November 11, 2013

Azam Baru Ku!

Assalamualaikum

:)

It's been a while right? Heee but I'm here bebeh :* No worries please (buat aksi flirt tiada bertepian)
Hahahaha lawaknya. Pandai saya buat lawak

Alhamdulillah, kita semua dah masuk tahun baru (mengikut kalendar Islam). Jadi like always, semua orang mesti nak ada target dan matlamat dan AZAM tahun baru. Yeah.. Semua orang mesti ada.. Sama ada lahir dari kemahuan sendiri, atau terikut ikut seperti orang lain, contohnya macam aku ni. Hihihi *gelak comel pleaseeee

Aku pun tidak ingin dianggap ketinggalan walau pun secara amnya takde orang pun nak tanya 'Apa azam tahun baru kau, Umi?' di mana secara kasarnya dah boleh nampak tersangatlah skema dan unik jenis persoalan yang diutarakan, aku tetap tidak ingin rasa ketinggalan zaman lantas cuba untuk menulis azam tahun baruku ini di blogku yang tak berapa nak hidup ni (cuba baca satu nafas)

Arghhhhh!

Apa aku cuba sampaikan ni?! Main main pulak banyak. *penulis mula berasa kecewa dengan diri sendiri

Maka, matlamat pertamaku telah muncul di mindaku tika ini. HUSNUZON. Ya, perkataan ini semakin popular di laman sosial terutamanya. Nampak hebat ayat ini. Husnuzon bermaksud bersangka baik. So, kenapa nak kena bersangka baik? Kenapa? Kenapa??

Setelah banyak benda yang terjadi dalam hidupku, aku amat yakin bahawa aku perlu switch on suis husnuzon dalam hati aku. Dah macam kotor sangat hati ini. Astaghfirullah.. *penulis mula merasakan tidak elok untuk bercerita perkara peribadi di sini

Kedua, aku akan cuba untuk menjaga hati dan lebih menghargai mereka yang di sekeliling ku.

Ketiga, aku akan cuba untuk tak main main dalam kelas. Payahnyeeeeee terutama kelas Amir dengan Shamsul ><

Lagi?

Tak tahu lah. Tak tahu lagi. Haha nanti tambah lagi boleh tak? Plizz plizz plizz *penulis bermonolog dan mula buat gila

Rasanya setakat ni je lah. Till then, bye :))

P/S: Ada bini Aaron Aziz dalam kelas aku lah (heheh) dan nantikan Taufan Rindu menyerang pawagam berhampiran anda! Kahkahkah

No comments: