Tapi saya hanya mengambil 2 liter.

*terus capai air hahaha

__

Maka begitulah beberapa step yang saya cuba amalkan. Harap menjadi lah. Saya tanak berat badan naik sangat sebab nanti konfirm jadi malas dan jenuh lah nak turunkan. Pulak tu saya ada kawan yang memang bersungguh dalam menurunkan berat badan. Kagum gila dengan dia. Hasil memang nampak dan tanpa pengambilan ubat pape pun. Nama dia Myra Panadi ;) Hasil terpengaruh jugak lah dengan minah ni.

p/s ;  Dah kenapa semut hinggap kat tumbler aku everytime aku letak tumbler tu dalam bilik aku? Manis sangat ke aku nih? Kemain kau joyah..hahaha

No comments: