January 18, 2011

takziah

takziah saya ucapkan kepada saya..:(
kucing saya dah mati. sangat sedih. kucing hitam. 


nama : kucing hitam
umur : dalam 6bulan arr kot
tempat tinggal : Kg. Kubang Parit, Terengganu
tarikh kematian : 16/01/11 (ahad)
sebab kematian : tak tau + tak makan

hurm..tu jer yang boleh saya terangkan..sedihkan. sebab kematian tu tak tau actually. sebab dia macam tak nak makan dalam 3,4 hari gitu. dia macam sakit dalaman gitu. ayah kata, sakit perut. nak bawak klinik lebih awal, tapi time tu cuti hujung minggu. mana ada klinik veterinar bukak. aih. sangat memeningkan. tapi, ahad tu, aku nak amik letak dalam kereta. tapi, dia macam taknak. takut jugak kalau dia cakar aku. abiss kulit aku nanti.haha. eh, ketawa pulak. aku pun pergi laa cari kotak, dan tapi dah macam nazak gila kucing itu. aku nampak dia terbaring kat bawah kereta. ayah dah startkan enjin pom sebelom tu. aku pelik sebab masa intai kat bawah kereta, dia macam terbaring. aku tarik dia. Ya Allah! dia macam kena kejutan elektrik! mata dia terbelalak! ngeri jugak aku rasa. aku rasa mesti masa sakaratulmaut tu. dahsyat.. pastu aku pom takleh nak buat apaapa larr.

moga Allah memberkati roh nya..

dan.mayatnya di mana? jangan ditanya..
mari kita imbas memori sepanjang kehidupan dia.. 

tumbesaran
duadua dah masuk kubur..sobss
dorang pandai bergambar. haha. cuma, agak obvious macam dorang kena paksa kan? haha


jom merangkak


dua kucing gemookk.. haha. comel gila masa ni. sebab dia macam gemookk pastu macam bulu ala ala lebat gitu. hee


kucing gemook!
ni semasa kehadirannya yang sangat misteri. yer lah. dia dibawa ke hulu dan ke hilir. mak dia punya pasal lah. kononnya nak selamatkan anak dia. haha. ingat aku ni monster ke ape. klakar lah kucing ni. 


mainmain ulat beluncas,
mainmain dengan mak sekali,
mainmain sampai gembira,
bila gembira jangan lupa mati.

best tak pantun saya? khas untuk video ni. hurm., sedihkan bila kucing mati. entahlah. sebab saya anggap kucing ni macam orang. haha. masa kecikkecik dulu siap ngan baca al-Fatihah selepas kebumikan kucing. haha. siyes. agar roh dia diberkati. 

hurm,. takpelah kucing. kalau ada rejeki, akan berjumpa lagi di alam sana.huhu
sampai sini yer.

thanx untuk followers baru! baru nak merangkak untuk mengaktifkan diri ni..huhu

No comments: