October 18, 2013

Yup, I'm on Diet!

Assalamualaikum, dan hai!

Amboi tajuk. Cam hape jerrr (sila bunyikan 'h' kat perkataan hape tu). Tak perlu kot. Haha tapi sebelum aku lupa kerana aku ni memang mudah lupa orangnya, alangkah bagus dan indahnya, dan nampak-rajin-nya aku, sebelum aku lupa. Masalah paling besar, Blerghhhh!

Okaylah, berbalik pada tajuk di atas. Hee yup yup yup. I am on diet!
Mungkin tak sepenuhnya, tapi at least aku cuba kot diet. Heheheh

Cara aku diet macam mana ya?

1. Minum air 2Liter atau lebih, sehari jangan lupa! Semester 5 ni aku cuba bawak air setiap hari ke kelas. Well, macam Wan Husin bawak botol air 100 Plus, nak jugak aku merasa. Hihi mati aku kalau Wan Husin tahu. Pernah aku baca, kalau kita dahaga, maknanya organ dalaman kita dahaga jugak sebenarnya. Kiranya, macam kalau korang tak bagi dia minum, merajuk lah dia nanti. Terus organ nak berfungsi macam tersekat. Otak pun macam susah je nak pikat pebenda yang diajar. Jangan jadi lembab pleaseee!




2. Nak atau taknak, sarapan jangan lupa! Walau bangun seawal dan selewat mana pun ke kelas, aku cuba bersungguh sungguh untuk tak skip breakfast. Having breakfast like a king. Sebab, pagi yang paling penting sebenarnya. Biasanya, aku makan bijirin (amboi, omputeh nampak?) Coco Crunch dan Fitnesse. Lepas ni nak try yang lain pulak. Rasa dia memang best. Cara makan dia bukak bungkusan bijiran tu, letak dalam mangkuk yang berisi susu. Tadaa! Senang je! It's a healthy yet delicious super breakfast!
So, why nak kena breakfast sebenarnya? Sebab kalau tak, anda akan berkecenderungan untuk makan dengan banyak nanti tengahari. Ini bahaya!

3. Trying to have a tomato daily as a routine. Aku tak tahu apa khasiat sebenar tomato sebenarnya. Aku jadi suka tomato lepas roomates ratah macam tu je tomato. Nampak comel (takleh blah) dan sihat sebenarnya. Boleh dapat muka licin nanti. Amin. Heeee

4. Trying to jog, tapi tak pernah berlaku lagi setakat ni. Semuanya hanyalah angan angan hahaha. Macam banyak je alasan aku tak semena mena. Nak kena bangun pagi, rasa macam leceh. Nak kena ada contact lens, sebab aku kan specky. Malas nak basuh baju, sebab baju yang dah sedia ada pon tak terbasuh. Alasan je semua. Hahaha. Takpe, after naik cuti ni, nak kena jog, sebab ada orang cakap aku besar.. Jyeahh..



5. Makan nasi sedikit, sayur banyak. Makan nasi segenggam tu macam payah lagi setakat ni. Tapi, akan aku cuba. Sayur baaaaaaaaaanyak jangan lupa. Baik untuk usus. Lagi pun sayur kan ada vitamin banyak. Baik untuk tubuh badan. Kata Fynn Jamal, nasi segenggam, lauk biarlah banyak mana pon. Kalau bahagian ayam, aku akan cuba sedaya upaya tolak bahagian kepak sebab dekat situ la banyak kalori.

6. Kurangkan makanan berminyak. Kalau macam popia tu, aku sekarang dah macam terbayang kulit dia yang cepat sangat serap minyak tu. Rasa macam ada orang perah minyak dalam mulut ni jadinya!

7. Trying to makan malam seawal sebelum Maghrib. Ini perancangan dalam otak sahaja. Tak terlaksana lagi sebab.. Banyak sebab nya! Hahhaa. Salah satu pengaruh kawan. Zzzzz

8. Detox. Haaa please jangan lupa setiap hari untuk berry! Haha disebabkan usus aku macam payah sikit nak membuang, aku akan minum green tea dari Detoxlim. Alaaa, yang Mila ngan Dafi tuuu. Green tea tu lepas aku guna aku akan buat mask muka pulak. Green tea memang banyak khasiat dia. Kalau tak nak green tea, takpe. Kita detox dengan cara buat air detox. Nak tahu cara dia, google la sendiri. Malas la aku nak citer semua benda. Penat menaip nih! ><




9. Lagi satu, aku mengamalkan makan vitamin C dan minyak kelapa dara. Semua bagus bagus khasiat dia. Takkan nak beli yang membahayakan kesihatan pulak kan? Pikiaqqqq

8. Jangan malas malas.

Okay lah rasanya setakat tu je la kot. Btw, berat aku boleh turun 3kg semasa puasa dan raya. How? Bila berbuka tu, cuba sedaya upaya ambik nasi segenggam je. Sebab plus takde nafsu sangat nak makan time tu.

Nak kira kalori, malas.
Heee

Akhir kalam. Bye.

p/s: Takbir Raya haji terakhir hari ini. Sedih.

No comments: