February 06, 2014

Sarah baru rasa menyesal

Aku gambarkan watak Sarah dalam cerita ni adalah aku sendiri.


Hmm bajetnya bajetnya


'Haaaaaaaaaa?! Kenapa result Sarah macam ni? Teruknya..'. Sarah bermonolog sendirian.

Terus seharian Sarah bermuram durja. Dahlah letih sebab tak cukup tido semalam, pastu tetiba bila tido petang tu ada orang kejutkan Sarah. Tahu tak sebenarnya ada cara yang betul untuk kejutkan seseorang?

Sarah termenung.
Sarah tak selera nak makan sebab tiba tiba je perut Sarah penuh.
Sarah blur.

Mesej dari si dia pun Sarah tak mampu nak balas. Tapi si dia Sarah tu macam ada firasat tau. Dia macam tahu tahu je yang mood Sarah tak berapa nak betul. Padahal sikit pun Sarah tak mengadu dan cuba mesej macam biasa. Hebat betul la si dia Sarah tu.

Terus Sarah cuba untuk menapak kembali pada alam realiti. Sarah cuba bermuhasabah. Kenapa perlu sampai bermuram durja sebegini? Padahal result semester yang lepas lagi sikit dari semester ni. Kenapa ye?

Ye.. Tak lain dan tak bukan sebab kawan baik Sarah yang bernama KiriKanan berjaya dapat deanlist!
Cuba kalau KiriKanan tak dapat.. Mesti Sarah masih enjoy dan riang gembira. Mesti Sarah ketawa gelak sakan tak ingat dunia. Mesti Sarah tak sempat untuk bermuhasabah. Cuba tengok dari sisi positif. Tak nak la rasa dengki hasad semua tu. Kita kan orang Islam. Pulak tu KiriKanan kan kawan baik Sarah. Kan Sarah?

Apa yang terbaik dalam pendapatan result semester kali ini adalah Sarah baru terfikir untuk bermuhasabah diri. Selama ni mana ada Sarah nak bermuhasabah. Sebab Sarah malas. Pape hal pun, semuanya harus tengok dari sisi yang positif ;) Ingat tu Sarah.

'Aku tak boleh buat macam ni lagi. Aku kan kuat! Lepas ni aku nak bermuhasabah setiap kali lepas tido, insyaAllah. Moga dipermudahkan :) ', Sarah memang suka bermonolog. Dia bermonolog lagi dan lagi dan lagi.


Muhasabah Diri Sarah
  1. Result Sarah kurang memberangsangkan mungkin sebab kurang usaha. Tak cukup usaha lagi. Lepas ni Sarah nak siapkan nota setiap kali sebelum dan selepas lecture.
  2. Result Sarah kurang memberangsangkan mungkin juga sebab Sarah banyak sangat bergelak sakan dan berfoya foya.
  3. Mungkin juga sebab Sarah suka ponteng kelas dan pernah Sarah ponteng 5 hari kelas sebab pergi bercuti dan Sarah ambil surat cuti tipu dari abang dia. Sumpah Sarah rasa menyesal sangat yang ni :(
  4. Sebab Sarah suka mengumpat belakang lecturer. Padahal Islam amat memberi penghargaan pada mereka yang bernama guru. Sebab guru lah kita boleh tahu ilmu baru dan sebab guru jugalah kita berjaya. Dulu Sarah tak macam ni :( Sarah akan cuba tegaskan yang ni. Sarah saaaaaayang lecturer2 Sarah. Walau macam mana sekali pun dorang buat kat Sarah, Sarah akan tahan mulut dan fikiran ni dari mengata kat dorang. Sarah akan cuba! :')
  5. Dannnnnn, apa yang paling penting adalah Sarah tak boleh lupa pada-Nya. Sarah tak nak jadi macam mereka yang hanya tahu cari Tuhan bila susah. Sarah malu :'( Sarah akan sentiasa cuba untuk peruntukkan setiap hari untuk membaca al-Quran, walau sesibuk mana pun Sarah. Sarah sayang Allah :)

'Alhamdulillah. Aku dah buat satu notis muhasabah untuk diri aku. Bersyukur sangat. Takpelah. Lets gone be bygone. Sarah redha dan bersyukur je. Mari kita usaha lebih pula untuk 3 semester lagi!' Sarah sangat bersemangat.

Sarah, jangan hangat hangat tahi ayam je tau.

--

Alhamdulillah. Sarah dah tahu apa kelemahan diri dia yang mungkin menyebabkan kegagalan dia untuk mencapai matlamat dalam peperiksaan. Anda pula bagaimana? Muhasabah diri Sarah tadi boleh sahaja diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita semua. For better future :) InsyaAllah.

No comments: