October 19, 2013

Kawan Palsu

Tiba tiba mari terfikir.

Benarkah kawan palsu itu wujud?
Dua ekor enggang yang mungkin hanya berpura baik
Padahal hati busuk dek nafsu keparat

Dek kepentingan semata mata?
Dek kesenangan mereka sahaja?

Apa mereka tidak percaya dengan maksud 'kawan sejati'?
Tak wujudkah dalam kamus hati mereka?

Hanya datang apabila ingin?
Kemudian meninggalkan begitu sahaja?
Terkapai kapai

Senyum mu Masyaallah manis yang amat pabila perlu
Tapi, itu semua hanyalah lakonan.
Cis.
Bila kau rasa tak ingin
Terus kau blah sedemikian
Tanpa salam, tanpa pandangan

Itulah mungkin namanya kawan berkepentingan.
Kawan yang hanya tahu mana nak cari kita bila susah.
Lost contact? Tak ada hal.
Facebook Twitter kan ada

Celaka nya kawan sebegini.
Minta dijauhkan. Amin.

No comments: